Lirik Lagu Guru Pembina Bangsa Negara

Guru Pembina Bangsa Negara Lirik Lagu Dan Video. Tema Hari Guru Tahun 2017 adalah “Guru Pembina Negara Bangsa”. Berikut dikongsikan Lirik Lagu Guru Pembina Bangsa Negara beserta video nyanyian untuk panduan semua. Tema tahun 2017 ini merupakan tema yang sama untuk sambutan Hari Guru tahun 2009, 2010 dan 2016.

Untuk makluman, pelancaran Perayaan Hari Guru 2017 Peringkat Kebangsaan Ke-46 akan diadakan pada 16 Mei 2017 di Educity Sports Complex, Iskandar Puteri, Johor.

Lirik Lagu Guru Pembina Bangsa Negara

Lirik Lagu Guru Pembina Bangsa Negara Dan Video

Berikut adalah Lirik Lagu Guru Pembina Bangsa Negara ciptaan oleh Khairulrizam bin Khalid . Pencipta Lirik adalah Ili Nurbahirah bt Baharudin manakala Pengubah Muzik ialah Marzuki bin Tambi.

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demimu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Video Lagu Guru Pembina Bangsa Negara

Sumber

Objektif Hari Guru Malaysia

  1. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat
  2. Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia
  3. Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru
  4. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat
  5. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru
  6. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

Selamat Hari Guru 2017 dengan tema Guru Pembina Bangsa Negara.