Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1 2020 Online

Semakan Keputusan Tawaran Dan Rayuan SBP Tingkatan 1 2020 Secara Online. Tarikh semakan keputusan SBP Tingkatan 1 untuk pelajar UPSR tahun semasa? Perhatian buat pemohon Murid tahun 6 yang telah membuat permohonan kemasukan ke SBP Tingkatan 1 ambilan terkini. Menurut makluman Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), keputusan pemilihan dan penempatan ke Tingkatan Satu (1) SBP akan diumumkan pada hari Rabu, 18 Disember 2019.

Keputusan SBP 2020 Form 1 ini diumumkan selepas keputusan UPSR diumumkan. Keputusan UPSR 2019 telah diumumkan pada 21 November 2019 yang lalu.

Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1 2019 Online
Semakan Tawaran Keputusan SBP Tingkatan 1 2020 Online

Semakan Tawaran Penempatan Keputusan SBP Tingkatan 1 2020 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1 2020 Online. Tarikh rasmi semakan telah diumumkan di Portal Rasmi KPM (Bahagian Pemberitahuan),

Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1 Tahun 2020

  • Keputusan Tawaran Kemasukan – Tarikh semakan : 18 Disember 2019 (Rabu)
  • Applikasi Semakan : Klik (SEMAKAN DAN CETAKAN TAWARAN). Sistem semakan akan diaktifkan bermula dari tarikh rasmi semakan keputusan diumumkan
  • Sila Masukkan Angka Giliran UPSR 2019 dan Klik Butang Semakan. Sila pastikan maklumat ANGKA GILIRAN calon sama seperti yang tercatat dalam slip pendaftaran UPSR calon. Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi 03-83217400 untuk keterangan lanjut

Cetakan Tawaran (Calon Berjaya)

Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, sila CETAK surat dan lampiran tawaran yang dibawa semasa hari pendaftaran. Tawaran boleh ditarik balik sekiranya dokumen calon tidak lengkap semasa hari pendaftaran di SBP.

PERMOHONAN e-Rayuan SBP 2020

Pemohon yang gagal mendapat tempat di SBP boleh membuat e-Rayuan, tetapi ianya bergantung pada kekosongan tempat. Permohonan e-Rayuan melalui sistem applikasi semakan yang sama akan mula dibuka bersamaan tarikh pengumuman semakan keputusan SBP sehungga 7 Januari 2020 hanya untuk mereka yang telah menduduki UKSBP sahaja.

Nota : Murid yang gagal atau tidak membuat permohonan secara online pada tarikh yang ditetapkan ingin memohon. Bagaimanakah caranya? 

Makluman, murid yang tidak membuat permohonan secara atas talian / terlepas memohon pada tarikh yang ditetapkan, tidak akan dipertimbangkan dalam pemilihan ambilan pertama. Murid tersebut akan dipertimbangkan dalam pemilihan ambilan kedua sekiranya membuat e-Rayuan secara online.

Cara Membuat Permohonan e-Rayuan online

1. Calon yang telah membuat permohonan atas talian kali pertama tetapi Tidak Berjaya:

  • Masuk ke laman sesawang: Semakan SBP SST1
  • Klik semakan ke SBP tingkatan 1
  • Masukkan angka giliran UPSR/PBS
  • Masukkan maklumat yang diminta dalam ruangan catatan
  • Klik pada e-rayuan
  • Maklumat yang diperlukan : 
  • A. MAKLUMAT DIRI
  • B. MAKLUMAT KEPIMPINAN / KOKURIKULUM
  • C. MAKLUMAT IBU BAPA
  • D. MAKLUMAT ALAMAT SURAT MENYURAT
  • Hantar

2. Calon yang tidak membuat permohonan atas talian kali pertama tetapi ingin memohon:

  • Masuk ke laman sesawang: Semakan SBP SST1
  • Klik semakan ke SBP tingkatan 1
  • Masukkan angka giliran UPSR/PBS
  • Masukkan maklumat yang diminta seperti alamat rumah dan catatan
  • Klik pada e-rayuan
  • Hantar

Semakan Keputusan e-Rayuan 2019 Tingkatan 1

Tarikh semakan : Akan dikemaskini

Tahniah kepada pemohonan yang berjaya dalam Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1 2020 Online. Kepada yang gagal, anda boleh merayu dalam masa yang telah ditetapkan. Didoakan semoga pemohon berjaya mendapat tawaran penempatan kemasukan ke SBP 2020 kali ini.