Semakan Status Permohonan Sekolah Agama Menengah Selangor 2020. Perhatian buat ibu bapa/ pelajar yang telah membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 SAM/ SAMT Negeri Selangor 2020. Semakan keputusan Sekolah Agama Menengah Selangor 2020 boleh disemak spada 16 Disember 2019.
Sila layari Laman Web Sistem Semakan JAIS pada tarikh yang ditetapkan untuk membuat semakan status permohonan.
Semakan Keputusan Sekolah Agama Menengah Selangor 2020 Online
Dikongsikan dari JAIS, semakan keputusan permohonan ke Sekolah Agama Menengah (SAM/ SAMT) Negeri Selangor tahun 2020 Tingkatan 1 boleh disemak seprti berikut :-
- Tarikh : 16 Disember 2019 bermula jam 900 pagi
- Applikasi Semakan : https://semakan.jais.gov.my/s4m/utama.php
Pemilihan pelajar adalah dibuat berdasarkan kepada:-
- Permohonan yang memenuhi syarat
- Calon dipilih berdasarkan pencapaian terbaik/ tertinggi dalam peperiksaan PSRA dan lulus dengan baik UPSR
- Calon yang berjaya akan ditawarkan mengikut daerah atau zon sekolah yang telah ditetapkan
Apa Itu Sekolah Agama Menengah (SAM/SAMT) Negeri Selangor ?
Berkonsepkan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Ianya merupakan Sekolah Kawalan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu (1) SAM/ SAMT Negeri Selangor adalah berdasarkan Syarat Kelayakan yang telah ditetapkan oleh JAIS seperti berikut :-
- Pemohon, ibu dan bapa mestilah Warganegara Malaysia
- Berumur dua belas (12) / tiga belas (13) tahun.
- Pencapaian Akademik :
3.1. Lulus Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) 2018.
3.2. Lulus Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2018. - Lulus Praktikal Pemantapan Amali Fardhu Ain (PAFA) JAIS.
- Pemohon adalah murid lepasan Sekolah Rendah Agama Negeri Selangor dan rakyat Duli
Yang Maha Mulia Sultan Selangor serta bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) atau Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC/ SJKT) negeri Selangor dan mempunyai Sijil Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) tahun semasa. - Boleh membaca Al–Quran dengan lancar dan fasih.
- Pemohon mestilah telah membuat permohonan secara atas talian (online) dan menyerahkan borang permohonan yang telah dicetak beserta semua salinan dokumen sokongan yang telah disahkan kepada pihak sekolah (SK dan Sekolah Rendah Agama).
Selamat membuat Semakan Keputusan Sekolah Agama Menengah Selangor 2020. Semiga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan yang dihajatkan.