Permohonan UiTM Online Ambilan Mac 2018

Permohonan Kemasukan UiTM Ambilan Mac 2018 Online. Anda berminat untuk memasuki UiTM untuk pengambilan kedua sesi 2017/ 2018? Berita baik buat pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian tinggi di Universiti Teknolgi MARA (UiTM). Dikongsikan dari makluman Facebook Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM, Permohonan UiTM Ambilan Mac 2018 sesi 2017/ 2018 (Kemasukan Mac 2018) kini dibuka.

Permohonan dibuka untuk calon-calon BUMIPUTERA WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk untuk mengikuti Program SARJANA MUDA/ PENERAPAN/ PROFESIONAL/ PLK di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Untuk makluman, selain UiTM terdapat Universiti Awam (UA) yang lain ada membuat pengambilan second intake iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Utara Malaysia, UTHM dan UPSI.

Permohonan UiTM Online 2017-2018 Sesi 2 Mac 2018

 

Permohonan UiTM Online Sesi Kemasukan Mac 2018

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan Permohonan UiTM Sesi Akademik 2 2017/ 2018 Online untuk kemasukan bulan Mac 2018.

Tarikh Penting Permohonan UiTM Pengambilan Kedua 2017/ 2018

  • Permohonan kemasukan ke UiTM MAC 2018 SESI AKADEMIK 2 2017/2018 akan dibuka bermula dari 2 Oktober 2017 (1200 tengahari)
  • Tarikh tutup permohonan UiTM adalah pada 6 November 2017 (1200 tengahari).

Syarat Kemasukan UiTM

  1. Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada tarikh tutup permohonan
  2. Warganegara Malaysia dan Takrifan Melayu/ Anak Negeri Sabah/ Anak Negeri Sarawak/ Orang Asli mengikut Perlembagaan Persekutuan Malaysia
  3. Memenuhi syarat kelayakan minima bagi setiap program yang dipohon
  4. Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya
  5. Pelajar-pelajar yang sedang belajar di mana-mana IPT tidak dibenarkan memohon kecuali pelajar UiTM

Program UiTM Yang Ditawarkan Pada Sesi Kemasukan Mac 2018

Untuk kemasukan Mac 2018, berikut adalah program pengajian yang ditawarkan :-

  1. SARJANA MUDA
  2. PENERAPAN
  3. PROFESIONAL
  4. PLK

Cara Membuat Permohonan UiTM Secara Online

Berikut adalah cara dan langkah dalam membuat Permohonan UiTM Sesi Akademik 2 2017-2018 Online :-

  1. Pemohon dikehendaki membuat permohonan melalui Portal Kemasukan Pelajar UiTM bermula 2 Oktober 2017 di Mohon UiTM
  2. Pelajar/ pemohon adalah dinasihatkan untuk menyemak syarat kelayakan program yang ingin di mohon di Selangkah at UiTM di http://www.selangkah.uitm.edu.my
  3. Pemohon dikehendaki membeli No. Slip melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 2 Oktober 2017 (Isnin) hingga 5 November 2017 (Ahad). Pembelian hendaklah dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil) melalui cawangan BSN/ Mesin ATM/ MyBSN/ SMSBanking. (No. Slip yang dibeli sebelum 2 Oktober 2017 (Isnin) adalah tidak sah untuk permohonan ini).

Nota Penting Buat Pemohon

Semasa Mengisi Borang Permohonan, sila pastikan anda :-

  1. Mengisi semua maklumat yang betul dan tepat di dalam borang permohonan anda
  2. Mengisi semua ruangan WAJIB yang bertanda (*)
  3. Membuat semakan dengan teliti borang permohonan anda
  4. Menekan butang (Sah & Hantar) bagi menghantar borang permohonan
  5. Mencetak borang permohonan anda sebagai bukti permohonan anda telah selamat diterima oleh sistem

Selepas Membuat Permohonan, sila pastikan :-

  1. Membuat semakan semula Borang Permohonan anda di laman SEMAKAN bagi memastikan anda telah BERJAYA mengemukakan permohonan.
  2. KEMASKINI Borang Permohonan jika perlu.
  3. Sekiranya anda masih belum mencetak borang permohonan, pastikan anda mencetak Borang Permohonan anda di laman SEMAKAN sebagai bukti Permohonan.

Peringkat Program Yang Ditawarkan Pada Sesi 2 UiTM (Mac 2018)

Berikut adalah maklumat program yang ditawarkan di UiTM untuk sesi kemasukan 2 Mac 2018 tahun 2017/ 2018 :-

Permohonan UiTM Online Ambilan Mac 2018
Selamat membuat Permohonan UiTM secara Online untuk second intake Ambilan Mac 2018. Semoga permohonan kemasukan ke Universiti Teknologi MARA anda berjaya.

4 Comments

  1. saya gagal dalam matapelajaran math spm 2016 dan saya sudah menduduki spm ulangan dan lulus tetapi saya mengisi gred mata pelajaran math G semasa mengisi borang permohonan online pra diploma kerana result spmu masih belum keluar. jadi apa yang perlu saya buat?

  2. Anak Saya terlepas membuat permohonan memasuki uitm utk sesi 2, adakah saya masih boleh memohon?,anak saya berminat utk mengikuti program diploma pngurusan kulinari. Adakah program ini mengambil pelajar utk sesi 2?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*