Semakan Tawaran Sekolah Sukan Malaysia Online

Semakan Keputusan Tawaran Sekolah Sukan Malaysia Online. Berita baik buat mereka yang ingin belajar di Sekolah Sukan Malaysia. Menerusi makluman KPM, semakan tawaran kemasukan ke SSM sesi ambilan Januari 2017 boleh disemak secara online di Applikasi Pengurusan Atlet Murid. Semakan Tawaran Sekolah Sukan Malaysia adalah dengan mengisi No Kad Pengenalan dan tekan SEMAK.

Semakan Tawaran Sekolah Sukan Malaysia
Keputusan Tawaran Sekolah Sukan Malaysia Online

Semakan Tawaran Sekolah Sukan Malaysia Online

Berikut dikongsikan cara membuat semakan keputusan tawaran Sekolah Sukan Malaysia (SSM) secara online.

Kemasukan Ke Sekolah Sukan Malaysia

Menurut Majlis Sukan Negara Malaysia, permohonan kemasukan ke Sekolah Sukan Malaysia tidak dijalankan melalui permohonan terbuka kepada para pelajar. Sebaliknya atlet/pelajar yang layak akan ditawarkan memasuki ke SSM melalui kaedah tertentu iaitu:

  1. Ujian Mengenalpasti Bakat (TID)
  2. Melalui Program Talent Scouting (Ujian Mengenalpasti Atlet Berbakat) yang dijalankan sepanjang tahun
  3. Calon yang dicadangkan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan yang mendapat pengesahan daripada MSN sebagai atlet elit atau atlet pelapis negara.

Senarai Sekolah Sukan Malaysia

Berikut adalah senarai Sekolah Sukan Malaysia terkini :-

1. Sekolah Sukan Bukit Jalil

Kompleks Sukan Negara
57000 Kuala Lumpur
Tel: 03-90587335
Faks: 03-90587153

2. Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail

Bandar Penawar
81930 Bandar Penawar
Johor
Tel: 07-8223027
Faks: 07-8223028

3. Sekolah Sukan Malaysia Pahang

Jalan bandar Gambang 10
Bandar Gambang
26300 Kuantan
Pahang
Tel: 09-5497000
Faks: 09-5497001

4. Sekolah Sukan Malaysia Sabah

Peti Surat 18472
88875 Kota Kinabalu
Sabah
Tel: 088-402140, 088-402141
Faks: 088-402142

Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat tawaran ke Sekolah Sukan Malaysia sesi Januari 2017.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*