Berita baik buat pemohon yang telah membuat permohonan Matrikulasi sesi 2016/ 2017, Semakan Keputusan Matrikulasi 2016 Online mereka yang berjaya akan dibuka untuk semakan pada hari Khamis, 14 April 2016 bermula jam 1200 tengahari. Berikut dikongsikan maklumat Semakan Tawaran Dan Rayuan Matrikulasi 2016 Online yang boleh dirujuk di bawah ini.
Semakan Tawaran Dan Rayuan Matrikulasi 2016 Online
Semakan Keputusan Tawaran Matrikulasi 2016
Berikut dikongsikan maklumat penting semakan beserta panduan membuat semakan tawaran Matrikulasi 2016 :-
1. Semakan Online
- Tarikh semakan 14 April 2016, bermula 1200 tengahari.
- Semakan boleh di buat melalui applikasi semakan TAWARAN MATRIKULASI.
2. Semakan Melalui SMS
Semakan SMS pula boleh di buat dengan menaip :-
- MOE<jarak>MAT<jarak>NO.K.P dan hantar kepada 15888
Rayuan Matrikulasi 2016
Rayuan Matrikulasi dibuat secara online di Bahagian Matrikulasi. Namun begitu, pemohon boleh membuat rayuan dengan cara lain :
- a. Datang sendiri bersama salinan keputusan SPM yang disahkan ke Bahagian Matrikulasi KPM untuk mengisi borang rayuan.
BAHAGIAN MATRIKULASI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 6 & 7, BLOK E 15, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
Telefon: 03-8884 4083
Faks: 03-8884 4028
E-mel: [email protected]
- b. Menulis surat permohonan rayuan secara rasmi contoh surat rayuan Matrikulasi di SURAT RAYUAN. Pemohon perlu melampirkan satu salinan keputusan SPM dan kad pengenalan yang disahkan.
Untuk mengetahui keputusan rayuan kemasukan ke Kolej Matrikulasi, bermula 18 Jun 2016 dan anda boleh menggunakan salah satu daripada cara berikut untuk membuat semakan status rayuan :
- 1. Talian telefon pejabat atau talian bantuan – 03 8884 4042 pada waktu pejabat bermula 8.30 pagi – 4.30 petang.
- 2. Semakan dalam laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia – www.moe.gov.my atau di Matrikulasi
- 3. SMS dengan menaip MOE <jarak> MAT <jarak> NO. K.P dan hantar kepada 15888.
Tarikh pendaftaran buat pelajar rayuan adalah pada 24 Jun 2016.
Maklumat Penting Tawaran Matrikulasi 2016
Pemohon perlu melayari laman sesawang semakan kerana calon yang berjaya dikehendaki untuk mencetak surat tawaran dan dokumen untuk dibawa semasa mendaftar di Kolej Matrikulasi.
Rayuan Program Matrikulasi 2016/ 2017 bagi calon yang gagal boleh terus dibuat melalui applikasi di atas sehingga 27 April 2016.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi Talian telefon pejabat atau talian bantuan – 03 8884 4083/4040/4036 pada waktu pejabat bermula 8.30 pagi – 4.30 petang.
Selamat membuat semakan tawaran Matrikulasi 2016 dan semoga anda berjaya. Sumber
