Syarat Kemasukan Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik

Syarat Kemasukan Dan Kelayakan Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik. Anda berminat untuk memasuki Kolej Vokasional (KV) ataupun Sekolah Menengah Teknik (SMT)? Berikut dikongsikan Syarat Kemasukan Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik terkini (tahun 2015) buat panduan pelajar semua.

Syarat Kemasukan Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik
Syarat Kemasukan Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik

Syarat Kemasukan Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik

Berikut adalah Syarat permohonan untuk kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Teknik. Sila rujuk syarat-syarat yang disertakan sebelum membuat permohonan setelah applikasi permohonan dibuka:-

Syarat Kemasukan 2017 Terkini

A. Murid Lepasan PBS : Aliran  Perdana/ Akademik/ Agama 

Murid menduduki PBS yang merangkumi 4 komponen iaitu :

  • PT3 : Pentaksiran Pusat
  • PS : Pentaksiran Sekolah
  • PAJSK : Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum
  • PPsi : Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
  • Syarat Permohonan
  • Institusi dan kursus yang ditawarkan : KV/ SMT, ILKA/ILKS dan GIATMARA

B. Murid Lepasan PAV 

Terbuka kepada murid yang telah mengikuti asas vokasional mulai Tingkatan Satu (1) di SMK yang menawarkan PAV.

  • Syarat Permohonan
  • Senarai Institusi Dan Kursus Yang Ditawarkan

[junkie-alert style=”green”] KOLEJ VOKASIONAL [/junkie-alert]

Syarat Umum Dan Syarat Khusus Program Kemahiran Sesi 2016

ALIRAN PAV

  • Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Pendidikan Asas Vokasional

Pemohon perlu mematuhi syarat berikut :-

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Merupakan  murid Program   Pendidikan   Asas   Vokasional   (PAV) Tingkatan Tiga (3) Tahun 2015;
  3. Sihat tubuh badan ;
  4. Bebas  daripada  sakit  kronik  (masalah  jantung,  darah  tinggi,  kencing manis,   sawan (epilepsy),   kecacatan dan lain-lain   penyakit   yang   boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali);
  5. Calon bebas daripada masalah mental;
  6. Berminat dengan program dipohon;
  7. Menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira); dan
  8. Calon  bidang  elektrik  dan  elektronik, awam,  industri  kayu  dan  pembuat pakaian TIDAK RABUN WARNA / BUTA WARNA

Syarat Umum Dan Syarat Khusus Program Kolej Vokasional (Menjurus Kepada Diploma Vokasional Malaysia)

ALIRAN PERDANA

  • Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Perdana

Syarat Umum

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Mestilah  murid  yang  bersekolah  di  Sekolah Menengah Kerajaan /Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan;
  3. Telah  menduduki Pentaksiran  Berasaskan  Sekolah  (PBS) yang merangkumi Pentaksiran  Pusat  (PT3),  Pentaksiran Sekolah  (PS),  Pentaksiran Aktiviti   Jasmani,   Sukan   dan   Kokurikulum (PAJSK) serta   Pentaksiran Psikometrik (PPsi);
  4. Sihat tubuh badan ;
  5. Bebas  daripada  sakit  kronik  (masalah  jantung,  darah  tinggi,  kencing manis,   sawan (epilepsy),   kecacatan dan lain-lain   penyakit   yang   boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali);
  6. Calon bidang elektrik dan elektronik, awam, industri kayu dan pembuat pakaian TIDAK RABUN WARNA / BUTA WARNA.
  7. Bebas daripada masalah mental; dan
  8. Berminat dengan program dipohon.

Syarat Khusus

  1. Calon memperoleh sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Bahasa Melayu  dan sekurang-kurangnya gred D bagi  mata  pelajaran  Kemahiran Hidup (Keputusan PT3); dan
  2. Calon memperoleh sekurang-kurangnya Band 3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu,    Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan Kemahiran Hidup (Pentaksiran Sekolah-PS).

[junkie-alert style=”green”] SEKOLAH MENENGAH TEKNIK [/junkie-alert]

Syarat Umum Dan Syarat Khusus Sekolah Menengah Teknik (SMT) – Aliran Teknikal

  • Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Perdana

Syarat Umum

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan / Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan;
  3. Telah   menduduki   Pentaksiran   Berasaskan   Sekolah   (PBS) yang merangkumi  Pentaksiran  Pusat  (PT3), Pentaksiran  Sekolah  (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani , Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi);
  4. Sihat tubuh badan ;
  5. CBebas  daripada  sakit  kronik  (masalah  jantung,  darah  tinggi, kencing manis,   sawan (epilepsy),   kecacatan dan   lain-lain   penyakit   yang   boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali);
  6. Calon bebas daripada masalah mental;
  7. Berminat dengan kursus dipohon; dan
  8. Calon bidang  *Kejuruteraan  Mekanikal,  Kejuruteraan  Elektrik  dan  Elektronik serta Kejuruteraan Awam mestilah TIDAK RABUN / BUTA WARNA.

Syarat Khusus SMT

Syarat Kemasukan Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik
Syarat Kemasukan Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik

Untuk maklumat lanjut, pemohon boleh merujuk kepada SYARAT KV SMT . Syarat Kemasukan Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik (2015) boleh dirujuk secara lengkap.