Lafaz Niat Puasa Hari Arafah. Tarikh puasa dan niat puasa Hari Arafah 2016? Tarikh Puasa hari Arafah di Malaysia adalah pada 9 Zulhijjah 1437H bersamaan dengan 11 September 2016 (Hari Ahad). Disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji untuk berpuasa Hari Arafah (Hari Wukuf) dan ianya mempunyai ganjaran yang besar.
- “Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang” : berdasarkan hadis Nabi Muhammad.
![Niat Puasa Hari Arafah](https://i0.wp.com/www.mysemakan.com/wp-content/uploads/2016/09/Niat-Puasa-Hari-Arafah-1.png?resize=563%2C299&ssl=1)
Tarikh Puasa Hari Arafah
Umat Islam di Malaysia adalah disunatkan untuk berpuasa Sunat Arafah pada tarikh 9 Zulhijjah 1437 Hijrah yang jatuh pada hari Ahad, 11 September 2016 mengikut kalendar Islam di Malaysia. Untuk makluman, umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Haji/ Aidiladha 2016 atau Hari Raya Korban pada hari Isnin, 12 September 2016 yang merupakan cuti umum/ hari kelepasan am.
Lafaz Niat Puasa Hari Arafah
Berikut adalah Lafaz Niat Puasa Sunat Arafah :-
- Daku berniat puasa hari Arafah, sunat kerana Allah Ta’ala.
Kredit Shafiqolbu