Kelebihan Bekerja Di Singapura Yang Lumayan

Apa Kelebihan Bekerja Di Singapura. Ramai Rakyat Malaysia pasti ingin mendapatkan gaji yang lumayan. Keadaan kos sara hidup yang tinggi dan keadaan ekonomi yang tidak menentu menyebabkan ramai yang ingin bekerja di Singapura. Kadar pertukaran wang asing Ringgit Malaysia ke Singapore Dollar memberikan peluang untuk kita mendapatkan pendapatan tiga kali ganda. Jadi apakah kelebihan bekerja di Singapura yang perlu anda tahu?

Kelebihan Bekerja Di Singapura

Apakah Kelebihan Bekerja Di Singapura?

Selain kelebihan bergaji 3X ganda lebih besar, berikut dikongsikan beberapa kelebihan lain jika anda bekerja di Singapura.

1. Pendapatan Lumayan Dan Meningkat Setara Dengan Kenaikan Nilai Matawang

Singapura adalah merupakan negara yang maju. Kedudukan ekonomi mereka sangat stabil dan sentiasa mengukuh dari semasa ke semasa. 2 tahun lepas, jika gaji anda berjumlah SG 1,000 sebulan, maka, pendapatan anda ialah RM2,600. Tetapi kini, jika gaji bulanan masih SGD 1,000, pendapatan anda dalam Ringgit Malaysia adalah RM3,100. Satu perbezaan yang banyak. Oleh itu, tanpa perlu menunggu kenaikan gaji dari majikan anda, gaji anda sudahpun bertambah!

2. Gaji Tinggi, Kos Hidup Rendah

Anda pasti pernah mendengar tentang peluang pekerjaan memetik buah di Australia yang pernah hangat suatu ketika dulu. Gaji yang ditawarkan, memang sangat lumayan. RM15,000 sebulan katanya. Tapi, untuk bekerja di Austarlia, maka anda perlu tinggal di Australia juga. Ini menjadikan kos sara hidup anda juga tinggi. Jadi, ianya tidak memberikan anda apa-apa kelebihan pun sebenarnya.

Berbanding bekerja di Singapura, anda masih boleh menetap di Malaysia (terutama Johor Bahru) walaupun anda bekerja di negara maju. Oleh itu, kos sara hidup rendah, tetapi gaji anda tinggi!

3. Mudah Berpatah Balik

Berbalik kepada contoh bekerja sebagai pemetik buah di Australia, apabila di selidiki, pelbagai risiko lain boleh berlaku. Anda mungkin akan “dijual” oleh agen anda malahan ada juga majikan yang tidak mahu membayar gaji seperti yang dijanjikan! Jika semua kecelakaan ini berlaku, maka, untuk anda berpatah balik dan pulang ke Malaysia juga adalah sangat rumit dan sukar. Kos penerbangan untuk pulang ke Malaysia sahaja sudah memerlukan wang beberapa ribu ringgit. Akhirnya, anda terpaksa merempat di negara orang.

Berbanding jika anda bekerja di Singapura, jika apa-apa berlaku kepada anda. Anda hanya perlu naik bas dan membayar tambang kurang dari RM50 untuk pulang semula ke Malaysia. 🙂

4. Kerja Yang Sah Dan Kurang Risiko

Apabila anda bekerja di Singapura, anda akan bekerja secara sah dengan menggunakan permit kerja yang dikeluarkan oleh Ministry of Manpower (Singapura). Anda kenal majikan anda dan ada dokumen perjanjian. Anda akan dilindungi oleh undang-undang buruh daripada penipuan majikan.

Apa Perlu Buat Jika Ingin Bekerja Di Singapura?

Mahu Kerja Di Singapura? Jika anda berminat bekerja di Singapura, kini terdapat satu panduan khas bagaimana anda boleh bekerja di Singapura dengan Gaji 3X ganda lebih besar dan Jimat Beribu-ribu Ringgit Tanpa Perlu Membayar Khidmat Agen!

Antara kandungan panduan yang dikongsikan adalah seperti berikut :-

  1. Strategi Mencari Kerja
  2. Dokumen-Dokumen Penting
  3. Pengangkutan
  4. Tempat Tinggal/ Penginapan
  5. Hal-Hal Penting Yang Lain

Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan panduan khas cara bekerja di Singapura. Kadar tukaran matawang antara Singapore Dollar – Ringgit Malaysia sekitar 1SGD = RM3.10 membolehkan anda mendapatkan wang yang lumayan.