Lirik Lagu Aku Negaraku Dan Video

Aku Negaraku, Lirik Lagu Dan Video. Hendak tahu lirik lagu Aku Negaraku yang merupakan lagu wajib perhimpunan mingguan sekolah? Berikut dikongsikan lirik lagu Aku Negaraku sebuah lagu patriotik yang wajib dinyanyikan oleh pelajar dalam perhimpunan sekolah bermula dari tarikh 22 Mei 2017. Disamping itu, lagu ini perlu dinyanyikan bersama lagu kebangsaan, negeri dan sekolah masing-masing.

Lagu Aku Negaraku adalah sebuah lagu yang berentak kontemporari. Penambahan lagu Aku Negaraku sebagai lagu wajib merupakan salah satu inisiatif program Negaraku yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Ianya bagi menyemarakkan lagi semangat cintakan Malaysia dikalangan rakyat Malaysia.

Lirik Lagu Aku Negaraku Dan Video

Lirik Lagu Aku Negaraku Dan Video

Berikut dikongsikan Lirik Lagu Aku Negaraku Dan Video untuk panduan semua terutama para pelajar yang masih bersekolah.

Aku Negaraku

Ku sedar tanah air aku bertuah
Di sini tempatku berjasa
Ku sedar sempurna hidupku di sini
Malaysia ku terhutang budi

[Chorus]
Aku Negaraku
Aku Negaraku
Sememangnya Negaraku maju
Negaraku tanah tumpah darahku

Aku Negaraku
Di hatiku negaraku
Selamanya aku negaraku
Satu
Negaraku tanah tumpah darahku

Kita bersama membina masa depan
Semangat setinggi angkasa
Kita bersama bersyukur pada Tuhan
KepadaNYA kita berserah

Ulang [Chorus]

Ku laungkan namamu ke seluruh dunia
Malaysia aku bahagia

Ulang [Chorus]

Aku Negaraku

Lagu Ciptaan : Audi Mok
Lirik Shazree Ishak
Nyanyian : Aizat Amdan Dan Suki

Video Lagu Aku Negaraku

Berikut dikongsikan juga video lagu Aku Negaraku beserta lirik :-

Lagu Kebangsaan Negaraku

Juga dikongsikan lirik lagu kebangsaan Malaysia iaitu Negaraku sebagai panduan buat pelajar semua.

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup
Bersatu dan maju

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta

Semoga perkongsian Lirik Lagu Aku Negaraku Dan Video boleh dijadikan panduan dan rujukan untuk semua pelajar. Semangat patriotik sangat penting untuk membentuk sebuah negara yang maju, aman dan makmur. Semoga kita hidup dalam keadaan yang selesa di sebuah negara pelbagai kaum di Malaysia.