Harga Gula Terkini Malaysia Naik Bermula 1 Mac 2017

Harga Gula Pasir Terkini Malaysia. Berapakah Harga Gula Terkini Malaysia? Adakah harga akan naik juga seperti harga minyak masak (kecuali dalam paket 1KG). Kini viral semenajak beberapa minggu lalu di media sosial yang harga gula akan naik. Namun melalui makluman dari Facebook KPDNKK, harga gula di pasaran “kekal pada masa ini”. Walaupun timbul spekulasi yang harga komoditi itu mungkin naik, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata harga gula KEKAL pada RM2.84 bagi sekilogram (kg).

Harga Gula Terkini
Harga Gula Di Malaysia

Harga Gula Terkini Malaysia

Untuk makluman, harga gula tahun 2016 KEKAL pada RM2.84 sekilogram (kg). Walaupun ada permintaan daripada pengeluar supaya harga gula disemak semula, pihak KPDNKK memutuskan :-

  • “Penetapan kadar harga gula bukan sahaja bergantung kepada permintaan pengeluar untuk menaikkan harga gula, tetapi turut bergantung kepada harga gula mentah di pasaran antarabangsa,”

Kali terakhir harga gula disemak semula oleh kerajaan ialah pada tahun 2013. Ketika itu harga gula RM2.84 setiap kg.

Terkini : 1 Mac 2017

Menerusi kenyataan media KPDNKK bertarikh 2 Mac 2017, harga gula pasir bertapis kasar yang baru adalah RM2.95 sekilogram. Iaitu kenaikan 11 sen dari RM2.84 sekg.

Harga baru gula ini akan mula berkuatkuasa pada 1 Mac 2017.

Harga Gula Terkini Malaysia Naik Bermula 1 Mac 2017

Adalah menjadi harapan agar harga gula di Malaysia akan kekal pada harga sekarang susulan kos kehidupan yang semakin meningkat kini.