Harga Minyak Masak Terkini Malaysia

Harga Minyak Masak Terkini Malaysia Bermula 1 November 2016. Tiada lagi subsidi harga minyak masak buat pengguna di Malaysia kecuali untuk paket 1kg bermula 1 November 2016. Ini bermakna harga minyak masak dalam paket 1KG kekal pada harga RM2.50 sekilogram. Walau bagaimanapun minyak masak selain daripada paket 1 KG termasuk yang berbotol akan dijual mengikut harga pasaran. Langkah penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga telah diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin pada hari Rabu 26 Oktober 2016.

Harga Minyak Masak Terkini MalaysiaHarga Minyak Masak Terkini Malaysia

Berikut dikongsikan harga terkini minyak masak di Malaysia bermula dari 1 November 2016 seperti yang diumumkan oleh kerajaan. Kategori minyak masak yang terjejas antara lain adalah minyak masak 2KG, 3KG dan 5KG. Juga produk minyak campuran serta produk minyak sawit tulen yang dijual dalam botol yang lebih besar.

  1. Harga minyak masak paket 1 kilogram (kg) : Harga Kekal pada RM2.50 sekilogram (1 KG)
  2. Minyak masak paket/ berbotol melebihi 1kg : Harga adalah mengikut harga pasaran bermula 1 November 2016

Skim Penstabilan Harga yang dibuat oleh kerajaan bertujuan untuk memastikan golongan sasar yang memerlukan minyak masak dapat menikmati subsidi kerajaan. Langkah juga bertujuan untuk mengurangkan pengeluaran minyak masak di sempadan susulan pembelian minyak masak bersubsidi oleh warga negara jiran. Jika tidak dibendung, kerajaan akan terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk menanggung subsidi minyak masak.

Senarai Harga Minyak Masak Terkini Di Malaysia

November 2016

  • Paket 1 KG : RM2.50
  • Botol/ Paket : Mengikut Harga Pasaran

Harga Subsidi vs Tanpa Subsidi

  1. 1KG : RM3.60 (RM3.70)
  2. 2KG : RM7.20 (RM7.40)
  3. 3KG : RM10.35 (RM11.10)
  4. 5KG : RM14.70 (RM18.50)
  5. Paket Plastik : RM2.50 (RM2.50 kekal)

Harga diatas adalah anggaran harga minimum. Ianya berdasarkan kepada Harga minyak masak sawit tulen berdasarkan harga olien paras stabil RM2,900 satu tan. Ianya boleh berubah mengikut pasaran serta jenama seperti dikongsikan dibawah ini.

Harga Ikut Jenama Bermula 1 November 2016

Senarai harga minyak masak tanpa subsidi di bawah ini adalah bukan dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK). Harga jualan minyak masak tanpa subsidi tidak ditetapkan oleh KPDNKK sebaliknya harga minyak tersebut ditetapkan oleh industri mengikut harga pasaran minyak sawit.

Walau bagaimanapun, industri masih tertakhluk pada Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011. Ini bermakna jika terdapat kenaikan harga yang tidak munasabah berlaku, maka tindakan boleh diambil ke atas industri kerana mengambil keuntungan berlebihan.

Harga Minyak Masak 1 November 2016
Senarai Harga Bermula 1 November 2016

Senarai harga minyak masak jenama terkenal.

harga minyak masakphoto kredit FB Saya Orang Johor

Disember 2016

  • Paket 1 KG : RM2.50
  • Botol/ Paket : Mengikut Harga Pasaran

Semoga dengan pengumuman Harga Minyak Masak Terkini Malaysia, pengguna tidak perlu terburu-buru untuk membuat pembelian panik. Pihak peniaga juga diharapkan agar tidak sewenang-wenangnya untuk menaikkan harga barang makanan susulan pengumuman oleh kerajaan ini. Diharap kerajaan dapat membantu rakyat ketika kos kehidupan semakin tinggi masa kini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*