Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2025. Bilakah tarikh exam SPM hujung tahun ini? Perhatian dan panduan buat pelajar Tingkatan 5 (Lima) tahun 2025. Berikut adalah Jadual Peperiksaan SPM 2025 (Sijil Peperiksaan Malaysia) yang dikongsikan dari Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Peperiksaan bertulis SPM akan diadakan bermula dari 20 November Hingga 23 Disember 2025.
SPM adalah singkatan dari Sijil Pelajaran Malaysia. Ia merupakan peperiksaan kebangsaan utama di Malaysia yang ditadbir secara berpusat dan diambil oleh pelajar pada akhir pendidikan menengah mereka, biasanya pada tingkatan lima.
Muat Turun Jadual Peperiksaan SPM 2025
Kepada pelajar Tingkatan 5, berikut adalah jadual waktu peperiksaan bertulis SPM 2025 yang mengandungi maklumat penting seperti tarikh, waktu, kod kertas, nama kertas dan masa peperiksaan dijalankan.
- Ujian Bertutur 1103/3 Bahasa Melayu Kertas 3 : 3 Hingga 6 November 2025
- Ujian Bertutur 1119/3 Bahasa Inggeris Kertas 3 : 10 Hingga 13 November 2025
- Ujian Mendengar 1103/4 Bahasa Melayu Kertas 4 & Ujian Mendengar 1119/4 Bahasa Inggeris Kertas 4 : 20 November 2025
- Ujian Amali Sains 4531/3 Fizik Kertas 3, Ujian Amali Sains 4541/3 Kimia Kertas 3, Ujian Amali Sains 4551/3 Biologi Kertas 3 : 17, 18 dan 19 November 2025
- Ujian Amali Sains 4561/3 Sains Tambahan Kertas 3 : 19 November 2025
- Peperiksaan Bertulis SPM 2025 : 20 November Hingga 23 Disember 2025
SPM 2025 Timetable
Berikut adalah jadual rasmi SPM yang dikongsikan dari Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Nota: Tarikh Peperiksaan SPM di bawah ini adalah tertakluk kepada jadual rasmi dan pindaan dari Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Jadual SPM 2025
Calon-calon yang mahu mendapatkan jadual waktu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2025, boleh melayari Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan mengklik pada jadual pautan di bawah.
Arahan Am
Calon yang menduduki peperiksaan di dewan/bilik peperiksaan dilarang:
- Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang didaftar di pusat peperiksaan yang telah ditetapkan. Calon yang tidak menduduki mana-mana kertas peperiksaan bertulis atau melaksanakan Ujian Bertutur, Ujian Mendengar, Ujian Lisan, Ujian Amali Sains dan Kerja Kursus akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan. Calon yang tidak dapat menduduki atau tidak hadir sesuatu kertas peperiksaan dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor hospital kerajaan atau surat kebenaran khas Pengarah Peperiksaan. Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan/Ketua Pentaksir Pusat Ujian/Ketua Pentaksir (Assessor)/Ketua Pengawas Amali sebelum tamat tempoh peperiksaan SPM 2025
- Calon hendaklah menyemak butiran pada Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan sebelum peperiksaan. Calon hendaklah memaklumkan kepada pihak JPN sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon. Calon dikenakan bayaran RM30.00. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Akauntan Negara Malaysia menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos
- Calon hendaklah mengemukakan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan/Ketua Pentaksir Pusat Ujian/Ketua Pentaksir (Assessor)/Ketua Pengawas Amali di pusat peperiksaan selain dari pusat peperiksaan asal calon. Ketua Pengawas Peperiksaan/Ketua Pentaksir Pusat Ujian/Ketua Pentaksir (Assessor)/Ketua Pengawas Amali hendaklah menyemak maklumat calon dan maklumat mata pelajaran sebelum membenarkan calon menumpang di pusat peperiksaan seliaannya
- Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2025 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon.
Amaran Peperiksaan/ Pentaksiran
Calon yang menduduki peperiksaan di dewan/bilik peperiksaan dilarang:
- Membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, kertas peperiksaan, Jadual Waktu Peperiksaan, Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan, telefon bimbit, alat-alat komunikasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan beg ke dalam Bilik Menunggu/Bilik Lapor Diri/Dewan/Bilik Peperiksaan/Bilik Ujian/Makmal Peperiksaan/Bilik Kuarantin kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan
- Menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di Bilik Menunggu/Bilik Lapor Diri/Dewan/Bilik Peperiksaan/Bilik Ujian/Makmal Peperiksaan/Bilik Kuarantin
- Mendedahkan kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calon lain
- Memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar Bilik Menunggu/Bilik Lapor Diri/Dewan/Bilik Peperiksaan/Bilik Ujian/Makmal Peperiksaan/Bilik Kuarantin walau dengan apa-apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam peperiksaan
- Menukar kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan dengan calon lain
- Menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Peperiksaan/Ketua Pengawas Amali/Ketua Pentaksir Pusat Ujian/Ketua Pentaksir (Assessor)
- Menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon
- Membuat rujukan di luar Bilik Menunggu/Bilik Lapor Diri/Dewan/Bilik Peperiksaan/Bilik Ujian/Makmal Peperiksaan/Bilik Kuarantin semasa peperiksaan
- Membawa kertas/skrip jawapan peperiksaan keluar dari Bilik Menunggu/Bilik Lapor Diri/Dewan/Bilik Peperiksaan/Bilik Ujian/Makmal Peperiksaan/Bilik Kuarantin
- Membuat cubaan memberi suapan/rasuah dengan apa-apa cara sekalipun kepada petugas peperiksaan/petugas pemeriksaan