Konsep Dan Takrifan Sistem Pengangkutan

Berikut dikongsikan Pengertian, Konsep Dan Takrifan Sistem Pengangkutan Di Malaysia. Pengangkutan boleh didefinisikan sebagai suatu konsep cara pemindahan daripada suatu tempat ke tempat yang lain (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007).

Konsep Dan Takrifan Sistem Pengangkutan Awam
Konsep Dan Takrifan Sistem Pengangkutan Awam

Konsep Dan Takrifan Sistem Pengangkutan

Menurut Wikipedia, Pengangkutan adalah merujuk kepada kenderaan yang membawa seseorang atau sesuatu dari satu tempat ke satu tempat yang lain, biasanya pada jarak yang jauh berbanding jika berjalan kaki. Sistem pengangkutan biasanya boleh dibahagi kepada beberapa pembahagian bergantung kepada cara ia bergerak, kuasa, dan lain-lain. Antara pembahagian yang biasa adalah :-

  1. Pengangkutan darat
  2. Laut
  3. Udara

Jenis pengangkutan juga dikira seperti berikut:-

Pengangkutan manusia

  1. Umum
  2. Individu

Pengangkutan kargo

Contoh-contoh bentuk pengangkutan ialah kapal terbang, kapal, kereta dan kereta api.

Menurut kamus dewan dan pustaka edisi keempat (PRPM) pula, pengangkutan dapat didefinisikan sebagai pembawaan barang-barang dari satu tempat ke tempat yang lain. Pengangkutan awam dapat didefinisikan sebagai sistem pengangkutan bermotor seperti teksi, bas dan kereta api yang digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dengan kadar tambang yang telah ditetapkan.

SEE ALSO  Cara Padam Gambar Sensitif Di Google Street View

Apa itu pengangkutan awam?

Menurut PMR Penerangan, Pengangkutan awam merupakan sistem pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri. Pengangkutan awam darat pula meliputi pengangkutan seperti bas, teksi, kereta api, transit aliran ringan (LRT), KTM Komuter, KL Monorail, Express Rail Link (KLIA Express, KLIA Transit)

Dalam usaha menambahbaik pengangkutan awam di negara ini, kerajaan prihatin menyediakan sistem pengangkutan awam yang mampu memenuhi keperluan rakyat untuk menjadikannya sebagai pilihan utama masyarakat khususnya penduduk ibu kota. Sehubungan itu, kerajaan memberi fokus kepada empat bidang utama di dalam sektor pengangkutan awam di negara ini agar kepercayaan masyarakat terhadap kemudahan tersebut meningkat.

Pertama
Meningkatkan kebolehpercayaan dengan memberi fokus kepada ketepatan masa;

Kedua
Meningkatkan kualiti perjalanan pengangkutan awam;

Ketiga
Memastikan rakyat mendapat akses mudah pengangkutan awam.

Keempat
Menyediakan kapasiti pengangkutan mencukupi bagi memenuhi keperluan penumpang sedia ada dan penumpang baru.

SEE ALSO  Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 3 Pembinaan Negara

 

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*