Semakan Keputusan SPM 2021 Online Dan SMS

Tarikh Rasmi Keputusan SPM 2021 Diumumkan. Bilakah tarikh keputusan SPM 2021 diumumkan? Calon peperiksaan SPM yang telah menduduki peperiksaan pasti menanti keputusan peperiksaan mereka dengan penuh debar.  Result semakan keputusan SPM – Sijil Pelajaran Malaysia 2021 akan diumumkan jangkaan pada bulan Jun 2022.

Tarikh rasmi Keputusan SPM 2021 Online Dan SMS akan diumumkan melalui kenyataan media rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.

semakan keputusan spm 2018 online dan sms

Cara Semakan Keputusan SPM 2021 Online Dan SMS

Pelajar disarankan untuk merujuk kepada Portal Rasmi KPM untuk mengetahui tarikh rasmi. Mengikut rekod berikut adalah tarikh rasmi semakan Keputusan peperiksaan SPM pada tahun-tahun sebelumnya :

  • 2021 : Hari Khamis, 16 Jun 2022
  • 2020 : 10 Jun 2021
  • 2019 : 5 Mac 2020
  • 2018 : 14 Mac 2019
  • 2017 : 15 Mac 2018
  • 2016 : 16 Mac 2017
  • Tahun 2015 telah diumumkan pada 3 Mac 2016
  • Pada tahun 2014 ianya juga telah diumumkan pada 3 Mac 2015

Tarikh Keputusan SPM 2021 Diumumkan

  • 16 Jun 2022 (Khamis)

 

Cara Buat Semakan Keputusan SPM 2021

Berikut disertakan cara membuat semakan result SPM 2021 melalui kaedah online dan SMS. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM 2021 mereka dari sekolah masing-masing selepas 10 pagi pada tarikh keputusan SPM diumumkan iaitu pada *16 Jun 2022. Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.

Semakan Online

Semakan keputusan peperiksaan SPM (Ringkasan Keputusan) boleh di buat secara online di myresultspm.moe.gov.my

Melalui Aplikasi Mobile

Kaedah SMS

KPM ada menyediakan perkhidmatan semakan keputusan peperiksaan SPM melalui mySMS 15888.

Taip SPM <jarak> Nombor kad pengenalan (K.P) <jarak> Angka Giliran dan hantar SMS ke 15888

Perkhidmatan akan diaktifkan bermula 10 pagi pada tarikh rasmi keputusan SPM diumumkan. Pengguna akan dicaj 15 sen untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan SMS.

Semoga pelajar yang menduduki SPM 2021 akan mendapat keputusan yang cemerlang bagi membolehkan anda untuk memohon kemasukan ke IPTA melalui Permohonan UPU 2022 Ke IPTA, Politeknik dan ILKA. Tahniah kepada mereka yang berjaya lulus dengan cemerlang.