Jadual Tarikh Peperiksaan UPKK 2017. Peringatan kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bersekolah di Tahun 5. Peperiksaan bertulis UPKK tahun 2017 akan diadakan dari 2 hingga 5 Oktober 2017. Berikut adalah Jadual Waktu Peperiksaan UPKK 2017 (Ujian Penilaian Kelas KAFA) buat panduan semua.
Matlamat peperiksaan UPKK adalah untuk menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 5 dalam bidang pengajian. Iaitu dalam Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah) , Sirah, Adab ( Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran.
UPKK adalah peperiksaan yang diselaraskan di seluruh Malaysia oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk murid tahun lima (5) di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Rendah Agama (SRA) yang menggunakan sukatan pelajaran kurikulum KAFA JAKIM. [/junkie-alert]
Jadual Waktu Peperiksaan UPKK 2017 (Ujian Bertulis. Amali Dan Lisan)
Berikut adalah Jadual Peperiksaan Bertulis Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2017 buat panduan pelajar semua. Perkongsian Jadual adalah untuk Peperiksaan Bertulis, amali dan lisan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2017.
UJIAN AMALI SOLAT & PENGHAYATAN CARA HIDUP ISLAM
- 1 Februari hingga 20 Ogos 2017
UJIAN LISAN TADARUS & TILAWAH AL-QURAN DAN UJIAN LISAN HAFAZAN & TAFSIR AL-QURAN
- 18 September hingga 29 September 2017
UJIAN BERTULIS UPKK 2017
Untuk makluman, Jadual peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi tahun 2017 telah disusun semula. Ianya berikutan kejadian pecah masuk di Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) pada 28 September 2017 yang menyebabkan tiga kertas soalan bagi tiga subjek hilang.
Berikut adalah Jadual Peperiksaan UPKK 2017 yang telah disusun semula :-
ISNIN (2 Oktober 2017)
2.15 petang hingga 3.45 petang – SIRAH
4 petang hingga 5.30 petang – ADAB (AKHLAK ISLAMIYAH) I
SELASA (3 Oktober 2017)
2.30 petang hingga 4 petang – LUGHAH AL-QURAN
RABU (4 Oktober 2017)
2.30 petang hingga 4 petang – ULUM SYARI’AH (AQIDAH DAN IBADAH)
4.15 petang hingga 5.15 petang – ADAB (AKHLAK ISLAMIYAH) II
KHAMIS (5 Oktober 2017)
2.30 petang hingga 4 petang – PELAJARAN JAWI DAN KHAT
Diucapkan selamat mengulangkaji pelajaran dan menduduki peperiksaan UPKK 2017. Semoga anda akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPKK kali. Keputusan UPKK dijangkakan akan diumumkan pada awal Januari 2018.