Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 2 Malayan Union

Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 2 Malayan Union. Untuk makluman pelajar, dikongsikan Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 2 Malayan Union yang berkaitan tentang Malayan Union Dan Persekutuan Tanah Melayu yang boleh dijadikan sebagai panduan dan rujukan pelajar ketika mengulangkaji sebelum peperiksaan SPM.

Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 2 Malayan Union

Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 2 Malayan Union

Malayan Union Dan Persekutuan Tanah Melayu

  • Malayan Union (MU) diperkenalkan tahun 1946
  • Ia membangkitkan gerakan nasionalisme Melayu
  • Orang Melayu menentang MU yang dianggap cuba menjajah Tanah Melayu dan menghapusklan ketuanan Melayu
  • Ketuanan Melayu bermaksud semangat cinta akan apa saja berkaitan bangsa Melayu seperti hak politik, bahasa, budaya dan adat istiadat
  • Tentangan ini melahirkan Persekutuan Tanah Melayu pada Februari 1948

[button color=”” size=”” type=”round” target=”” link=””]Tanah Melayu Selepas Kejatuhan Jepun[/button]

  • Jepun kalah tahun 1945
  • Tanah Melayu dikuasai Parti Komunis Malaya (PKM) selama 14 hari
  • PKM banyak melakukan keganasan
  • Tanah Melayu menjadi huru-hara
  • Keadaan diselamatkan oleh Pentadbiran Tentera British (PTM) atau British Military Administration (BMA)
  • BMA merupakan pentadbiran bercorak tentera oleh British sebelum Malayan Union diperkenalkan

[button color=”” size=”” type=”round” target=”” link=””]Keganasan 14 Hari[/button]

  • Jepun meninggalkan Tanah Melayu selepas kalah
  • Berlaku “kekosongan Politik” kerana tiada kuasa yang memerintah
  • Kekosongan politik – Suatu masa atau keadaan sesebuah negara atau negeri yang tidak mempunyai sebuah kerajaan atau pemerintah
  • PKM mengambil kesempatan untuk menguasai keadaan Tanah Melayu
  • Tanah Melayu dikuasai oleh cawangan tentera PKM iaitu Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) selama 14 hari
  • Tentera MPAJA dikenali sebagai “Bintang Tiga”
  • MPAJA telah menguasai bandar, daerah-daerah penting, balai polis dan pejabat pentadbiran kerajaan
  • MPAJA juga menjalankan :
    • Undang-Undang sendiri seperti menghukum sesiapa yang bekerjasama dengan Jepun
    • Mengenakan cukai kepala, cukai harta & cukai tanah
  • Antara keganasan MPAJA :
    • Menculik dan menyeksa sesiapa yang dianggap bersubahat dengan Jepun
    • Menghukum penduduk yang menganiayai orang Cina
    • Merampas harta benda orang kampung
    • Membunuh sesiapa yang dianggap bersalah
  • Contoh / Peristiwa keganasan :
    • Di Batu Pahat – PKM membunuh seorang penghulu yang dianggap bersubahat dengan Jepun
    • Pegawai Daerah yang cuba berunding juga dibunuh
    • Di Jelebu, Negeri Sembilan – PKM mencemarkan masjid dan surau
    • Di Kampung Bakor & Sungai Manik, Perak – PKM membakar rumah-rumah yang berpenghuni di waktu malam
  • Kesan keganasan :
    • Berlaku ketegangan kaum kerana kebanyakan anggota PKM orang Cina
    • Penduduk Melayu bangkit menentang PKM
    • Berlaku huru-hara di bebarapa tempat di Semenanjung Tanah Melayu :
      • Contohnya di Batu Pahat dan Muar – Orang Melayu pimpinan Kiai Salleh Karim bergabung tenaga menyerang orang Cina di bandar Batu Pahat
  • Berjaya dihalang oleh Pegawai Daerah Batu Pahat, Dato’ Onn Jaafar
  • Ketegangan kaum ini berjaya diatasi oleh Pentadbiran Tentera British

[button color=”” size=”” type=”round” target=”” link=””]Pentadbiran Tentera British[/button]

  • Merupakan pentadbiran tentera yang diperkenalkan British pada September 1945
  • Diketuai oleh Ketua Pegawai Hal Ehwal Awam Sir Ralph Hone
  • Tujuan PTB melaksanakan suatu pentadbiran peralihan sebelum sebuah pentadbiran awam diperkenalkan
  • Antara kejayaan PTB :
    • Menghapuskan kuasa PKM selama 14 hari di Tanah Melayu
    • Memujuk PKM dan MPAJA serah senjata
    • Kawal dan hentikan pergaduhan kaum
    • Wujudkan keamanan dan tegakkan undang-undang
  • Kesan :
    • Berjaya mengamankan Tanah Melayu
    • British perkenalkan Malayan Union

[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Malayan Union (MU)[/button]

  • Diisytiharkan British pada 1 April 1946 di King’s House (Carcosa Seri Negara), Kuala Lumpur
  • Gabenor pertama adalah Sir Edward Gent
  • MU menggantikan PTB di Tanah Melayu
  • Malayan Union merupakan :
    • Usaha British mengukuhkan pengaruh politik dan ekonominya di Tanah Melayu
    • Penjajahan secara mutlak oleh British

[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Tujuan Penubuhan Malayan Union[/button]

  • Mengurangkan & mengawal kuasa politik orang Melayu
  • Menjimatkan perbelanjaan British – NNS, NNMB dan NNMTB
  • Menjamin terus penguasaan British terhadap sumber ekonomi Tanah Melayu
  • Memastikan sumbangan golongan imigran tidak terjejas sebagai sumber tenaga kerja, pelabur & pengembang ekonomi Tanah Melayu
  • Mengukuhkan pertahanan British di Tanah Melayu & Asia Tenggara
  • Mewujudkan suatu pentadbiran cekap & seragam
  • Menyediakan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri
  • Membentuk satu bangsa Malayan Union

[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Ciri-Ciri Malayan Union[/button]

  • MU berjaya mengubah status Tanah Melayu daripada negeri naungan kepada sebuah Tanah Jajahan Mahkota
  • Negeri naungan – Negeri yang dilindungi oleh British & raja2 Melayu masih menjadi ketua negeri
  • Tanah Jajahan Mahkota – Negeri yang diperintah oleh British secara langsung berada di bawah Parlimen British iaitu Melaka & Pulau Pinang
  • MU mewujudkan satu pentadbiran bersifat ‘kesatuan’
  • Ciri-ciri utama :
    • NNMB, NNMTB & NNS digabungkan menjadi satu unit politik
    • Dibentuk Majlis Eksekutif & Majlis Undangan Malayan Union
    • Malayan Union diketuai oleh seorang Gabenor British yang dilantik oleh Raja England
    • Kewarganegaraan sama rata melalui prinsip jus soli yang menjadi asas kerakyatan MU
    • Raja-raja menjadi ahli Majlis Melayu (Majlis Raja-Raja Melayu) yang hanya membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat Melayu
    • Seorang Pesuruhjaya Negeri dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir
    • Parlimen British menjadi pemutus undang-undang MU

[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Bentuk Pentadbiran Malayan Union[/button]

  • Parlimen British – Pemutus undang2 MU
  • Gabenor MU – Dilantik Raja England
  • Gabenor dibantu oleh Majlis Eksekutif, Majlis Undangan dan Majlis Melayu (Majlis Raja-Raja Melayu)
  • Pesuruhjaya Negeri – Sebagai ketua pentadbir setiap negeri

[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Reaksi Penduduk Tempatan Terhadap Malayan Union[/button]

Terdapat pelbagai reaksi (tindak balas) ada yang menyokong dan ada yang menentang :

a) Golongan Yang Menyokong Malayan Union :

  • Disokong sekumpulan kecil orang Melayu yang radikal dan golongan imigran
  • Antara golongan radikal Melayu :
    • PKMM – Parti Kebangsaan Melayu Malaya
    • PKMM ditubuhkan Oktober 1945 oleh PKM di Ipoh dan Presiden pertamanya ialah Mokhtaruddin Lasso, Ketua Rejimen 10 Melayu, PKM
    • API – Angkatan Pemuda Insaf
    • AWAS – Angkatan Wanita Sedar
    • BATAS – Barisan Tani Malaya
  • Alasan sokongan :
    • MU akan menyatukan sistem pentadbiran Tanah Melayu
    • Mu melahirkan pentadbiran baru & tidak berasaskan kuasa raja dan pembesar Melayu
    • Menyokong kerakyatan terbuka
    • Penyatuan pentadbiran agama Islam bagi seluruh Tanah Melayu
    • Percaya dengan janji British akan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu
  • Antara golongan yang menyokong pendirian radikal Melayu :
    • MDU (Malayan Democratic Union) – Parti politik yang berpusat di Singapura dan ahlinya terdiri daripada yang berpendidikan Inggeris
    • AMCJA (All Malayan Council of Joint Action) – Merupakan gabungan golongan imigran diketuai oleh Tun Tan Cheng Lock
  • Alasan sokongan :
    • MU menguntungkan kerana kerakyatan yang terbuka kepada sesiapa sahaja
    • MDU mencadangkan Singapura dimasukkan ke dalam MU

b) Golongan Yang Menentang Malayan Union :

  • Ditentang kebanyakan peribumi Tanah Melayu
  • Sebab-Sebab Penentangan :
    • Penghapusan kedaulatan dan kuasa Raja-Raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu, hilang takhta dan maruah, pungutan zakat diletakkan di bawah kuasa gabenor British
    • Tamadun Orang Melayu terhakis – Sistem beraja, bahasa Melayu, tulisan Jawi, Ketuanan Melayu tercabar dan orang Melayu akan hilang tanah air
    • Kerakyatan yang terlalu liberal – Jus soli mengancam status quo orang Melayu dan jumlah orang Melayu terancam akibat kerakyatan imigran terlalu mudah
    • Membantah tindakan Sir Harold MacMichael mengancam Raja-Raja Melayu – Turun takhta dan tidak diberi masa cukup untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri

[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Cara Penentangan Terhadap Malayan Union[/button]

i. Secara Individu

  • Peranan Dato’ Onn Jaafar
  • Pada 23 Januari 1946 beliau menulis surat kepada akhbar Utusan Melayu
  • Tujuan – Menyeru orang Melayu mengadakan kongres dan menubuhkan U.M.O (United Malays Organization)
  • Raja-Raja Melayu membantah MU dengan menghantar surat kepada Setiausaha Tanah Jajahan kerana dipaksa menerima MU
  • Kesan – Bantahan orang Melayu menimbulkan kesedaran Raja-Raja Melayu supaya berganding bahu menentang MU
  • Sokongan – Tindakan orang Melayu disokong bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu seperti Frank Swettenham, R.O Winstedt, Sir Frederick Weld dan Sir Cecil Clementi
  • Mereka menentang cadangan MU secara terbuka dalam akhbar The Times di London

ii. Melalui Akhbar

  • Menyuarakan bantahan melalui akhbar Majlis, Utusan Melayu dan Warta Negara
  • Akhbar Majlis – Akhbar pertama menyeru orang Melayu menentang Mu
  • Utusan Melayu – Pada 12 Oktober 1945 menyeru Raja-Raja Melayu berfikir jika MU tidak ditentang
  • Warta Negara – Pada 14 November 1945 menggesa orang Melayu menentang MU

iii. Secara Kolektif (Beramai-Ramai)

Penentangan lebih berbentuk penyertaan masyarakat iaitu secara demonstrasi, menubuhkan persatuan-persatuan Melayu, menubuhkan Kongres Melayu 1946 dan mengadakan rapat umum

  • Orang Melayu mengadakan demonstrasi secara aman
    • Contoh demonstrasi :
      • Di Alor Setar – Seramai 50 000 orang
      • Di Kota Bharu – Seramai 10 000 orang
      • Di Johor Bharu – Orang ramai berkumpul di hadapan Masjid Sultan Abu Bakar
    • Tujuan demonstrasi :
      • Membantah cara Sir Harold MacMichael memperoleh tandatangan Raja-Raja Melayu
      • Membantah MU yang akan menghapuskan kedaulatan negeri-negeri Melayu dan kedudukan orang Melayu sebagai anak negeri
    • Contoh slogan yang digunakan :
      • “Tanah Melayu Hak Melayu, Malayan Union Tidak Dikehendaki”
      • “Bersatu Teguh Bercerai Roboh”
  • Menubuhkan Persatua-Persatuan Melayu
    • Banyak persatuan Melayu ditubuhkan & dihidupkan semula
    • Tujuan – Menentang Mu secara berorganisasi
    • Contoh – Persatuan Melayu Terengganu dan Persatuan Kebangsaan Melayu Selangor
    • Persatuan-persatuan menghantar telegram dan surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di London
    • Mereka menolak sama sekali pentadbiran MU
    • Contoh – Telegram Islamic Voice of Malaya, Pulau Pinang
  • Menubuhkan Kongres Melayu 1946
    • Kongres Melayu pertama diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur
      • Dihadiri 41 buah persatuan dari seluruh Semenanjung Tanah Melayu
      • Dirasmikan oleh Sultan Selangor iaitu Sultan Hishamuddin Alam Shah dan menderma sebanyak $500
      • Pengerusi Kongres Melayu yang pertama – Dato’ Onn Jaafar
      • Hasil kongres – Bersetuju menubuhkan United Malays National Organization (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR)
      • Mendapat sambutan hebat
      • Orang ramai membawa sepanduk patriotik menentang MU
      • Tampil berucap – Wakil kaum Ibu iaitu Che Maznah & wakil kanak2
      • Kata-kata – “Wahai bapa-bapa kami, peliharalah hak-hak kami sementara kami besar” menjadi pendorong dan penguat semangat perjuangan
    • Kongres Melayu Kedua diadakan pada 30 hingga 31 Mac 1946
      • Tujuan – Membantah pengisytiharan MU yang akan diadakan pada 1 April 1946
      • Dihadiri 9 wakil persatuan2 negeri Melayu
      • Mesyuarat diadakan di pejabat akhbar Majlis di Kuala Lumpur
      • Memutuskan 3 perkara penting :
        • Meminta Raja-Raja Melayu memulaukan majlis pelantikan Sir Edward Gent sebagai Gabenor MU
        • Meminta orang Melayu yang dilantik menganggotai sebarang majlis pentadbiran , MU memulaukan pelantikan itu
        • Menuntut orang Melayu berkabung selama 7 hari dengan melilitkan kain putih pada songkok
  • Mengadakan rapat umum
    • Diadakan semasa lawatan L.D. Gammans & David Rees Williams (ahli Parlimen British) di setiap bandar pada Mei 1946
    • Tujuan lawatan untuk melihat sejauh mana orang Melayu benar-benar menentang MU
    • Orang Melayu berkumpul di Singapura, Johor Bharu, Muar, Batu Pahat, Rembau, Seremban, Klang, Kuala Lumpur, Ipoh, Alor Setar dan George Town
    • Orang Melayu membawa sepanduk yang mengutuk MUdan Sir Harold MacMichael

[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Peranan Kaum Wanita Dalam Menentang Pelaksanaan Malayan Union[/button]

  • Memainkan peranan penting menyokong penuh perjuangan UMNO menentang MU
  • Contoh / Peristiwa :
    • Halimahton Majid – Pemimpin Kaum Ibu UMNO, Rembau berucap dalam perhimpunan kaum ibu membantah MU
    • Datin Puteh Mariah Ibrahim Rashid – Setiausaha Kaum Ibu UMNO yang pertama telah mengetuai Bahagian Wanita Perikatan Melayu Perak dan bergabung tenaga dengan Kaum Lelaki menyokong Kongres Melayu 1946
    • Cikgu Zahara Abdullah – Berucap menentang MU di Batu Pahat
    • Di Selangor, Persatuan Kaum Ibu Selangor telah ditubuhkan khusus menentang MU
  • Peranan kaum ibu ini telah mendapat pujian daripada Dato’ Onn Jaafar

[button color=”” size=”” type=”round” target=”” link=””]Penubuhan UMNO[/button]

  • Keputusan penubuhan UMNO dibuat dalam Kongres Melayu 1946 di Kuala Lumpur
  • Pada 11 Mei 1946, sebanyak 29 buah persatuan menandatangani penubuhan UMNO di Istana Besar, Johor Bharu
  • Yang Dipertua pertama – Dato’ Onn Jaafar
  • Tujuan Penubuhan UMNO :
    • Menjadi wadah perjuangan orang Melayu bagi memperkasa kemajuan bangsa
    • Tujuan penubuhan berubah mengikut keperluan semasa
  • Contoh perubahan :
    • Tahun 1946
      • Menentang Malayan Union
      • Menyatukan orang Melayu daripada seluruh Semenanjung Tanah Melayu
      • Mewujudkan satu organisasi nasional
      • Menjaga kepentingan politik dan ketuanan Melayu
      • Memajukan pendidikan orang Melayu
      • Melindungi kepentingan orang Melayu tetapi belum bersedia menuntut kemerdekaan
    • Tahun 1949
      • Menjalankan fungsi sebuah parti siasah (berkaitan politik dan pentadbiran) di Tanah Melayu yang sempurna sebagai penyatu bangsa Melayu
      • Menjalankan ikhtiar dan langkah dengan tujuan mendirikan sebuah kerajaan merdeka yang memerintah Tanah Melayu
      • Memajukan orang Melayu dalam hal berkaitan dengan perkara siasah, kebajikan hidup, kebudayaan dan ikhtisas (berkaitan ekonomi)
      • Menjadi pelindung kedaulatan tanah air
      • Mula menuntut kemerdekaan

[button color=”” size=”” type=”round” target=”” link=””]Perjuangan Tokoh UMNO[/button]

  • Tokoh2 UMNO terlibat secara langsung dalam jawatankuasa penggubalan perlembagaan UMNO tahun 1949

i. Dato’ Onn Jaafar (1946-1951)

  • Yang Dipertua UMNO pertama
  • Merupakan pengasas UMNO
  • Mendapat pendidikan di Maktab Perguruan Kuala Kangsar dan England
  • Sebelum memimpin UMNO, beliau bertugas sebagai Pegawai Tadbir Johor dan wartawan yang terkenal
  • Tahun 1946 dilantik menjadi Menteri Besar Johor kerana berjaya memulihkan keamanan di Batu Pahat semasa pergaduhan kaum (keganasan 14 hari)
  • Merupakan orang pertama menyeru orang Melayu bersatu secara berorganisasi di peringkat nasional
  • Beliau mencadangkan ditubuhkan sebuah parti politik bertujuan menentang MU
  • Berjaya menganjurkan Kongres Melayu 1946 di Kuala Lumpur
  • Sumbangan terbesar – Menyatukan orang Melayu seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan berjaya menumbangkan MU
  • Menjelajah ke seluruh Tanah Melayu untuk menunjukkan kepada Britisih bantahan orang Melayu terhadap MU
  • Berjaya memujuk raja2 Melayu memulaukan upacara pelantikan Sir Edward Gent sebagai Gabenor MU
  • Menjadi ahli jawatankuasa yang menggubal Perlembagaan UMNO tahun 1949
  • Beliau mengambil beberapa perlembagaan parti luar negara sebagai panduan

ii. Dato’ Panglima Bukit Gantang (1905-1959)

  • Nama sebenar – Abdul Wahab bin Abdul Aziz
  • Merupakan Setiausaha Agung UMNO pertama
  • Berpendidikan di Anderson School, Ipoh, Perak dan Inner Temple, England
  • Apabila MU diperkenalkan beliau menubuhkan Perikatan Melayu Perak – Tujuan menyokong Kongres Melayu menggagalkan MU
  • Beliau menjadi Ketua Bahagian UMNO Perak dari tahun 1948-1953

iii. Dato’ Nik Ahmed Kamil Nik Mahmud (1909-1977)

  • Merupakan Ahli Jawatankuasa UMNO Pusat dan Ketua UMNO Kelantan
  • Mendapat pendidikan di Sekolah Majlis Agama Islam, Kota Bharu dan Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak
  • Beliau melanjutkan pelajaran ke Lincoln’s Inn, London, England
  • Beliau menjadi peguam yang bertauliah
  • Pernah menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri sebelum menjadi Menteri Besar Kelantan tahun 1948-1955

iv. Zainal Abidin bin Ahmad @ Zaaba (1895-1973)

  • Dianggap seorang intelektual Melayu
  • Digelar Pendeta Bahasa Melayu yang ulung
  • Berasal dari Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Jempol, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
  • Terlibat dalam Kongres Melayu tahun 1946
  • Dato’ Onn Jaafar meminta beliau menguruskan persidangan kongres tersebut
  • Beliau juga mencadangkan kepada Dato’ Onn Jaafar supaya menambah perkataan “kebangsaan” atau national ke dalam United Malays Organization (UMO) menjadi United Malays National Organization (UMNO)

[button color=”” size=”” type=”round” target=”” link=””]Perjuangan dan Perkembangan UMNO[/button]

  • Berjaya memajukan orang Melayu dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan pendidikan
  • Sebuah parti yang memperjuangkan perpaduan orang Melayu seluruh Semenanjung Tanah Melayu
  • UMNO mewakili kepentingan orang Melayu yang menjadi dasar perjuangan UMNO
  • Perjuangan utama UMNO adalah :
    • Menumbangkan MU
    • Menyatupadukan orang Melayu
    • Memperjuangkan ‘ketuanan Melayu’
    • Menghapuskan semangat kenegerian & kedaerahan orang Melayu
    • Mewujudkan sebuah parti politik bercorak kebangsaan
    • Memajukan pendidikan orang Melayu
    • Mengusahakan kemajuan ekonomi & kebajikan orang Melayu
  • Beberapa mesyuarat agung diadakan di bandar-bandar besar :
  • Contoh :
    • Jun 1946 – Di Kota Bharu, Kelantan
    • Tahun 1948 – Di Pulau Pinang dan dirasmikan Sultan Kedah iaitu Sultan Badlishah
    • Biasanya mesyuarat agung UMNO dirasmikan oleh sultan atau raja2 Melayu setempat
    • Menunjukkan perjuangan UMNO direstui
  • Tahun 1946 – Piagam UMNO 1946 dibentuk yang merupakan perlembagaan UMNO pertama
  • Tujuan – Sebagai garis panduan untuk UMNO bergerak
  • Piagam ini mempunyai 5 bab
  • Tahun 1949 – Perlembagaan UMNO 1949 yang pertama diluluskan untuk menjadikan UMNO sebuah parti politik yang kukuh

[button color=”” size=”” type=”round” target=”” link=””]Identiti UMNO[/button]

i) Logo UMNO 

Logo UMNO

  • Dalam tulisan Jawi iaitu perkataan PEKEMBAR
  • Cogan kata “HIDUP MELAYU” dicipta oleh Dato’ Onn Jaafar untuk menyatukan ahli UMNO
  • Cogan kata ini sebenarnya merupakan slogan Pergerakan Melayu Semenanjung Johor pimpinan Dato’ Onn Jaafar sendiri
  • Bulan Mac 1950 cogan kata ini ditukar kepada “Merdeka” atas cadangan wakil Pemuda Bahagian UMNO Batu Pahat iaitu Syeikh Gharieb Raub

ii) Bendera UMNO 

Bendera UMNO

 

  • Terdiri daripada warna :
    • Merah – Keberanian
    • Putih – Kesucian dan Keikhlasan
    • Kuning – Lambang raja
    • Hijau – Keris hijau lambang agama Islam dan tamadun Melayu
  • Pemilihan bendera diputuskan dalam persidangan UMNO di Ipoh, Perak pada Jun 1946
  • Dicadangkan oleh Ikatan Setia Kampung Baru, Kuala Lumpur
  • Bendera UMNO pertama kali dikibarkan pertama kali pada Mesyuarat Agung UMNO di Pulau Pinang 27 Julai 1947

[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948[/button]

  • Persekutuan Tanah Melayu (PTM) ditubuhkan pada 1 Februari 1948
  • Tujuan menggantikan MU
  • Merupakan kejayaan penting kepada perjuangan orang Melayu

[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Rundingan Awal Ke Arah Penubuhan PTM[/button]

i. Rundingan Menolak Pelaksanaan MU

  • Sejak Januari hingga Mei 1946 orang Melayu mengadakan bantahan secara aman
  • Tujuan menolak MU
  • Mei 1946 Raja-Raja Melayu mengadakan pertemuan dengan British di Kuala Kangsar
  • Tujuannya menyampaikan pandangan menolak MU
  • Jun 1946 – Rundingan UMNO dengan British di Pulau Pinang
  • Kesan :
    • British mengadakan rundingan rasmi dengan Raja-Raja Melayu dan UMNO
    • Raja-Raja Melayu dan UMNO menyerahkan satu memorandum menyatakan bantahan terhadap MU secara rasmi

ii. Rundingan Menubuhkan PTM

  • Pada 25 Julai 1946 Jawatankuasa Eksekutif ditubuhkan
  • Dianggotai pegawai kanan British, wakil Raja-Raja Melayu dan wakil UMNO
  • Perbincangan rasmi diadakan beberapa kali di King’s House, Kuala Lumpur
  • Beberapa tuntutan dikemukakan, antaranya :
    • Raja-Raja Melayu dan orang Melayu menolak semua prinsip dan struktur MU
    • Mereka mahukan sebuah bentuk persekutuan bagi seluruh Semenanjung Tanah Melayu
    • Mereka menolak kerakyatan jus soli
    • Mereka mahu taraf negeri naungan bagi negeri Melayu dipulihkan semula
    • Mendesak Raja-Raja Melayu menjadi ketua negeri-negeri Melayu
  • Kesan rundingan :
    • British setuju membentuk PTM kerana tidak mahu orang Melayu menentang secara kekerasan
    • British tidak mahu Parti Komunis Malaya mempengaruhi orang Melayu
    • Sikap sederhana orang Melayu yang sentiasa bekerjasama dengan British dan sikap pemimpin-pemimpin UMNO sentiasa berunding menyedarkan British
    • British mengubah dasarnya & melaksanakan dasar dekolonisasi (proses membebaskan negeri yang dijajah) yang digalakkan oleh PBB
    • Rundingan berakhir dengan termeterai Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada 21 Januari 1948
    • Pada 1 Februari 1948 PTM dibentuk dan majlis menandatangani diadakan di King’s House, Kuala Lumpur

[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Ciri-Ciri Utama Persekutuan Tanah Melayu 1948[/button]

  • Konsep Raja Berperlembagaan diperkenalkan
  • Majlis Raja-Raja Melayu ditubuhkan menggantikan Majlis Melayu
  • Perlindungan istimewa diberikan kepada orang Melayu dan diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British
  • Syarat kerakyatan diperketatkan
  • Sebuah persekutuan dibentuk dengan gabungan 11 buah negeri-negeri Melayu kecuali Singapura
  • Pesuruhjaya Tinggi British menjadi Ketua Persekutuan dan dibantu Majlis Mesyuarat Eksekutif dan Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan

[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Perbezaan Antara Pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu Dengan Malayan Union[/button]

Persekutuan Tanah Melayu

  1. Ketua Pentadbiran
    • PTB
    • Raja-Raja Melayu
  2. Kuasa Peringkat Pusat
    • Majlis Mesyuarat Eksekutif
    • Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan
    • Majlis Raja-Raja Melayu
  3. Kuasa Peringkat Negeri
    • Sultan
    • Menteri Besar
    • Majlis Mesyuarat Negeri
  4. Ketua Agama dan Adat
    • Sultan Negeri
  5. Bahasa Pentadbiran
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris

Malayan Union

  1. Ketua Pentadbiran
    • Gabenor British
  2. Kuasa Peringkat Pusat
    • Parlimen British
  3. Kuasa Peringkat Negeri
    • Pesuruhjaya Negeri-Negeri
    • Majlis Mesyuarat Negeri
  4. Ketua Agama dan Adat
    • Gabenor British
  5. Bahasa Pentadbiran
    • Bahasa Inggeris

[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Perbezaan Kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu Dengan Malayan Union[/button]

Persekutuan Tanah Melayu

A. Secara Kuatkuasa Undang-Undang

  • Jus soli terbuka kepada Rakyat Raja dan Rakyat British
  • Pemohon yang lahir diluar negeri tetapi bapanya adalah rakyat raja atau rakyat British

B. Secara Permohonan

  • Pemohon yang berusia 21 tahun, tiada rekod jenayah dan bersetuju taat setia kepada Persekutuan Tanah Melayu
  • Mereka yang berusia 21 tahun & telah tinggal selama 8 tahun daripada 12 tahun di Tanah Melayu serta boleh bertutur Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris

Malayan Union

A. Secara Kuatkuasa Undang-Undang

  • Jus soli bagi mereka yang lahir di Malayan Union, Singapura & Tanah Jajahan British yang lain

B. Secara Permohonan

  • Pemohon yang tinggal selama 5 tahun daripada 7 tahun dari tarikh permohonan
  • Anak angkat pemohon yang telah menjadi rakyat Malayan Union

Semoga Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 2 Malayan Union yang dikongsikan ini dapat membantu pelajar memahami tentang Persekutuan Tanah Melayu dan Malayan Union dan berjaya menjawab soalan SPM nanti.