PLKN 3.0 : Program Latihan Khidmat Negara 2023 / 2024

PLKN 3.0 : Program Latihan Khidmat Negara 2023 / 2024. Perhatian buat pelatih yang bakal terpilih untuk mengikuti PLKN 3.0 2023/ 2024. Berikut dikongsikan cara buat semakan PLKN 2.0 melalui kaedah online dan SMS (Program Latihan Khidmat Negara – PLKN). Maklumat semakan PLKN 3.0 akan dikemaskini sebaik sahaja dimaklumkan. Calon yang terpilih boleh membuat semakan penempatan pelatih di applikasi semakan yang dikongsikan di bawah ini.

PLKN 3.0 : Program Latihan Khidmat Negara 2023 / 2024

Menteri Pertahanan pada 9 Oktober 2023 telah mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk mengkaji dan melaksanakan PLKN 3.0 dengan kaedah yang berbeza. PLKN 3.0 akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu fasa pertama bermula pada Tingkatan Empat melalui badan beruniform di sekolah dan fasa kedua selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selama 45 hari di kem tentera atau PULAPOL.

Modul latihan PLKN 3.0 tertumpu kepada 90% latihan ketenteraan dan 10% latihan kewarganegaraan. 13 buah Pusat Latihan Askar Wataniah di seluruh negara serta PULAPOL boleh menampung latihan untuk satu tahun sekurang-kurangnya 4,000 orang. Kos perbelanjaan dijangka tidak melebihi RM100 juta setahun, lebih rendah berbanding RM500 juta bagi pelaksanaan PLKN sebelum ini.

Kenyataan Media Kementerian Pertahanan

TERKINI – Kementerian Pertahanan mengeluarkan satu kenyataan media berkaitan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 pada 3 November 2023 seperti berikut:

Secara dasar, kerajaan bersetuju untuk memperkenalkan semula PLKN dengan kaedah baharu selaras dengan Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Akta 628). Penetapan had umur pelatih akan dilaksanakan seperti berikut:

1. Pelatih akan dipilih mengikut tahun kelahiran. Contohnya, sekiranya PLKN 3.0 dilaksanakan pada tahun 2024, maka remaja yang hanya lahir pada tahun 2007 akan dipanggil untuk menjalani latihan tersebut.

2. Sekiranya pelatih yang dipilih tidak dapat menyertai latihan khidmat negara atas sebab yang dibenarkan, mereka boleh memohon penangguhan. Had maksimum untuk menjadi pelatih adalah sehingga umur 35 tahun.

Maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa, di bawah adalah maklumat berkaitan PLKN sebelum ini sebagai rujukan.

Berikut dikongsikan maklumat semakan PLKN 2017 Kumpulan 1 Siri 14/ 2017 : Senarai Nama Terpilih Dan Penempatan. Kaedah pengambilan pelatih Program Latihan Khidmat Cemerlang (PLKN) 2.0 pada tahun 2016/ 2017 telah diberi nafas baru.

“Untuk makluman, calon yang terpilih untuk menyertai PLKN 2017 akan dihubungi melalui surat rasmi.”

Pemilihan Pelatih PLKN 2017 (2.0)

Dasar pemilihan baru pelatih adalah secara sukarela bagi murid tingkatan 5 yang berminat melanjutkan latihan kemahiran teknikal. Disamping itu, pencalonan murid juga boleh dicalonkan oleh guru-guru dan perlu mendapat persetujuan kebenaran ibu bapa terlebih dahulu.

Kriteria Pemilihan

  1. Untuk makluman, pencalonan terbahagi kepada 2 jenis iaitu permohonan sukarela melalui sekolah dan pencalonan guru-guru.
  2. Pencalonan adalah daripada murid Tingkatan 5 yang berminat untuk ke fasa 2 iaitu menyambung pelajaran dalam bidang kemahiran
  3. Calon mestilah Warganegara Malaysia
  4. Pencalonan mengikut pecahan kaum dan jantina yang bersesuaian bilangan sekolah di setiap negeri dan komposisi kaum di sekolah-sekolah
  5. Tarikh lahir : Pencalonan adalah bagi tahun 1999 dan permohonan sukarela terbuka bagi tahun kelahiran 1997 dan 1998

Proses pemilihan akan memberikan keutamaan kepada calon sukarela dan berminat ke Fasa 2. Walau bagaimanapun proses penempatan adalah tertakluk kepada keputusan JLKN bergantung kepada jumlah pemilihan bagi tahun tersebut.

Kerajaan telah memperkenalkan lima modul dan tiga sub-modul dalam Transformasi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Modul baru latihan PLKN boleh dirujuk di Modul PLKN 2.0. Sebagai permulaan Projek Rintis PLKN (Pilot Project) 2.0 2015 untuk remaja dilahirkan pada tahun 1997 telah diadakan bermula 17 Oktober 2015 hingga 16 Disember 2015.

Semakan Penempatan Pelatih PLKN 2017

Berikut dikongsikan cara membuat semakan PLKN 2017 iaitu semakan penempatan pelatih terpilih yang boleh disemak secara online dan melalui kaedah SMS :-

Semakan nama penempatan pelatih PLKN 2017 : Kumpulan 1 Siri 14/ 2017 boleh dibuat di link di bawah ini.

  • KLIK PENEMPATAN PELATIH
  • Terkini : 17 Januari 2017 – Kepada bakal pelatih PLKN 2.0 Siri 14/2017 yang telah menerima Notis Pemberitahuan Pelatih (NPP) mengenai penempatan kem, kumpulan dan tarikh lapor diri. Pelatih dimohon untuk membuka semakan semula di applikasi semakan bagi tujuan pengesahan. 
  • Maklumat lanjut sila rujuk Facebook PLKN 2.0

Semakan SMS

Taip: PLKN KEM [No KP anda] Dan Hantar ke 15888

* Setiap mesej yang dihantar akan dicaj RM0.15.
* Setiap mesej yang diterima akan dicaj RM0.20

Tarikh Latihan

Berikut dikongsikan tarikh penting dan tempoh masa latihan PLKN Siri 14/ 2017 mengikut kumpulan :-

  1. Kumpulan 1 18 Mac sehingga 16 Mei 2017
  2. Group  2 : 15 Julai sehingga 12 September 2017
  3. Kumpulan 3 : 30 September sehingga 28 November 2017

Cara Hubungi JLKN

Untuk mengetahui perkembangan semasa berkaitan PLKN 2017, anda dinasihatkan melayari Laman Web Rasmi Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) di bawah ini atau No. Tel. Call Centre 03-4027 4747 atau 03-4027 4227 (Waktu pejabat 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Juga boleh layari Facebook PLKN 2.0 untuk maklumat lanjut.

Modul PLKN 2.0

Selamat membuat Semakan PLKN 2017 Online dan SMS untuk Penempatan pelatih. Selamat mengikuti program PLKN 2017.