Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 2 Peningkatan Tamadun

Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 2 Peningkatan Tamadun. Untuk makluman pelajar, dikongsikan Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 2 Peningkatan Tamadun yang berkaitan tentang Peningkatan Tamadun Awal Manusia yang boleh dijadikan sebagai panduan dan rujukan pelajar ketika mengulangkaji sebelum peperiksaan SPM.

Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 2 Peningkatan Tamadun

Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 2 Peningkatan Tamadun

Peningkatan Tamadun

[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Tamadun India[/button]

a) Ciri-ciri pendidikan Zaman Vedik (Peranan pendidikan dalam Tamadun India)

  • Mementingkan keagamaan
  • Agama Hindu sebagai teras
  • Didominasi oleh kaum lelaki
  • Kaum wanita tidak mempunyai ruang menerima pendidikan
  • Pendidikannya memberi tumpuan pembelajaran kitab-kitab veda
  • BahasaSanskrit merupakan medium pengajaran penting
  • Kaedah hafalan digunakan untuk mendalami kitab-kitan veda
  • Pendidikan yang berteraskan agama Hindu dan Buddha
  • Pendidikan peringkat awal diberikan di istana dan di rumah
  • Pendidikan tinggi diberikan di Kolej Brahma
  • Lahir university agama Buddha, iaitu Nalanda

b) Tujuan Pendidikan

  • Adalah untuk menyediakan manusia menghadapi hari selepas mati
  • Segala hukuman agama harus dipelajari supaya mereka dapat hidup sempurna dengan nilai-nilai murni yang diajar oleh agama
  • Untuk capai taraf sebagai Brahmin yang berpendidikan
  • Pendidikan juga untuk meningkatkan ilmu sains
  • Pendidikan di India bertujuan untuk menambah ilmu
  • Bertujuan mengatasi buta huruf
  • Pendidikan juga untuk mendapatkan jawatan dalam pemerintahan. Aspek penekanan dalam pendidikan
  • Mementingkan keagamaan dan agama Hindu
  • Pendidikannya memberi tumpuan pembelajaran kitab-kitab veda
  • Seseorang harus menghafal pelbagai buku agama khususnya veda yang mengandungi
    peraturan ritual, mentera, dan lagu-lagu agama
  • Mereka juga harus belajar karya sainstifik dan falsafah

c) Pusat Dagangan dan Pelabuhan di India

  • Anga
  • Kalinga
  • Karusa

d) Pelabuhan Penting di India

  • Tamralipti
  • Ghantashala
  • Kadura
  • Broach
  • Chual
  • Kalyan
  • Cambay

e) Hasil Dagangan di India

  • Senjata
  • Gading gajah
  • Emas
  • Berlian
  • Mutiara

f) Perusahaan di India

  • Pengeluaran tekstil
  • Kain kapas
  • Sutera
  • Barang emas
  • Mutiara
  • Batu permata

g) Sresthin

  • Persatuan perdagangan dan perusahaan
  • Wujud disetiap bandar
  • Contoh persatuan itu ialah persatuan tukang kayu, tukang logam, tukang kulit
  • Matlamatnya untuk mengawal harga, kualiti barang, dan gaji pekerja
  • Undang-undang telah digubal untuk mengawal persataun
  • Pelaksanaan undang-undang telah diawasi oleh raja.

h) Cukai di India

  • Diperkenalkan sejak Zaman Maurya
  • Hasil pertanian dan hasil buah-buahan
  • Untuk menyara anggota tentera, para pentadbir dan raja

i) Negara yang menjalinkan Hubungan Dagangan dengan India

  • Hubungan antara kerajaan Maurya dengan Macedonia, Sri langka, Rantau Asia Tenggah dan Asia Tenggra
  • Sejak tahun 100M, perdagangan maritim antara India dengan Alam Melayu. Kemajuan yang dicapai dalam bidang perdagangan tamadun India
  • Aktiviti perdagangan mengalami perkembangan pesat kerana melibatkan
  • Perdagangan di dalam wilayah India dan perdagangan luar seperti Maedonia, Sri langka, rantau Asia Tenggah dan Asia Tenggara
  • Pusat Perdagangan iaitu Anga, Kalinga, dan Karusa yang menghasilkan senjata, gading gajah, emas, berlian dan mutiara
  • Mempunyai pelabuhan yang menghubungkan India dengan Negara luar seperti Tamralipti, Ghantashala, Kadura, Broach, Chaul, kalian dan Cambay
  • Di setiap bandar wujud persatuan perdagangan dan perusahaan yang dikenali sebagai sresthin antaranya persatuan tukang kayu, tukang logam dan tukang kulit
  • Matlamat persatuan adalah untuk mengawal harga, kualiti barangan dan gaji pekerja
  • Raja menggubal undang-undang untuk mengawasi perjalanan persatuan perdagangan
  • Dasar kewangan dan ekonomi yang sistematik dengan menggunakan mata wang sebagai medium jual beli. Contoh bentuk mata wang emas dan dikenali sebagai dinara, wang perak dan wang daripada cangkerang siput
  • Terdapat sektor perusahaan seperti pengeluaran tekstil, kain kapas, sutera, perusahaan yang berasaskan barangan emas, mutiara dan batu permata
  • Pelbagai jenis cukai dikenakan terhadap pelbagai hasil perdagangan seperti hasil pertanian dan buah-buahan
  • Cukai dipungut untuk menyara anggota tentera, para pentadbir dan raja
  • Perdagangan dengan Alam Melayu telah berkembang untuk mendapatkan hasil seperti rempah, bedak wangi, gading gajah, dan besi
  • Dari China pula seperti tekstil, tembikar, barang kaca, dan minyak wangi

[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Tamadun China[/button]

a) Jenis Kegiatan Ekonomi Zaman Dinasti Shang

  • Kemajuan dalam pertanian
  • Perdagangan dalam negeri dan maritim
  • Perusahaan
  • Pembentukan persatuan perniagaan

b) Sumbangan Tamadun China dalam Bidang Pertanian

  • Dalam bidang pertanian tenggala diperkenalkan untuk membuat batas tanaman
  • Kolar kuda digunakan untuk kuda menarik tenggala kayu, kereta kuda, dan
  • Kereta sorong beroda serta penyisir tanah
  • Sistem penenaman secara bergilir telah diperkenalkan untuk menjaga kesuburan tanah
  • Kawasan bukit telah diteres untuk pertanian pada zaman Dinasti Shang
  • Sistem pengairan seperti pembinaan terusan telah dilaksanakan untuk memperoleh sumber air dalam pertanian terkawal
  • Kawalan terhadap banjir dengan pembinaan terusan.

c) Kesan Perkembangan Perusahaan Dalam Tamadun China

  • Perusahaan logam dan perusahaan tembikar telah berkembang sejak zaman Dinasti Han lagi
  • Perusahaan tersebut didagangkan ke kawasan di laur China seperti Alam Melayu, India, Timur Tengah dan Barat
  • Hasil dagangan dibawa melalui jalan darat, iaitu Jalan Sutera Darat dan kemudian melaluai Jalan Laut mulai zaman Dinasti Tang
  • Buktinya terdapat tembikar China di tapak-tapak pelabuhan kerajaan awal di kawasan-kawasan tersebut
  • Hasil perusahaan China bukan sahaja didagangkan ke luar tetapi didagangkan dalam negeri China sendiri
  • Muncul persatuan perdagangan yang membawa kepada kelahiran golongan kelas pertengahan yang besar
  • Perkembangan ekonomi yang pesat dicetuskan oleh perkembangan system perhubungan, iaitu pembinaan jalan raya, jambatan, dan alat pengangkutan seperti kereta kuda dan kereta lembu.

Semoga Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 2 Peningkatan Tamadun yang dikongsikan ini dapat membantu pelajar memahami Peningkatan Tamadun Awal Manusia dan berjaya menjawab soalan SPM nanti.