Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 6 Pembentukan Kerajaan Islam

Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 6 Pembentukan Kerajaan Islam. Untuk makluman pelajar, dikongsikan Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 6 Pembentukan Kerajaan Islam yang berkaitan tentang Pembentukan Kerajaan Islam Dan Sumbangannya yang boleh dijadikan sebagai panduan dan rujukan pelajar ketika mengulangkaji sebelum peperiksaan SPM.

Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 6 Pembentukan Kerajaan Islam

Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 6 Pembentukan Kerajaan Islam

Pembentukan Kerajaan Islam Dan Sumbangannya

Kerajaan Bani Umaiyah

[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Latar Belakang[/button]

  • Mengamalkan Sistem Warisan
  • Jawatan Ketua Pemerintah Kerajaan Islam diwarisi secara turun temurun / pemerintahan monarki
  • Diasaskan oleh Muawiyah Abu Sufyan
  • Selepas penyerahan kuasa oleh Hassan bin Ali untuk mengelakkan perpecahan umat Islam
  • Nama kerajaan mengambil nama sempena keturunan Bani Umaiyah iaitu Umaiyah Abdu Shams
  • Terbahagi kepada dua tahap :
    • Tahap pertama berpusat di Damsyik
      • Pemimpinnya memakai gelaran Khalifah
    • Tahap kedua berpusat di Cordova
      • Pemimpinnya memakai gelaran Amir

[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Pembaharuan Kerajaan Bani Umaiyah dalam Sistem Pentadbiran[/button]

  • Sistem Khalifah iaitu pelantikan Khalifah sebagai Ketua Pemerintah
  • Sistem Wazarah iaitu pelantikan wazir untuk mengetuai sistem pentadbiran di bahagian kerajaan pusat
  • Gabenor dilantik sebagai Ketua Pentadbiran Wilayah
  • Sistem urus setia :
    • Beberapa pegawai utama dilantik mengumpul rekod, mengurus surat menyurat
    • Urusan pentadbiran dibahagi kepada bebarapa bahagian iaitu bahagian surat menyurat, bahagian cukai, bahagian polis, bahagian ketenteraan dan kehakiman
  • Sistem Hijabah :
    • Seorang pegawai ditugaskan memeriksa orang yang ingin menemui khalifah, mengawal keselamatan khalifah dan pemegang amanah
    • Wujud sistem pengurusan pentadbiran yang sistematik kerana setiap jawatan yang dibentuk jelas fungsinya
    • Empat jabatan ditubuhkan iaitu Jabatan Cukai, Jabatan Surat Menyurat, Jabatan Urusan Am dan Jabatan Urusan Cap Mohor Pemerintah
    • Sistem Ketenteraan diperkemaskan iaitu penubuhan Jabatan Ketenteraan (Diwanul Jundi) untuk pertahanan Negara
    • Penubuhan angkatan tentera darat dan laut

[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Sumbangan dalam Bidang Sosial[/button]

  • Ilmu pengetahuan semakin maju
  • Kota Basrah dikenali sebagai pusat pengajaran dan penyebaran ilmu
  • Lahir ilmuwan seperti :
    • Khalil ibn Ahmad
    • Sibawayhi
    • Al Farazdaq
    • Jarir Umar ibn Abi Rabia’h
    • Jamil al-Uzri
  • Bahasa Arab dijadikan bahasa rasmi negara
  • Tanda bunyi dan baris diperkenalkan pada tulisan Al-Quran
  • Perkembangan ilmu agama
  • Taraf kesihatan turut diberi perhatian / pembinaan Hospital pertama di Damsyik
  • Pembinaan hospital kusta
  • Buku rujukan telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab
  • Perkembangan dalam bidang kimia
  • Perkembangan dalam bidang astronomi

[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Sumbangan dalam Bidang Perundangan[/button]

  • Hakim mengenakan hukuman berdasarkan ijtihad dengan berpandukan Al- Quran, Sunnah atau Ijmak
  • Hakim tidak boleh mempengaruhi mana-mana pihak / bebas / tidak cenderung mana mana aliran politik pemerintah
  • Hakim mestilah adil dalam penghakiman

[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Faktor-Faktor Kejatuhan[/button]

  • Rasa tidak puashati Golongan Mawali yang menganggap mereka telah didiskriminasikan
  • Mereka tidak diberi jawatan yang layak untuk mereka
  • Mereka dikenakan kadar cukai yang lebih tinggi
  • Golongan Mawali menyertai Gerakan Abbasiyah menentang Bani Umaiyah
  • Para khalifah mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyat
  • Para khalifah mengabaikan ajaran Islam
  • Menentang pemilihan Khalifah mengikut Sistem Warisan
  • Penentang Golongan Syiah dan Khawarij

Kerajaan Bani Abbasiyah

[button color=”” size=”” type=”round” target=”” link=””]Sumbangan Kerajaan Bani Abbasiyah[/button]

  • Kegemilangan ketika pemerintahan Khalifah Harun Al-Rasyid dan Puteranya Al-Makmun
  • Kota Baghdad menjadi pusat intelektual dan penyebaran ilmu
  • Karya-karya asing diterjemahkan dalam bahasa arab
  • Karya falsafah dan sains Yunani diterjemahkan
  • Khalifah Harun Al-Rasyid mengasaskan Institusi Keilmuan iaitu Baitulhikmah
  • Kegiatan penulisan dilakukan mengikut tiga tahap :
    • Tahap Pertama iaitu mencatat idea atau percakapan
    • Tahap Kedua iaitu mengumpul idea yang serupa atau mengumpul hadis Nabi Muhammad s.a.w ke dalam buku
    • Tahap Ketiga iaitu mengarang
  • Penglibatan Golongan Ulama dalam penulisan dalam bidang fikah, tafsir, sejarah, menyusun hadis dan sebagainya :
    • Imam Malik menyusun buku Al-Muwatta
    • Ibn Ishaq penyusunan sejarah hidup Nabi Muhammad S.A.W
    • Abu Hanifah penyusun fikah dan pendapat ijtihad
    • Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi’i dan Imam Ahmad b Hanbal
  • Terdapat pemisahan ilmu antara ilmu tafsir, ilmu sirah dan ilmu hadis
  • Terjemahan daripada bahasa sanskrit, suriani dan Yunani
  • Mencipta dan membuat pembaharuan dalam karya yang diterjemahkan dalam bahasa Arab
  • Menghurai dan menambahbaikan dengan memuatkan keterangan dan ulasan dalam karya
  • Penubuhan pusat pengajian tinggi mempertingkatkan kegiatan penyelidikan
  • Hasil kajian sarjana Islam tersebar ke Eropah
  • Hasil karya Islam diterjemahkan dalam bahasa asing
  • Perkembangan Ilmu Islam menyebabkan masyarakat Eropah mengalami Zaman Pemulihan Budaya iaitu Renaissance

Kerajaan Turki Uthmaniyah

[button color=”” size=”” type=”outlined” target=”” link=””]Sumbangan Kerajaan Turki Uthmaniyah kepada Dunia[/button]

  • Pembentukan Empayar Islam
  • Sebuah kesatuan orang Islam di seluruh dunia
  • Istanbul menjadi pusat pentadbiran Dunia Islam
  • Sultan Selim menguasai Makkah (1517), Kerajaan Turki Uthmaniyah dilihat sebagai pelindung kepada umat islam
  • Suleiman I memperkenal Sistem Perundangan
  • Undang-undang dikenali sebagai Kanun Suleiman
  • Merangkumi undang-undang mempertahankan membela nyawa, harta dan kehormatan setiap individu
  • Sistem organisasi dan pentadbiran perundangan Islam
  • Pembentukan jawatan Kadi dan Mufti
  • Jawatan Sheikh-ul-Islam iaitu Ketua Ulama diperkenalkan
  • Tugasannya mengeluarkan fatwa
  • Koleksi fatwa Sheikh-ul-Islam merupakan sumbangan utama kerajaan Turki Uthmaniyah kepada agama dan sains undang-undang dan kekal hingga ke hari ini
  • Sektor ekonomi
  • Kedudukan geografi Istanbul sebagai kota atau pusat pertemuan perdagangan antara timur dan barat serta antara Dunia Islam dengan Dunia Bukan Islam
  • Jalinan perdagangan meliputi pelabuhan sepanjang Laut Tengah, Laut Merah, Laut Hindi dan Laut Mediterranean
  • Membentuk Jalinan Perdagangan Dunia Islam berpusat di Istanbul
  • Menggalakkan kecemerlangan individu
  • Pembahagian masyarakat bergantung kepada hasil usaha setiap individu
  • Berlaku mobiliti sosial yang luas dalam masyarakat Eropah

[button color=”” size=”” type=”outlined” target=”” link=””]Faktor-Faktor Penyebaran Islam Ke Eropah[/button]

  • Pegangan akidah yang kukuh
  • Memiliki akhlak yang tinggi di kalangan orang Islam
  • Semangat Ghazi iaitu semangat pahlawan yang tidak gentar berkorban jiwa demi penyebaran Islam
  • Sistem Ketenteraan yang tersusun
  • Penggunaan senjata moden seperti meriam besar
  • Mempunyai tentera berkuda
  • Kumpulan Infantri yang kuat
  • Kumpulan Janissari iaitu kumpulan elit yang terlatih dalam selok belok peperangan
  • Mempunyai armada laut yang kuat
  • Mempunyai 300 buah kapal yang digunakan untuk mengawal keselamatan di kawasan Laut Mediterranean
  • Keadaan politik tidak stabil di Eropah
  • Akibat pertelingkahan dan peperangan di kalangan kerajaan-kerajaan kecil memudahkan penyebaran Islam di Eropah
  • Kejatuhan Kerajaan Byzantine memberi laluan untuk laluan untuk penyebar Islam
  • Institusi gereja tidak lagi menjadi pelindung kepada masyarakat
  • Penyalahgunaan kuasa, pergaduhan para pemimpin dan kekurangan wang dalam institusi gereja menyebabkan ramai penganut Kristian memeluk agama Islam
  • Dasar politik dan hubungan keagamaan
  • Menjalankan dasar berteraskan diplomasi dan toleransi
  • Masyarakat Balkan tidak dipaksa memeluk Islam
  • Kerajaan Uthmaniyah mengiktiraf kedudukan, perundangan dan harta Gereja Ortodok
  • Dasar Sosial Islam
  • Menarik minat orang Kristian memeluk Islam
  • Dasar sosial Islam berasaskan kecemerlangan individu dan bukannya keturunan
  • Sistem ini membolehkan individu mendapat imbuhan hasil daripada usahanya
  • Kerajaan Uthmaniyah membina semula sekolah, rumah sakit dan kawasan perdagangan demi kemudahan rakyat
  • Golongan sufi menekankan toleransi dan asimilasi dalam ajaran menarik ramai orang Kristian memeluk Islam

Semoga Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 6 Pembentukan Kerajaan Islam yang dikongsikan ini dapat membantu pelajar memahami Pembentukan Kerajaan Islam Dan Sumbangannya dan berjaya menjawab soalan SPM nanti.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.