Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 2 Nasionalisme Di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua. Berikut dikongsikan Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 2 bertajuk Nasionalisme Di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua. Semoga nota sejarah ini boleh dijadikan bahan untuk membuat ulangkaji menjelang peperiksaan SPM dan juga mencari idea dalam menjawab Sejarah Kertas 3.
![Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 2 Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 2](https://i1.wp.com/www.mysemakan.com/wp-content/uploads/2016/10/Nota-Sejarah-Tingkatan-5-Bab-2-Nasionalisme-Di-Malaysia-Sehingga-Perang-Dunia-Kedua-1.png?resize=444%2C261&ssl=1)
Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 2 Nasionalisme Di Malaysia
Nasionalisme Di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua
2.1 Perjuangan Pemimpin Tempatan Menentang British
a) Tokoh-tokoh pemimpin penentangan :
- Penghulu Dol Said
- Dato Maharaja Lela
- Rentap
- Mat Salleh
2.1.1 Sebab Penentangan
a) Dasar Penaklukan British
- Penaklukan British terhadap daerah mereka seperti di Naning, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah
- Bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politiknya
- Contohnya apabila British mendapat Melaka daripada Belanda, Naning dipaksa menjadi jajahan takluk British dan membayar ufti
b) Eksploitasi terhadap Ekonomi Tempatan
- Eksploitasi ekonomi dilakukan melalui perjanjian yang dimetrai oleh mereka dengan pemimpin tempatan
- Menerusi perjanjian ini, saudagar dari Negeri-Negeri Selat dibenarkan menjalankan perdagangan dan perlombongan bijih timah
c) Pelaksanaan Pentadbiran Barat terhadap Masyarakat Tempatan
- British telah memperkenalkan sistem cukai, undang-undang dan peraturan-peraturan tanah utk mendapatkan hasil yang maksimum
- Peraturan-peraturan ini sangat bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan
d) Campur Tangan British dalam Adat Resam Tempatan
- British memaksa mereka menerima nilai-nilai British yang amat bertentangan dengan budaya masyarakat tempatan
- Contohnya di Perak, J.W.W. Birch campur tangan dalam adat resam masyarakat Melayu
e) Pembesar Tempatan Kehilangan Kuasa dan Pengaruh
- Pemimpin tempatan juga kehilangan kuasa dan pengaruh pentadbiran terhadap kawasan dan anak buah mereka apabila British menjajah
f) Kesulitan Penduduk Tempatan
- Penentangan pemimpin tempatan mendapat sokongan anak buah mereka
- Mereka tertekan dengan pelaksanaan undang-undang British yg menyulitkan kehidupan mereka
2.1.2 Peristiwa Penentangan Pemimpin Tempatan
a)
b) Iktibar perjuangan pemimpin tempatan
- Semangat setia negara yang tinggi
- Sanggup berkorban untuk negara dan bangsa
- Sifat bekerjasama dan tolong menolong antara pemimpun dengan pengikut
- Sikap berdisplin dan gigih berusaha
2.2 Gerakan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua
2.2.1 Faktor -faktor Pemangkin Nasionalisme
1. Pengenalan Sistem Politik Barat
- British telah meletakkan seorang Residen yang mengambil alih pentadbiran negeri daripada pembesar tempatan
- Para pembesar diberikan pencen dan tempat mereka digantikan oleh pegawai British
- Perubahan ini mencabar sistem atau amalan tradisi mereka serta menjatuhkan maruah mereka
2. Perkembangan Sistem Pendidikan
- Muncul golongan intelek Melayu yang mampu berfikir tentang kemajuan bangsanya
- Mereka menyedari perlunya sumbangan tenaga dan fikiran mereka untuk menyedarkan bangsa Melayu
3. Dasar British
- British telah menggalakkan sesiapa sahaja datang untuk melabur, berniaga, berdagang, bekerja dan menetap di Tanah Melayu
- Kemasukan org asing telah meningkatkan jumlah imigran di Tanah Melayu
- Keadaan ini menimbulkan persaingan kepada penduduk tempatan
- British juga membuka bandar baru sebagai pusat pentadbirannya sedangkan orang Melayu tetap tinggal di kampung-kampung dengan serba kekurangan
- Keadaan ini menjarakkan lagi jurang taraf hidup antara orang tempatan di luar bandar dengan imigran dan penduduk lain di bandar
4. Pendudukan Jepun
- Jepun dengan konsep Kawasan Kesemakmuran Asia telah menekankan kebebasan negara-negara Asia untuk menentukan kemajuan masing-masing dan meningkatkan persaudaraan di kalangan negara tersebut
- Jepun menggalakkan org tempatan bekerjasama dengannya dan berjanji akan memerdekakan mereka
- Bagaimanapun, kesengsaraan dan kekejaman pentadbiran Jepun menyebabkan penduduk Tanah Melayu membenci penjajahan sama ada oleh kuasa Barat atau Timur
5. Penguasaan Parti Komunis Malaya
- PKM telah menguasai balai-balai polis dan memerintah dengan kejam
- Mereka membunuh dan menangkap sesiapa sahaja yang dianggap sebagai penyokong Jepun
- Ramai orang Melayu terbunuh dan rumah mereka dibakar oleh anggota PKM.
6. Kemunculan Mesin Cetak
- Memberikan kesan kepada penyebaran ilmu pengetahuan dan mendorong penentangan terhadap British
- Buku-buku, akhbar, majalah, kitab agama dan lain-lain idea menentang penjajah dapat disebarkan.
7. Gerakan Pan-Islamisme Sedunia
- Pan-Islamisme – Gerakan intelektual Islam seluruh dunia untuk membangkitkan pemahaman yg lebih progresif terhadap Islam untuk menentang penjajahan
- Didokong oleh pelajar Islam di seluruh dunia
- Dimulakan oleh Syeikh Muhammad Abduh, pensyarah di Universiti al-Azhar, Mesir
- Dalam tulisannya, beliau telah memberi kupasan bahawa Islam ialah cara hidup yang menekankan kepentingan dunia dan akhirat, di samping mendorong umatnya menuju kejayaan
- Gerakan Wahabi di Arab Saudi juga mendesak matlamat yang sama
8. Kesedaran politik Serantau
- Indonesia yg amat rapat dengan Tanah Melayu dari segi geografi dan budaya telah mempengaruhi gerakan nasionalisme di Tanah Melayu
- Hasil karya penulis dari Indonesia berkaitan nasionalisme telah menjadi bacaan masyarakat di Tanah Melayu terutama yang berpendidikan vernakular Melayu
- Idea kebebasan politik dan penentangan terhadap penjajahan dalam tulisan mereka dapat dihayati oleh masyarakat tempatan
2.2.2 Gerakan Islah Dalam Meningkatkan Minda Bangsa
a) Maksud Gerakan Islah :
- Gerakan yang berusaha mendorong membetulkan pandangan Islam masyarat Melayu
b) Tokoh Kaum Muda :
- Sheikh Tahir Jalaludin
- Syed Syeikh al- Hadi
- Dr. Burhanudin al_Helmy
c) Idea / Isu Gerakan Islah :
- Menyampaikan idea ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia
- Menggesa orang Melayu memajukan ekonomi
- Menyemat sikap mengkritik penjajah
- Mengkritik raja dan pmbesar yang tidak berperanan dalam memajukan orang Melayu
d) Halangan yang dihadapi oleh Kaum Muda :
- Ditentang oleh Kaum Tua
- Negeri-negeri Melayu mengeluarkan undang-undang menghalang Kaum muda
- Risalah dan buku dilarang bawa masuk
- Hanya dapat bergerak di Negeri-Negeri Selat
e) Cara Menyebarkan Idea / Kejayaan
- Menubuhkan madrasah
- Memberi peluang pendidikan kepada pelajar perempuan
- Menerbitkan akhbar dan majalah
- Menerbitkan risalah
2.2.1 Akhbar, Majalah dan Novel : Penggerak Kesedaran Kebangsaan
a) Akhbar Yang Terlibat
- Warta Malaya
- Lembaga Malaya
- Majlis
- Utusan Melayu
- Warta Negara
- Fajar Sarawak
Aspek | Isu |
---|---|
Sosial dan Pendidikan | ● Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan
● Menyeru orang Melayu meninggalkan sikap negatif seperti memilih kerja ● Menggalakkan tabungan di kalangan orang Melayu untuk pendidikan anak-anak ● Mementingkan kemahiran tradisional orang Melayu seperti pertukangan dan kerja tangan ● Mementingkan pendidikan bahasa Inggeris untuk kemajuan orang Melayu ● Meminta taraf sekolah Melayu dibaiki dengan memberikannya nilai ekonomi ● Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran British ● Menyeru orang Melayu supaya tidak meninggalkan pendidikan Islam ● Mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat Melayu |
Ekonomi | ● Menggalakkan syarikat kerjasama
● Meminta British mengurangkan kemasukan orang dagang kerana mengancam ekonomi tempatan ● Menggalakkan perniagaan dalam kalangan orang melayu ● Melarang orang Melayu daripada menjual tanah mereka ● Menyeru orang Melayu supaya berjimat cermat ● Meminta British mewujudkan kampung khas Melayu di Kuala Lumpur |
Politik | ● Mengkritik British kerana mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu
● Mengkritik para pembesar dan Raja-Raja Melayu kerana tidak melaksanakan kepimpinan yang sewajarnya ● Menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran ● Menuntut diadakan Malay Administrative Service (M.A.S) untuk melindungi orang Melayu dalam perkhidmatan kerajaan ● Menyeru orang Melayu bersatu dalam satu pertubuhan kebangsaan ● Menentang tuntutan orang dagang terhadap politik tempatan |
Show
c) Novel dan Tema Semangat Kebangsaan
2.2.4 Perjuangan Nasionalisme Oleh Persatuan-Persatuan Melayu
2.2.5 Gerakan Nasionalisme Semasa Pendudukan Jepun
Kesan daripada tekanan Jepun :
Semoga Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 2 Nasionalisme Di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua ini bermanfaat buat calon peperiksaan SPM semua.