Pendaftaran Calon Persendirian 2017 SPMU

Borang Pendaftaran Calon Persendirian 2017 SPMU, PT3, STAM Dan SPM. Perhatian buat calon persendirian yang bercadang mendaftar peperiksaan tahun 2017. Berikut dikongsikan panduan cara membuat Pendaftaran Calon Persendirian 2017 SPMU, PT3, STAM Dan SPM. Menerusi makluman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), tarikh mendaftar calon persendirian 2017 peperiksaan boleh dibuat mulai dari tarikh 1 Mac hingga 31 Mac 2017.  Peperiksaan yang terlibat adalah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), SPM Ulangan (SPMU), PT3 dan STAM.

Pendaftaran Calon Persendirian 2017

Pendaftaran Calon Persendirian 2017 – SPMU, PT3, STAM Dan SPM

Berikut dikongsikan maklumat penting cara daftar calon persendirian untuk peperiksaan 2017. Calon pelajar yang berminat boleh mendapatkan borang pendaftaran di:-

Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Pejabat Pendidikan Negeri yang berhampiran

  1. Panduan Dan Lembaga Peperiksaan
  2. Tarikh Buka : 1 Mac 2017
  3. Tarikh Tutup : 30 Mac 2017

* Nota : Sebarang permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan

Untuk peperiksaan SPM (U) 2017, ianya hanya melibatkan maksima 3 kertas subjek iaitu Bahasa Melayu, Matematik dan Sejarah. Peperiksaan SPMU dijadualkan diadakan pada 6 hingga 8 Jun nanti. Rujuk Takwim Peperiksaan Awam 2017 di Tarikh Peperiksaan 2017 untuk maklumat lanjut.

Kenyataan Media KPM

Berikut dikongsikan kenyataan media mengenai pendaftaran peperiksaan PT3, SPM, SPMU dan STAM untuk calon persendirian.

Pendaftaran Calon Persendirian 2017 Kenyataan media kpm

Selamat membuat Pendaftaran Calon Persendirian 2017 SPMU, PT3, STAM Dan SPM. Semoga anda berjaya menduduki peperiksaan dengan mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.