Permohonan Kemasukan Ke ILJTM 2017 Online. Berikut dikongsikan panduan dan cara membuat Permohonan Kemasukan ILP, ADTEC Dan JMTI sesi Januari 2017? Dikongsikan dari Facebook ILJTM, pengambilan sesi Januari 2017 ke INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA (ILJTM), KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA akan dibuka seperti maklumat permohonan yang disertakan di bawah ini. Permohonan kemasukan meliputi permohonan kemasukan ke Institut Latihan Perindustrian (ILP), Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI).

Permohonan Kemasukan ILP, ADTEC Dan JMTI 2017 Online
Jabatan Tenaga Manusia (JTM) mempelawa kepada semua pelajar lepasan SPM dan SKM yang ingin melanjutkan pengajian dalam peringkat Sijil dan Diploma. Permohonan kemasukan ke JMTI/ ADTEC/ ILP adalah untuk kampus seluruh Malaysia dalam bidang berikut:
- ♦ Mekanikal
- ♦ Elektrik
- ♦ Elektronik
- ♦ Sivil
- ♦ Percetakan
- ♦ ICT
Tawaran kemasukan juga dibuka untuk kursus khas :
- 🔸 Diploma Teknolgi Penyelenggaraan Kapal Terbang di ADTEC Shah Alam
Yuran Pengajian
Berikut adalah yuran pengajian di ILJTM untuk pengajian seperti berikut :-
- 🔹Sijil – PERCUMA
- 🔹Diploma – Pinjaman PTPK disediakan
- 🔹Makan & Asrama PERCUMA..
- 🔹Elaun bulanan minima peringkat sijil RM100 disediakan.
Syarat Kemasukan
Syarat minima untuk kursus sijil adalah lulus SPM. Untuk kursus diploma, pemohon perlu memperolehi keputusan SPM 3 kredit atau SKM Tahap 3
Cara Memohon
Permohonan kemasukan ke ILJTM boleh dibuat secara online di :-
- Klik Sistem Permohonan Kemasukan http://www.jtm.gov.my
- Permohonan dibuka bermula 30 September 2016
- Tarikh tutup permohonan online adalah pada 31 Oktober 2016
NOTA
JANGAN LUPA!!! Kunjungi booth JTM di :
✅ ASEAN SKILLS COMPETITION (ASC) pd 24 – 26 Sept 2016
– juga terdapat Pameran Inovasi Produk ILJTM & National Robot Challenge (NRC) 2016
✅ Prog 1Dream2u
– 29/9 | Bndr Penawar, Johor
Selamat membuat Permohonan Kemasukan ILP, ADTEC Dan JMTI 2017 Online. Semoga anda berjaya. Sumber FB ILJTM