Permohonan UPU 2017 Online Kemasukan UA Politeknik

Permohonan UPU 2017/ 2018 Online Kemasukan Ke UA/IPTA, ILKA Dan Politeknik. Bagaimana cara membuat permohonan UPU 2017 online? Panduan buat para pelajar lepasan SPM, STPM, Diploma, Matrikulasi yang berhasrat untuk menyambung pengajian tinggi ke UA/ IPTA, Politeknik dan ILKA sesi 2017/ 2018 online. Berikut dikongsikan cara membuat permohonan UPU sesi kemasukan 2017/ 2018 secara online. Senarai kategori permohonan UPU pula boleh dirujuk di Laman Web UPU.

Permohonan UPU 2017 Online Kemasukan UA Politeknik

Permohonan UPU 2017 Online Kemasukan UA Politeknik

Untuk makluman, tarikh buka permohonan UPU 2017 adalah dari 6 Februari sehingga 31 Mac 2017. Terkini, permohonan UPU dilanjutkan ke 6 April 2017, jam 500 petang.

Maklumat berkaitan permohonan UPU merangkumi tarikh penting permohonan, applikasi permohonan, syarat kemasukan dan lain-lain lagi akan dikemaskini dari masa kesemasa. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila hubungi UPU di talian helpline (03) 8870 8200, (03) 88706767 atau (03) 8870 6777.

Tarikh Penting Permohonan UPU 2017

Terdapat sedikit perbezaan dalam permohonan UPU 2017 kali ini. Berikut adalah tarikh penting dan maklumat penting permohonan ke Universiti Awam, Politeknik Premier, Politeknik Konvensional, Metro, Kolej Komuniti dan ILKA.

  • 6 Februari 2017 : Permohonan UPUonline dibuka dan mula jualan No Unik ID
  • 4 April 2017 30 Mac 2017 : Tarikh tutup jualan No unik ID di BSN
  • 6 April 2017 *sehingga jam 500 petang 31 Mac 2017 : Tarikh tutup permohonan UPUonline

Pembelian PIN Unik ID UPU Di BSN

  • Tarikh mula jual : 6 Februari 2017
  • Tarikh Tutup penjualan : 4 April 2017 
JENIS PERMOHONAN LINK TARIKH BUKA TARIKH TUTUP
MELALUI UPU UNTUK KE IPTA, POLITEKNIK, ILKA Applikasi Permohonan UPU 2017 (UPUonline)

Laman Web UPU Online

6 Februari 2017 (1200 tengahari) 6 April 2017 (5 petang)
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) Melalui UPU Online 6 Februari 2017 (1200 tengahari) 6 April 2017
UNIVERSITI MALAYA (UM) Melalui UPU Online 6 Februari 2017 (1200 tengahari) 6 April 2017

 

permohonan upu 2017

NOTA PENTING

Permohonan ke Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaya (UM) untuk kepasan STPM/ setaraf adalah melalui UPU online. Untuk makluman,  pemohon dikehendaki untuk melakukan Daftar Akaun Baru bagi membolehkan pemohon melakukan permohonan kemasukan ke UA/ Politeknik Premier, Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA

Sekiranya pemohon telah mendaftar, sila login dengan menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah dimasukkan semasa Daftar Kali Pertama dibuat.

Senarai Lepasan SPM/ Setaraf

  • Lepasan SPM
  • Sijil SKM
  • ILKA
  • Sijil Kolej Komuniti

8 pilihan program pengajian untuk kemasukan UA dan Politeknik Premier
5 pilihan program pengajian untuk kemasukan Politeknik Konvensional, METro, Kolej Komuniti dan ILKA.

Lepasan STPM/ setaraf

  • STPM
  • Matrikulasi
  • STAM
  • Asasi

12 program pengajian untuk kemasukan UA.

Kategori Permohonan UPU 2017

Berikut adalah senarai kategori permohonan UPU 2017 :-

A. Lepasan SPM/ setaraf

  • Kategori A : Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun semasa sahaja
  • Kategori B : Pemohon yang menggunakan keputusan SPM dua tahun sebelum tahun semasa (2014/ 2015)

B. Lepasan STPM/ setaraf

STPM (Kategori A, S) Pemohon-pemohon yang menggunakan kelayakan STPM tahun semasa sahaja.

  • Kategori A : Aliran Sastera
  • Kategori S : Aliran Sains

C. Lepasan Matrikulasi (Kategori N, P, U, L, K, J)

Pelajar Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM tahun semasa seperti pecahan berikut:-

  • Kategori N : Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM
  • P : Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM
  • Kategori U : Aliran Undang-Undang Calon Asasi UiTM
  • L : Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL)
  • Kategori K : Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM
  • J : Aliran Teknikal Calon Matrikulasi KPM

D. Lepasan Diploma/Setaraf (Kategori E, F)

Kategori E • Aliran Sastera.
Kategori F • Aliran Sains:

Lulusan Diploma dari IPTA/IPTS atau,
STP/ HSC/ STPM bukan tahun semasa atau,
Lulusan STPM Ulangan atau,
Matrikulasi bukan tahun semasa atau,
Lulusan Asasi bukan tahun semasa atau,
STAM dua (2) tahun sebelum tahun semasa atau,
Lulusan Pra U Sekolah Sukan (SSBJ/SSTMI/SSMP) atau,
Diploma Kemahiran Malaysia atau SKM Tahap 4 dari Institusi Latihan Kemahiran atau,
Lain-lain kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA

E. Lepasan STAM (Kategori T)

Kategori T : Pelajar Lepasan STAM tahun semasa dan satu tahun sebelum tahun semasa sahaja

F. Lepasan SPM/Setaraf & SKM
Semua pemohon lepasan SPM/Setaraf atau SKM (Sijil Kemahiran Malaysia) adalah layak dan dipelawa untuk memohon program-program pengajian di ILKA seluruh Malaysia.

Rayuan Permohonan (1 dan 2)

  1. Tawaran dalam pilihan sahaja (pilihan 1 hingga 12)
  2. Jika gagal, mohon 4 pilihan baru dalam rayuan
  3. Keputusan rayuan 1 sebelum pendaftaran pelajar baru
  4. Jika gagal rayuan 1, calon dipertimbangkan untuk rayuan 2 tertakluk kepada kekosongan

Cara Buat Permohonan UPU 2017 Online

Berikut dikongsikan cara-cara membuat permohonan UPU 2017 secara online.

LANGKAH PERKARA NOTA
LANGKAH PERTAMA Beli nombor pin Unik ID UPU (nombor Pin UPU) di kaunter atau mesin ATM Bank Simpanan Nasional seluruh negara. Tarikh akan dimaklumkan kemudian. Panduan sara beli klik Beli PIN Unik UPU
Kategori A Untuk lepasan SPM/Setaraf, SKM, Sijil Politeknik, Sijil Kolej Komuniti, Sijil ILKA
Harga No. Unik ID Kategori A ialah 15.64
Kategori B Untuk lepasan STPM/Setaraf, Matrikulasi KPM/PASUM/Asasi, Diploma/Setaraf, STAM, Diploma Politeknik
Harga No. Unik ID Kategori B ialah RM15.64
LANGKAH 2 Isi borang permohonan UPU secara online melalui laman web Aplikasi Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar di pautan berikut: Laman Web UPU atau Applikasi Permohonan
Anda dikehendaki untuk melakukan Daftar Kali Pertama bagi membolehkan anda melakukan permohonan kemasukan ke UA/ Politeknik Premier, Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA. Sekiranya anda telah mendaftar, sila login dengan menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah dimasukkan semasa Daftar Kali Pertama dibuat.

Selepas klik, sila pilih Jenis Permohonan, Program Pengajian & Kategori (jika berkenaan) dan klik butang “Masuk” untuk akses ke laman utama permohonan.

1. Cara Pengiraan Merit Kemasukan Ke IPTA terkini 2016 – klik KIRA
 2. Syarat baru keputusan Malaysian University English Test (MUET) untuk kemasukan ke UA/ IPTA. Klik Syarat Band

3. Untuk makluman, pemohon tidak perlu mengisi keputusan MUET di borang permohonan. Padanan keputusan MUET akan dibuat dengan Majlis Peperiksaan Malaysia bagi MUET dalam tempoh sah laku (5 Tahun).
4. Tarikh akhir penghantaran dokumen ke Universiti Awam kecuali UiTM bagi calon kategori Diploma/ Setaraf adalah pada tarikh (Akan dikemaskini).
5.Pemohon lepasan SPM tahun semasa (SPM 2016) tidak perlu mengisi sebarang keputusan SPM. Padanan akan dibuat dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Cara Hubungi UPU

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila hubungi UPU di talian helpline (03) 8870 8200, (03) 88706767 atau (03) 8870 6777. Untuk makluman, talian helpline UPU hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja bermula dari jam 7.30 pagi sehingga 5.30 petang.

Pemohon juga boleh melayari Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di http://upu.mohe.gov.my/. Maklumat lain UPU juga boleh dilayari di :-

  • FACEBOOK Kemasukan BPKP JPT – FB rasmi UPU
  • INSTAGRAM @kemasukanbpkp
  • TWITTER @twt_upu

Selamat membuat Permohonan UPU 2017 Online Kemasukan ke UA, Politeknik dan ILKA. Semoga anda berjaya dalam permohonan UPU nanti.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.