Senarai Kesalahan Jalan Raya Kena Mata Demerit

Senarai 23 Kesalahan Jalan Raya Kena Mata Demerit. Berikut dikongsikan Senarai Kesalahan Jalan Raya Kena Mata Demerit seperti dikongsikan dari BH online. Terdapat sebanyak 23 kesalahan jalan raya akan dimasukkan ke dalam Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) secara berperingkat menjelang akhir tahun 2017 ini di bawah sistem mata demerit. Di bawah AWAS, pemandu kenderaan akan dikenakan mata demerit apabila mereka didapati melakukan kesalahan lalu lintas dan mata diberikan berdasarkan jenis kesalahan yang disabitkan.

Senarai Kesalahan Jalan Raya Kena Mata Demerit

Senarai Kesalahan Jalan Raya Kena Mata Demerit

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menguatkuasakan sebanyak 23 kesalahan lalu lintas dalam sistem mata demerit di bawah Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) secara berperingkat menjelang akhir tahun 2017. AWAS mula beroperasi secara percubaan sejak 1 April 2017 dan tiada mata demerit akan direkodkan sehingga 15 April apabila ia dimulakan dikuatkuasakan.

Mata demerit hanya akan diberikan kepada pemandu kenderaan dan bukan pemilik kenderaan

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Nadzri Siron, sebagai permulaan, hanya kesalahan melibatkan perkara berikut akan dikenakan mata demerit berkuatkuasa 15 April 2017.

  1. Had laju
  2. Pelanggaran isyarat lampu merah

Di antara kesalahan lain yang akan dikenakan mata demerit adalah seperti berikut :-

  1. Membawa lebih muatan daripada had ditetapkan
  2. Muatan terjatuh atau tumpah sehingga menyebabkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain
  3. Kesalahan ingkar arahan pegawai penguatkuasa seperti polis, pegawai JPJ, dan warden lalu lintas
  4. Tidak memakai tali pinggang keledar
  5. Memandu dalam keadaan mabuk
  6. Menggunakan telefon bimbit ketika memandu
  7. Tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal

Mata Demerit

Berikut dikongsikan sediki maklumat berkaitan pelaksanaan mata demerit :-

  1. Pemandu kenderaan persendirian yang melanggar isyarat lampu merah akan diberi empat mata demerit
  2. Manakala pemandu kenderaan barangan dan bas pula, enam mata akan diberikan.
  3. Untuk kesalahan memandu melebihi had laju yang ditetapkan, pemandu kenderaan persendirian akan diberi empat mata (melebihi 40km sejam)
  4. Manakala bagi pemandu kenderaan barangan dan bas pula ialah enam mata
  5. Pemegang lesen yang mengumpul 20 mata pertama akan diberi amaran. Manakala 20 mata kedua, lesen pemandu akan digantung selama enam hingga lapan bulan. 20 ketiga (gantung lapan hingga 10 bulan) 20 mata keempat (gantung 10 hingga 12 bulan).
  6. Apabila pemandu mengumpul sehingga 100 mata demerit, lesen akan dibatalkan.
  7. Bagi pemegang lesen memandu percubaan, lesen memandu akan dibatalkan sekiranya mengumpul 20 mata pertama.
  8. Mana-mana pemandu yang lesen memandunya digantung atau dibatalkan perlu menyerahkan lesen memandu di mana-mana pejabat JPJ dan dilarang untuk memandu kenderaan.
  9. Sekiranya mereka memandu semasa lesen digantung atau batal, mereka boleh didenda tidak kurang daripada RM3,000 dan tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun.
  10. Mana-mana pemegang lesen yang mengumpul sejumlah mata demerit tetapi belum mencapai 20 mata boleh memohon mengikuti kursus pemulihan dan sekiranya lulus kursus tersebut, sejumlah 50 peratus mata demerit yang terkumpul akan ditolak sebagai insentif.

Semoga Senarai Kesalahan Jalan Raya Kena Mata Demerit ini bermanfaat buat semua penggunan kenderaan di Malaysia.