Senarai Negeri Cuti Thaipusam Tahun 2017

Senarai Negeri Cuti Umum Perayaan Thaipusam 2017. Bilakah tarikh perayaan Hari Thaipusam tahun ini? Perayaan Thaipusam akan disambut oleh penganut agama Hindu di Malaysia pada hari KHAMIS, 9 Februari 2017. Hari Thaipusam adalah merupakan cuti umum untuk beberapa buah negeri di Malaysia. Senarai Negeri Cuti Thaipusam Tahun 2017 ada dikongsikan di bawah ini. Ianya juga merupakan tarikh cuti sekolah di negeri yang mengisytiharkan Thaipusam sebagai cuti umum atau hari kelepasan am.

Senarai Negeri Cuti Thaipusam 2017

Senarai Negeri Cuti Thaipusam 2017

Perayaan Hari Thaipusam merupakan tarikh cuti umum (hari kelepasan am) bagi negeri-negeri seperti berikut :-

  1. Kuala Lumpur
  2. Putrajaya
  3. Johor
  4. Negeri Sembilan
  5. Perak
  6. Pulau Pinang
  7. Selangor
  8. Kedah (Cuti Peristiwa)

Negeri Tidak Cuti

Senarai negeri-negeri yang masih belum menjadikan Thaipusam sebagai cuti umum adalah :-

  1. Melaka
  2. Pahang
  3. Kelantan
  4. Terengganu
  5. Perlis
  6. Sabah
  7. Sarawak

Perkongsian Senarai Negeri Cuti Thaipusam tahun 2017 diharapkan boleh dijadikan panduan buat semua samada yang bekerja atau bersekolah. Selamat bercuti kepada mereka yang tinggal di negeri yang bercuti pada Hari Thaipusam 2017.