Permohonan KKTM IKM MJII 2018 Online

Permohonan Kemasukan Ke KKTM, IKM Dan MJII Sesi Januari 2018 Online. Bagaimana cara membuat Permohonan KKTM IKM MJII online? Dikongsikan dari makluman Portal Rasmi KKTM & IKM (e-Kemahiran), permohonan kemasukan ke Institusi Pendidikan MARA (IPMa) iaitu ke KKTM, IKM dan MJII sesi Januari 2018 akan di buka bermula 11 September 2017.

Permohonan online ini melibatkan permohonan kemasukan ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Institut Kemahiran MARA (IKM) dan MARA Japan Industrial Institute (MJII). Pelajar yang berminat boleh mengakses applikasi online SPUPIM untuk memohon.

Permohonan KKTM IKM MJII januari 2018

Permohonan IPMa Mara Kemasukan Ke KKTM, IKM Dan MJII Januari 2018 Online

Untuk panduan, pengambilan pelajar ke KKTM, ILM dan MJII akan dibuat dua kali setahun iaitu pada sesi Januari dan sesi Julai setiap tahun. Pemohon dikehendaki membuat permohonan secara atas talian/ online seperti langkah berikut :-.

Permohonan KKTM IKM MJII Sesi Januari 2018

Permohonan kemasukan ke IKM, KKTM dan MJII untuk pengambilan sesi Januari 2018 akan di buka seperti tarikh berikut :-

  • Tarikh Buka : 11 September 2017
  • Tarikh Tutup : 27 Oktober 2017
  • Applikasi Permohonan Online : Klik SPUPIM 2018

Juga dikongsikan berkaitan permohonan sesi Julai yang akan dibuka pada awal tahun setiap tahun.

Permohonan Sesi Julai 2017 Online

1. Permohonan Melalui UPU Online (Lepasan SPM sahaja)

  • Link applikasi permohonan UPU 2016 online : http://upu.mohe.gov.my
  • Tarikh Permohonan : Januari hingga April

2. Permohonan UPIM Online (Lepasan SPM dan IKM/ILKA)

  • Link applikasi permohonan : http://apponline.mara.gov.my/spupim

Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan, sila rujuk Portal Rasmi e-Kemahiran KKTM & IKM di http://www.ekemahiran.edu.my/ atau di FB e-Kemahiran MARA.

Syarat Am Kelayakan

Program Sijil

  • i. Lulus SPM atau setara (Lepasan SPM). Bagi SPM 2013 dan seterusnya wajib lulus subjek Sejarah
  • ii. Bumiputera
  • iii. Warganegara Malaysia
  • iv. Berumur 18 hingga 40 tahun
  • v. Sihat tubuh badan
  • vi. Tidak buta warna (bagi kursus elektrik dan elektronik)

Program Diploma

  • i. Lulus SPM atau setara (Lepasan SPM) Atau LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi kejuruteraan IKM / Teknologi IKM dengan CGPA ≥ 2 (Permohonan lepasan IKM hanya memerlukan kepujian Bahasa Malaysia sahaja di peringkat SPM). Bagi SPM 2013 dan seterusnya wajib lulus subjek Sejarah
  • ii. Bumiputera
  • iii. Warganegara Malaysia
  • iv. Berumur 18 hingga 40 tahun
  • v. Sihat tubuh badan
  • vi. Tidak buta warna (bagi kursus elektrik dan elektronik)

Pertanyaan

Untuk sebarang pertanyaan, pemohon boleh hubungi alamat dan no telefon berikut:

Unit Pengambilan Pelajar,
Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA,
Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur
Telefon: 03-26134611/4612/4618/4605
Fax: 03-26914510

Pemohon juga boleh menghubungi nombor berikut untuk maklumat lebih lanjut:-

  • KPM : 03-261 34087, 03-261 34075/ 34076/ 34077
    UniKL : 03-2175 4031 / 03-2175 4033 / 4027
    GMI : 03-8921 9047 / 9288
    KKTM : 03-261 34605/ 34612
    KPTM : 03-9281 0762 / 9285 6033

Selamat membuat Permohonan KKTM IKM MJII sesi Januari 2018 kepada pelajar yang layak dan berminat untuk menyambung pengajian, Semoga anda berjaya dalam permohonan online melalui SPUPIM ini nanti.