Resepi Biskut Dahlia Sedap

Resepi Biskut Dahlia Sedap. Sempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, berikut dikongsikan Resepi Biskut Dahlia yang sedap dan mudah. Biskut dahlia meruapakan salah satu kuih raya yang popular semasa waktu perayaan. Bolehlah anda mencuba sendiri di rumah resepi di bawah ini.

Resepi Biskut Dahlia Sedap
Resepi Biskut Dahlia

Resepi Biskut Dahlia

BAHAN-BAHAN

  • 300 gm mentega
  • 160 gm gula aising
  • 2 kuning telur
  • 1 camca teh esen vanilla/rose
  • 240 g tepung gandum
  • 100 g tepung jagung
  • 160 g tepung kastard (gaul rata dan diayak)
  • Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan

CARA MEMBUAT

  1. Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan
  3. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 sehingga 20 minit
  4. Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara…

Resepi Biskut Dahlia 2

BAHAN-BAHAN

  • 250 g mentega
  • 125 g gula kastor
  • 250g tepung *
  • 125 g tepung kastard  *
  • 125 g tepung jagung *
  • 3 biji kuning telur (saiz B)
  • 1 camca teh esen vanila
  • Sedikit garam
  • Ceri atau sebarang hiasan yang anda suka

Cara membuat

  1. Ayak bahan bertanda (*)
  2. Putar mentega, gula kastor dan secubit garam hingga kembang
  3. Masukkan kuning telur dan vanila dan putar lagi hingga sebati
  4. Masukkan tepung-tepung yang telah diayak. Uli hingga sebati
  5. Picitkan adunan menggunakan acuan dahlia ke dalam loyang
  6. Hias dan bakar dengan suhu 160 darjah celcius selama 15 min
  7. Jangan lupa panaskan oven selama 10 min untuk mendapatkan biskut yang cantik

Selamat mencuba Resepi Biskut Dahlia Sedap, semoga anda berjaya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*