Tarif Elektrik TNB Terkini Dan Cara Pengiraan

Kadar Tarif Elektrik TNB Terkini 2016. Ramai yang ingin tahu berapa kadar tarif elektrik TNB terkini? Jadual Kadar Tarif Elektrik TNB dibawah ini boleh dijadikan panduan kepada pengguna yang ingin tahu kadar terkini elektrik. Tidak terkecuali jadual tarif ini boleh dibuat rujukan kepada pengguna yang membuat semakan sekali lagi (double check) susulan kononnya terdapat kenaikan harga elektrik yang viral pada April 2016 yang lalu.

Tarif Elektrik TNB Terkini Dan Cara Pengiraan
Tarif Elektrik TNB Terkini Dan Cara Pengiraan

Tarif Elektrik TNB Terkini

Menurut sumber TNB, berikut dikongsikan kadar tarif elektrik TNB untuk Semenanjung Malaysia bagi kategori A iaitu kategori Kediaman. Kadar yang disertakan ini berkuat kuasa bermula 1 Januari 2014.

A. Kategori Kediaman

KATEGORI TARIF UNIT KADAR SEMASA (1 JANUARI 2014)
200 kWh pertama (1 – 200 kWh) sebulan sen/kWh 21.8
Untuk 100 kWh berikutnya (201 – 300 kWh) sebulan sen/kWh 33.4
Untuk 300 kWh berikutnya (301 – 600 kWh) sebulan sen/kWh 51.6
Untuk 300 kWh selanjutnya (601 – 900 kWh) sebulan sen/kWh 54.6
Untuk kWh berikutnya (901 kWh ke atas) sebulan sen/kWh 57.1
  1. * Nota : Caj Minimum bulanan adalah RM3.00
  2. Kadar bermula 1 Januari 2014

Cara Pengiraan Bil Elektrik Secara Online

Untuk kemudahan semua, berikut dikongsikan cara memembuat pengiraan bil elektrik TNB secara online. Anda boleh menggunakan kalkulator pengiraan ini untuk mengira anggaran penggunaan elektrik anda dalam tempoh 30 hari.

[junkie-alert style=”green”] Nota : Sila ambil perhatian bahawa kalkulator bil ini adalah untuk tujuan garis panduan sahaja, dan jumlah bil sebenar anda mungkin berbeza daripada yang dinyatakan dalam kalkulator ini. [/junkie-alert]

Langkah Pengiraan

Berikut adalah langkah-langkah membuat pengiraan bil elektrik secara online :-

  1. Layari Laman Web TNB di TNB Residential Billing dan klik BILL CALCULATOR
  2. Isi Kategori : Domestik
  3. Isi Jumlah Penggunaan (kWh) : ? kWh
  4. Tekan Calculate Bill
  5. Jumlah Bil Semasa dan ringkasan pengiraan bil eletrik termasuk GST akan dipaparkan

Cara Menghubungi TNB

Kepada pengguna yang menghadapi sebarang masalah, sila hubungi TNB di saluran berikut :-

  1. Telefon atau SMS : 15454 – Untuk gangguan bekalan elektrik ataupun kerosakkan lampu jalan TNB
  2. Telefon atau Faks 1300 88 5454 untuk pertanyaan berkaitan akaun dan bil
Tarif Elektrik TNB Terkini
TNB Careline

Semoga panduan dan perkongsian Tarif Elektrik TNB Terkini dan cara pengiraan bil elektrik online bermanfaat buat semua.