Semakan Keputusan IKM KKTM MJII 2025 Online

Semakan Keputusan KKTM , MJII Dan IKM 2025 Online. Perhatian kepada calon yang telah membuat permohonan kemasukan ke KKTM, IKM dan MJII sesi Julai 2025. Untuk makluman, tarikh semakan keputusan KKTM IKM sesi Julai adalah pada 11 Jun 2025 bermula jam 500 petang.

Pemohon dinasihatkan untuk merujuk kepada Laman Web Rasmi TVET MARA untuk mendapatkan makluman terkini. Menurut Portal SPUPIM, semakan keputusan tawaran ke IKM / KKTM boleh disemak secara online di SPUPIM.

Semakan Keputusan KKTM IKM Julai 2018 Online

Semakan Keputusan IKM KKTM MJII Julai 2025 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan dengan Semakan Keputusan KKTM, MJII Dan IKM sesi Julai 2025. Untuk maklumat lanjut berkaitan Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) dan Mara Japan Industrial Institute (MJII), pemohon boleh melayari Facebook eKemahiran.

Tarikh Semakan IKM KKTM & MJII Sesi Julai 2025

i) Melalui Saluran UP-TVET

  • Semakan Dibuka : 11 Jun 2025, jam 500 petang
  • Semak Tawaran di Emel pemohon yang berdaftar di UP-TVET

ii) Melalui Portal TVET MARA

  • Semakan Dibuka : 18 Jun 2025, jam 300 petang
  • Semak Tawaran di TVET MARA

Buat mereka yang berminat untuk memohon kemasukan sesi berikutnya, berikut dikongsikan maklumat ringkas cara membuat permohonan kemasukan ke IKM, KKTM dan MJII yang dikongsikan dari e-Kemahiran.

Cara Membuat Permohonan ke IKM, KKTM dan MJII Online

  • Permohonan kemasukan di buka dua (2) kali setahun iaitu pada SESI JANUARI dan JULAI. Permohonan kemasukan perlu dibuat secara ONLINE
  • Kemasukan sesi JANUARI adalah melalui www.ekemahiran.edu.my. Ianya adalah percuma
    Kemasukan sesi JULAI adalah melaui UPU Online dimana pemohon perlu membeli no. pin atau melalui www.ekemahiran.edu.my – percumaㅤ

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi nombor berikut :-

  • KPM : 03-261 34087, 03-261 34075/ 34076/ 34077
  • UniKL : 03-2175 4031 / 03-2175 4033 / 4027
  • GMI : 03-8921 9047 / 9288
  • KKTM : 03-261 34605/ 34612
  • KPTM : 03-9281 0762 / 9285 6033

Tahniah kepada pemohon yang berjaya ditawarkan untuk kemasukan ke IKM, KKTM dan MJII sesi Julai 2025. Semoga anda berjaya dalam pengajian dalam bidang kemahiran ini.