Semakan Keputusan Matrikulasi 2018 Online Dan SMS

Semakan Keputusan Tawaran Matrikulasi 2018/ 2019 Online. Semakan Matrikulasi 2018? Perhatian buat lepasan SPM 2017 yang telah membuat permohonan Matrikulasi KPM Kementerian Pendidikan Malaysia sesi kemasukan 2018/ 2019. Semakan Keputusan Matrikulasi 2018 Online dan SMS untuk mereka yang berjaya mendapat tawaran ke Kolej Matrikulasi akan diumumkan dalam masa 30 hari bekerja selepas keputusan SPM 2017 diumumkan.

Keputusan SPM 2017 telah diumumkan pada 15 Mac 2018.

Semakan Keputusan Matrikulasi 2018 Online Dan SMS

Cara Buat Semakan Keputusan Matrikulasi 2018 Online

Berikut dikongsikan cara-cara membuat Semakan Keputusan Matrikulasi 2018 samada secara Online atau SMS.

  • Tarikh rasmi Semakan keputusan Matrikulasi 2018 : 24 April (Selasa) sehingga 8 Mei 2018

1. Semakan Online

Pemohon boleh membuat semakan melalui applikasi semakan : TAWARAN MATRIKULASI

Tahun lepas semakan keputusan pada 24 April 2018 bermula 1201 tengahari sehingga 11.59 malam, 8 Mei 2018

2. Semakan Melalui SMS

Melalui Semakan SMS, pemohon perlu menaip

  • MOE<jarak>MAT<jarak>NO.K.P dan hantar kepada 15888

*Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan

3. Panggilan Telefon

Pemohon boleh menghubungi Talian telefon pejabat atau bantuan di 03 8884 4083 pada waktu pejabat bermula 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Permohonan Rayuan Matrikulasi 2018 Online

Rayuan Matrikulasi 2018 boleh dilakukan secara online bermula 24 April 2018 iaitu selepas keputusan semakan Matrikulasi diumumkan. Rayuan kemasukan Matrikulasi boleh dibuat iaitu sebaik sahaja anda mengetahui anda tidak mendapat tawaran kemasukan ke Program Matrikulasi KPM.

1. Rayuan Secara Online

Sila rujuk Rayuan Matrikulasi sebagai panduan. Applikasi rayuan : Klik Applikas Semakan yang sama

2. Datang Ke Bahagian Matrikulasi

Pemohon boleh datang sendiri bersama salinan keputusan SPM yang disahkan ke Bahagian Matrikulasi KPM untuk membuat rayuan

3. Tulis Surat Rayuan

Pemohon boleh menulis surat permohonan rayuan secara rasmi seperti contoh surat rayuan Matrikulasi di SURAT RAYUAN. Pemohon perlu melampirkan satu salinan keputusan SPM dan kad pengenalan yang disahkan.

Semakan Keputusan Rayuan Matrikulasi 2018

Pemohon boleh membuat semakan keputusan rayuan Matrikulasi 2018 pada minggu ketiga bulan Jun 2018. Semakan adalah dengan menggunakan 3 kaedah yang sama diatas. Pendaftaran pelajar rayuan adalah pada (akan dikemaskini).

Soalan Lazim Dan Cara Hubungi

FAQ soalan lazim mengenai tawaran Matrikulasi boleh dirujuk di MOE. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi Talian telefon pejabat atau talian bantuan – 03 8884 4083/4040/4036 pada waktu pejabat bermula 8.30 pagi – 4.30 petang.

Pemohon perlu melayari laman sesawang kerana calon yang berjaya perlu mencetak surat tawaran dan dokumen untuk dibawa semasa mendaftar di kolej matrikulasi.

Selamat membuat semakan keputusan Matrikulasi 2018 online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Program Matrikulasi KPM.