Semakan Keputusan EgTukar Jun 2018 Online

Cara Buat Semakan EgTukar Guru Sesi Jun 2018 Online. Berita baik buat guru yang telah membuat permohonan pertukaran guru sesi tahun 2018. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan semakan Keputusan Egtukar 2018 Online yang memaparkan tarikh semakan dan kuatkuasa pertukaran guru.

Permohonan sistem pertukaran guru secara online atau egtukar sesi tahun 2018 adalah melibatkan pertukaran guru di antara Bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29, DG32 (KUP Time-based), DG34 (KUP Time-based), DG38 (KUP Time-based), DG41, DG42, DG44 (KUP Time-based), DG48 (KUP Time-based), DG52 (KUP Time-based) dan DG54 (KUP Time-based).

Semakan Keputusan EgTukar Jun 2018 Online

Semakan Keputusan Egtukar 2018 Online (Pertukaran Guru)

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan semakan keputusan egtukar sesi Jun 2018 dan Januari 2019 buat panduan pemohon semua.

  • Tarikh semakan : Akan dikemaskini
  • Semakan keputusan penempatan pertukaran guru antara negeri dan keputusan pertukaran guru antara daerah serta dalam daerah : Akan dikemaksini
  • Tarikh Kuatkuasa pertukaran guru yang diluluskan : Akan dikemaskini
  • Applikasi semakan : Klik Semakan egTukar online

Nota Penting Keputusan egTukar Guru 2018

  1.  Tiga kriteria utama yang melayakkan guru lulus bertukar ke negeri yang dimohon iaitu:
    • a. Kepentingan perkhidmatan
    • b. Kekosongan jawatan
    • c. Keperluan opsyen di negeri yang dimohon
  2. Permohonan pertukaran yang tidak disokong oleh pengetua/guru besar masih boleh dipertimbangkan berdasarkan kepentingan perkhidmatan
  3. Permohonan pertukaran yang diluluskan tidak boleh dibatalkan.
  4. Keputusan adalah muktamad. Tiada Rayuan dan pemohon dinasihatkan untuk membuat pemohonan baharu pada sesi pertukaran akan datang
  5. Guru tidak boleh membatalkan kelulusan tersebut dan perlu segera melapor diri bertugas di sekolah baharu yang telah ditempatkan. Guru boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana ingkar arahan pertukaran
  6. Seseorang guru atau penjawat awam yang tidak melapor diri boleh diambil tindakan berdasarkan Peraturan 4(2)(i): ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah, selaras dengan arahan Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui surat Bil. KPM. INTEGRITI(S)600-12/16 (12) bertarikh 11 Februari 2015 berkaitan dengan ketidakpatuhan pegawai terhadap arahan penempatan/pertukaran tempat bertugas

Selamat membuat Semakan Keputusan EgTukar 2018 Online. Semoga anda berjaya dalam permohonan pertukaran guru kali ini.