Semakan Keputusan PSPM 2018/ 2019 Online

Cara Semak Keputusan PSPM Matrikulasi Sesi 2018/ 2019 Online. Perhatian buat pelajar Matrikulasi. Berikut dikongsikan tarikh penting Semakan Keputusan PSPM 2018/ 2019 Online (Peperiksaan Matrikulasi PSPM semester I dan III sesi 2018/ 2019). Semakan keputusan peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) boleh disemak secara online seperti butiran dan tarikh/masa yang dinyatakan di bawah ini.

Program Matrikulasi KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) adalah program persediaan bagi pelajar bumiputera dan 10 % bukan Bumiputera lulusan Sijil Pelajaran Malaysia untuk melayakkan mereka mengikuti kursus peringkat ijazah dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas di universiti awam (UA).

Semakan Keputusan PSPM 2018/ 2019 Online

Semakan Keputusan PSPM Peperiksaan Matrikulasi Sesi 2018/ 2019 Online

Berikut dikongsikan maklumat semakan keputusan Peperiksaan Matrikulasi sesi 2018/ 2019 untuk Program Matrikulasi 1 semester I dan 2 tahun semester I dan III. Tempoh pengajian program pra-universiti adalah selama dua semester atau setahun bagi Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) manakala bagi Program Matrikulasi Dua Tahun ( PDT ) adalah untuk tempoh 4 semester. Keputusan yang cemerlang membolehkan pelajar untuk melanjutkan pelajaran lebih tinggi ke IPTA melalui Permohonan UPU online.

1. Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) Semester II Sesi 2018/2019

  • Keputusan PSPM I Sesi 2018/2019 akan diumumkan pada hari Rabu, 5 Disember 2018

2. Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) Semester II Sesi 2018/2019

  • Keputusan PSPM II Sesi 2018/2019 akan diumumkan pada hari Rabu, 5 Disember 2018

3. Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) Semester IV Sesi 2018/2019

  • Keputusan PSPM II Sesi 2018/2019 akan diumumkan pada hari Rabu, 5 Disember 2018

* Semua maklumat adalah tertakluk kepada perubahan dan pindaan.

Cara Buat Semakan Keputusan PSPM Peperiksaan Matrikulasi 2018/ 2019

a) Semakan Online Melalui Laman Web

b) Sistem Pesanan Ringkas (SMS)

  • Taipkan MOE MAK <no kad pengenalan> hantar ke 15888
  • Contoh : MOE MAK 890215025789 hantar ke 15888

c) Panggilan Telefon

  • i. Kolej masing-masing
  • ii. Sektor Hal Ehwal Akademik Bahagian Matrikulasi KPM di talian 03 8884 4083 atau 03 8884 4108

Pengumuman keputusan peperiksaan Matrikulasi yang dikongsikan dari Unit Peperiksaan Kolej Matrikulasi Perak

Selamat membuat semakan keputusan Peperiksaan Matrikulasi 2018/ 2019 secara online. Semoga pelajar Matrikulasi berjaya dengan cemerlang dalam keputusan peperiksaan yang akan diumumkan nanti.