PLKN 3.0 : Program Latihan Khidmat Negara 2025 / 2026. Perhatian buat pelatih yang bakal terpilih untuk mengikuti PLKN 3.0 2025/ 2026. Berikut dikongsikan cara buat semakan PLKN 3.0 melalui kaedah online dan SMS (Program Latihan Khidmat Negara – PLKN). Calon yang terpilih boleh membuat semakan penempatan pelatih di applikasi semakan yang dikongsikan di bawah ini.
PLKN 3.0 : Program Latihan Khidmat Negara 2023 / 2024
Menteri Pertahanan pada 9 Oktober 2023 telah mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk mengkaji dan melaksanakan PLKN 3.0 dengan kaedah yang berbeza. PLKN 3.0 akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu fasa pertama bermula pada Tingkatan Empat melalui badan beruniform di sekolah dan fasa kedua selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selama 45 hari di kem tentera atau PULAPOL.
Modul latihan PLKN 3.0 tertumpu kepada 90% latihan ketenteraan dan 10% latihan kewarganegaraan. 13 buah Pusat Latihan Askar Wataniah di seluruh negara serta PULAPOL boleh menampung latihan untuk satu tahun sekurang-kurangnya 4,000 orang. Kos perbelanjaan dijangka tidak melebihi RM100 juta setahun, lebih rendah berbanding RM500 juta bagi pelaksanaan PLKN sebelum ini.
Pelaksanaan Fasa Percubaan PLKN 3.0
Pada 12 Januari 2025, Program Sukarela PLKN 3.0 Fasa Percubaan mula dilaksanakan selepas 7 tahun dimansuhkan. Lebih 130 pelatih sukarela dari seluruh negara melapor diri di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah. Kesemua pelatih berusia linkungan 18 hingga 20 tahun. Pelatih akan menjalani ketenteraan dan kenegaraan selama 45 hari hingga 25 Februari 2025.
Selepas latihan percubaan fasa PLKN 3.0 seterusnya akan dilaksanakan di tempat latihan asas seperti 13 kem Askar Wataniah, 20 universiti awam, 33 politeknik, 27 institusi pendidikan guru (IPG) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)/ Institusi Latihan Perindustrian (ILP)
Kenyataan Media Kementerian Pertahanan
TERKINI – Kementerian Pertahanan mengeluarkan satu kenyataan media berkaitan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 pada 3 November 2023 seperti berikut:
Secara dasar, kerajaan bersetuju untuk memperkenalkan semula PLKN dengan kaedah baharu selaras dengan Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Akta 628). Penetapan had umur pelatih akan dilaksanakan seperti berikut:
1. Pelatih akan dipilih mengikut tahun kelahiran. Contohnya, sekiranya PLKN 3.0 dilaksanakan pada tahun 2024, maka remaja yang hanya lahir pada tahun 2007 akan dipanggil untuk menjalani latihan tersebut.
2. Sekiranya pelatih yang dipilih tidak dapat menyertai latihan khidmat negara atas sebab yang dibenarkan, mereka boleh memohon penangguhan. Had maksimum untuk menjadi pelatih adalah sehingga umur 35 tahun.
Maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa, di bawah adalah maklumat berkaitan PLKN sebelum ini sebagai rujukan.
Berikut dikongsikan maklumat semakan PLKN 2017 Kumpulan 1 Siri 14/ 2017 : Senarai Nama Terpilih Dan Penempatan. Kaedah pengambilan pelatih Program Latihan Khidmat Cemerlang (PLKN) 2.0 pada tahun 2016/ 2017 telah diberi nafas baru.
“Untuk makluman, calon yang terpilih untuk menyertai PLKN 2017 akan dihubungi melalui surat rasmi.”
Pemilihan Pelatih PLKN 2017 (2.0)
Kriteria pemilihan pelatih bagi siri 3.0 akan dikemaskini. Sebagai rujukan, dasar pemilihan baru pelatih adalah secara sukarela bagi murid tingkatan 5 yang berminat melanjutkan latihan kemahiran teknikal. Disamping itu, pencalonan murid juga boleh dicalonkan oleh guru-guru dan perlu mendapat persetujuan kebenaran ibu bapa terlebih dahulu.
Kriteria Pemilihan
- Untuk makluman, pencalonan terbahagi kepada 2 jenis iaitu permohonan sukarela melalui sekolah dan pencalonan guru-guru.
- Pencalonan adalah daripada murid Tingkatan 5 yang berminat untuk ke fasa 2 iaitu menyambung pelajaran dalam bidang kemahiran
- Calon mestilah Warganegara Malaysia
- Pencalonan mengikut pecahan kaum dan jantina yang bersesuaian bilangan sekolah di setiap negeri dan komposisi kaum di sekolah-sekolah
- Tarikh lahir : Pencalonan adalah bagi tahun 1999 dan permohonan sukarela terbuka bagi tahun kelahiran 1997 dan 1998
Proses pemilihan akan memberikan keutamaan kepada calon sukarela dan berminat ke Fasa 2. Walau bagaimanapun proses penempatan adalah tertakluk kepada keputusan JLKN bergantung kepada jumlah pemilihan bagi tahun tersebut.
Kerajaan telah memperkenalkan lima modul dan tiga sub-modul dalam Transformasi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Modul baru latihan PLKN boleh dirujuk di Modul PLKN 2.0. Sebagai permulaan Projek Rintis PLKN (Pilot Project) 2.0 2015 untuk remaja dilahirkan pada tahun 1997 telah diadakan bermula 17 Oktober 2015 hingga 16 Disember 2015.
Semakan Penempatan Pelatih PLKN 2025
Berikut dikongsikan cara membuat semakan PLKN 2025 iaitu semakan penempatan pelatih terpilih yang boleh disemak secara online :-
Semakan nama penempatan pelatih PLKN 2025 : Kumpulan 1 Siri 2/ 2025 boleh dibuat di link di bawah ini.
- KLIK PENEMPATAN PELATIH
- Terkini : 22 April 2025
- Maklumat lanjut sila rujuk Facebook PLKN
Tarikh Latihan
Berikut dikongsikan tarikh penting dan tempoh masa latihan PLKN Siri 2/ 2025 mengikut kumpulan :-
- 11 Mei sehingga 24 Jun 2025
Seramai 550 pelatih dijangka terpilih untuk menyertai siri latihan yang akan dijalankan di dua Kem Rejimen Askar Wataniah. Kem Rejimen 515 di Kuala Lumpur dan Kem Rejimen 505 di Pekan, Pahang.
Cara Hubungi JLKN
Untuk mengetahui perkembangan semasa berkaitan PLKN 2025, anda dinasihatkan melayari Laman Web Rasmi Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) di bawah ini atau No. Tel. Call Centre 03-4013 3631 (Waktu pejabat 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Juga boleh layari Facebook PLKN 2.0 untuk maklumat lanjut.)
Modul PLKN 3.0
Selamat membuat Semakan PLKN 2025 Online dan SMS untuk Penempatan pelatih. Selamat mengikuti program PLKN 2025.