Senarai Yang DiPertuan Agong Malaysia

Senarai Yang DiPertuan Agong Malaysia. Berikut dikongsikan senarai Sultan yang pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong di Malaysia dari tarikh kemerdekaan Malaysia sehingga terkini. Untuk makluman, jawatan Yang DiPertuan Agong di Malaysia adalah mengikut sistem pengiliran setiap lima tahun sekali di antara sembilan pemerintah Negeri Melayu. Sementara itu, seorang kerabat diraja pula akan dilantik menjadi Pemangku dalam negeri tersebut. Nama Senarai Yang DiPertuan Agong yang dikongsikan ini adalah dari tahun 1957 sehingga tahun 2016.

"<yoastmark

Senarai Yang DiPertuan Agong Malaysia

Berikut adalah senarai nama Yang DiPertuan Agong di Malaysia yang pernah menjawat jawatan ini dari tarikh merdeka sehingga kini merangkumi tempoh pemerintahan dan negeri asal.

Yang di-Pertuan Agong Nama Yang di-Pertuan Agong Negeri Tempoh
Pertama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad Negeri Sembilan 31.08.1957
Kedua Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Ibni Almarhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah Selangor 14.04.1960 hingga 01.09.1960
Ketiga Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Syed Putra Alhaj ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail Perlis 21.09.1960 hingga 20.09.1965
Keempat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin Terengganu 21.09.1965 hingga 20.09.1970
Kelima Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah Kedah 21.09.1970
Keenam Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim Kelantan 21.09.1975 hingga 29.03.1979
Ketujuh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’Ayatuddin Al-Mu’Adzam Shah Pahang 26.04.1979 hingga 25.04.1984
Kelapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail Johor 26.04.1984 hingga 25.04.1989
Kesembilan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah Perak 26.04.1989 hingga 25.04.1994
Kesepuluh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman Negeri Sembilan 26.04.1994 hingga 25.04.1999
Kesebelas Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj Selangor 26.04.1999 hingga 21.11.2001
Kedua Belas Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail Perlis 13.12.2001 hingga 12.12.2006
Ketiga Belas Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Terengganu 13.12.2006 hingga 12.12.2011
Keempat Belas Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah Kedah 13.12.2011 hingga 12.12.2016

[junkie-alert style=”red”] Yang Dipertuan Agong yang baru iaitu yang ke 15 akan dipilih pada Mesyuarat Khas Raja-Raja pada 14 Oktober 2016.

Sultan Muhammad V (Sutan Kelantan) telah dipilih sebagai Yang Dipertuan Agong ke 15 yang baru dan menggantikan Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah. Tempoh perkhidmatan adalah selama 5 tahun berkuatkuasa 13 Disember 2016.

Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pula telah dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama.[/junkie-alert]

Sistem Penggiliran Yang DiPertuan Agong

Jawatan Yang DiPertuan Agong hanya diberikan kepada Raja-Raja Melayu dari negeri yang dahulunya dikenali sebagai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.

1) Negeri-negeri Melayu Bersekutu 

  • Perak, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang

2) Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu 

  • Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor

Yang DiPertua Negeri untuk Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak tidak berpeluang menjawat jawatan.

Penggiliran Yang di-Pertuan Agong mengikut aturan Pemerintah negeri adalah adalah seperti berikut :-

  1. Negeri Sembilan
  2. Selangor
  3. Perlis
  4. Terengganu
  5. Kedah
  6. Kelantan
  7. Pahang
  8. Johor
  9. Perak

Semoga maklumat berkaitan Senarai Yang DiPertuan Agong Malaysia ini bermanfaat buat semua rakyat Malaysia. Sumber Majlis Raja-Raja & Wikipedia