Harga Lesen Memandu Terkini Malaysia

Harga Lesen Memandu Terkini Di Malaysia. Berikut adalah Harga Lesen Memandu Terkini Malaysia meliputi harga lesen dan harga belajar memandu. Buat mereka yang belum mendaptkan lesen memandu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), anda perlu mendaftar belajar memandu di sekolah-sekolah memandu yang berdaftar. Lesen memandu kenderaan termasuk lesen motorsikal, kereta, lori, bas dan sebagainya. Selepas melepasi ujian, anda layak untuk mendapatkan atau memperbaharui lesen memandu kenderaan. Ingat, memandu tanpa lesen memandu JPJ yang sah merupakan satu kesalahan.

Harga Lesen Memandu
Harga Lesen Memandu Terkini Malaysia

HARGA LESEN MEMANDU TERKINI MALAYSIA

1. Kadar Bayaran Bagi Pelesenan Pemandu

Berikut adalah Jadual kadar bayaran yang ditetapkan bagi urusan yang melibatkan perlesenan pemandu. Sumber JPJ

20.001 tahun20.001 tahun20.001 tahun20.001 tahun

JENIS LESEN KADAR BAYARAN (RM) TEMPOH
LESEN L (BARU) LDL
Kelas B2 (tanpa memiliki apa-apa kelas lesen memandu) 2.00 3 bulan
Kelas B2 (tanpa memiliki apa-apa kelas lesen memandu) 4.00 6 bulan
Kelas B (penuh) 20.00  3 bulan
Kelas B (penuh) 40.00 6 bulan
Kelas D dan lain-lain 30.00 3 bulan
Kelas D dan lain-lain 60.00 6 bulan
LESEN PERCUBAAN (PDL)
Kelas B2 (tanpa memiliki apa-apa kelas lesen memandu) 2.00 2 tahun
Kelas B (penuh) 40.00 2 tahun
Kelas D dan lain-lain kelas 60.00 2 tahun
LESEN MEMANDU KOMPETEN (CDL)
Kelas B2 (tunggal)
Kelas B (penuh)
Kelas D dan lain-lain kelas 30.00 1 tahun
Lesen Kenderaan Barang-barang (GDL)
Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV)
Permohonan Maklumat Lesen Memandu 10.00
Lesen Memandu Antarabangsa (IDP) 150.00 1 tahun
SALINAN LESEN MEMANDU
Lesen LDL 20.00
Lesen Percubaan (PDL) 20.00
Lesen Memandu Malaysia (CDL) 20.00
Lesen GDL/PSV 5.00
Gantian Lesen Memandu (LDL/PDL/CDL)
(untuk kes ragut sahaja)
PERCUMA

2. Kadar Bayaran Bagi Mendapatkan Lesen Memandu Kereta Dan Motor Bermula 1 September 2014

Menerusi kenyataan rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada 15 September 2014,  pihak JPJ telah menetapkan harga siling (harga kawalan) lesen memandu mulai 1 September 2014 yang berkuatkuasa disemua Institut atau Sekolah Memandu diseluruh negara. Tujuan utama harga siling lesen memandu dikuatkuasakan adalah untuk mengelakkan sekolah memandu meletakkan harga lesen yang terlalu tinggi dan tidak munasabah. Oleh itu, sekolah memandu yang ingkar dan tidak mematuhi harga kawalan tersebut boleh dikenakan tindakan tegas.

a) Harga Lesen Memandu Kereta Dan Motor Mulai 1 September 2014

Panduan Kategori Kelas Memandu Malaysia JPJ Mulai 1 September 2014

  • B – Motosikal melebihi 500 cc
  • B2 – Motosikal tidak melebihi 250 cc
  • D – Lesen Kereta Transmisi Manual
  • DA- Lesen Kereta Transmisi Automatik

Tarikh Kuatkuasa Harga Baru Lesen Memandu Mulai 1 September 2014

Pihak JPJ dalam satu kenyataan telah menguatkuasakan harga terkini lesen memandu mulai 1 September 2014.

3. Harga Terkini Belajar Lesen Memandu 2016

Berikut adalah harga terkini untuk mendapatkan lesen memandu (belajar) yang dikongsikan dari beberapa buah syarikat memandu di Malaysia. Terdapat perbezaan harga di antara negeri di Malaysia.

1. Shah Alam, Selangor

Lesen Memandu Kereta D-Auto : RM1,600
Kereta D-Manual : RM1,250
Lesen Memandu Motorsikal B2 : RM600
Motorsikal B Full : RM1,200
Lesen Memandu Lori E Full : RM1,400
Teksi : RM800
Bas/ Bersendi Lori : RM1,500
Lesen GDL (Lori kurang 3 tan) : RM300

INSTITUT MANDU CEKAP HI-TEC SDN BHD, SHAH ALAM

2. Batu Caves, Selangor 

Lesen Memandu Kereta D : RM1,050
Motorsikal B2 : RM500
Lesen Memandu Motorsikal B Full : RM950
Lori E : RM850
Lesen Memandu Kereta dan Motorsikal (B2D) : RM1,500 

3. Klang, Selangor

Lesen Memandu Kereta D-Auto : RM1,860
Kereta D-Manual : RM1,660
Lesen Memandu Motorsikal B2 : RM598
Motorsikal B Full : RM1,500

Lesen Memandu Lori E Full : RM1,400

Metro Driving Academy, Meru Klang 

4. Johor Bahru, Johor

Lesen Memandu Kereta D-Auto : RM1,600
Kereta D-Manual : RM1,430
Lesen Memandu Motorsikal B2 : RM550
Motorsikal B Full : RM1,161.80
* Harga termasuk GST

Pusat Latihan Memandu Berjaya Berhad, Johor

5. Alor Gajah, Melaka

Lesen Memandu Kereta D-Auto : RM1,004.10
Kereta D-Manual : RM863.90
Lesen Memandu Motorsikal B2 : RM283.40
Motorsikal B Full : RM834.10

* Pembayaran secara ansuran disediakan

Pusat Memandu Zapcity 

6. Kota Kinabalu, Sabah

Lesen Memandu Kereta D-Auto : RM2,070
Kereta D-Manual : RM1,750
Lesen Memandu Motorsikal B2 : RM770

IMW Institut Memandu Wiinajasa Putatan  

Untuk makluman, harga lesen memandu yang dikongsikan di atas adalah sebagai panduan. Anda boleh mengunjungi pusat belajar memandu yang berdekatan di tempat tinggal anda untuk mendapatkan harga terkini semasa. Harga yang ditawarkan adalah berbeza daripada apa yang dikongsikan bergantung kepada lokasi/ negeri, promosi syarikat, bayaran secara ansuran dan sebagainya.