Contoh Karangan Kesan Pencemaran Udara

Kesan Pencemaran Udara. Berikut dikongsikan Contoh Karangan Kesan Pencemaran Udara Tugasan Geografi PT3 2014. Proses Akhir dalam menyiapkan Tugasan Geografi PT3 Tahun 2014 akan melibatkan 70 markah : markah paling banyak dalam kajian.

Pembahagian markah adalah seperti berikut :

  • Grafik (10 markah) : Grafik mestilah mengikut susunan yang betul, lengkap dan kritis merangkumi tajuk, idea utama dan maklumat yang tepat.
  • Konsep (5 markah) : Konsep perlu dihurai dengan tepat beserta contoh.
  • Punca/Faktor (15 markah) : Menghuraikan punca kejadian yang berkaitan dengan jelas dan teratur serta menunjukkan keaslian dan kritis. Punca mestilah mempunyai fakta yang relevan, huraian yang sesuai serta contoh melibatkan kawasan kajian.
  • Kesan (20 markah) : Menghuraikan kesan kejadian yang berkaitan dengan jelas dan teratur serta menunjukkan keaslian. Kesan juga mestilah mempunyai fakta yang relevan, huraian yang sesuai serta contoh melibatkan kawasan kajian.
  • Langkah Mengatasi/Cadangan (20 markah) : Langkah mengatasi/cadangan mestilah relevan dan huraian yang sangat tepat untuk mendapatkan markah penuh.

Contoh Karangan Kesan Pencemaran Udara

Contoh Karangan Kesan Pencemaran Udara Tugasan Geografi PT3

Di sini saya akan menerangkan secara terperinci berkenaan Kesan Pencemaran Udara
Kesan utama pencemaran udara adalah menjejaskan kesihatan manusia,  tumbuhan, haiwan, penipisan lapisan ozon, hujan asid, pemanasan global.
Contoh Karangan Kesan Pencemaran Udara

Hujan asid

Hujan asid berlaku disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini akan terkumpul di dalam awan dan bergerak ke tempat-tempat lain. Asid tersebut akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia. Kesanya, ia membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air. Ia juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur.
Huraian Kesan Pencemaran Udara Tugasan Geografi PT3 2014

Haiwan

Haiwan akan terancam atau mati akibat dari pencemaran udara. Ini disebabkan dari udara yang memasuki paru-paru haiwan dan makanan dari sumber tumbuhan yang tercemar kesan pencemaran udara.
Contoh Karangan Kesan Pencemaran Udara

Tumbuhan

Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan seperti nekrosis (keguguran daun), klorosis (pertukaran warna), dan pertumbuhan terbantut. Kesan ini akan menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada penduduk juga terganggu.
Contoh Karangan Kesan Pencemaran Udara

Kesihatan manusia

Kesan utama pencemaran udara kepada manusia adalah sistem pernafasan. Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah akan melambatkan tindak balas manusia dan kesan seterusnya menyebabkan mengantuk, penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.Bahan tercemar seperti nitrogen oksida boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari. Bahan tercemar seperti gas ozon boleh menimbulkan kerengsaan menyebabkan inflamasi paru-paru dan keupayaan bergerak. Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan mata manusia.Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan sebanyak tiga juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara. Ia adalah tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan kemalangan kenderaan.
Contoh lain boleh klik link ini

Special kredit to Pencemaran Udara

Karangan Kesan Pencemaran Udara Tugasan Geografi PT3 2014

Antara kesan pencemaran udara adalah menjejaskan kesihatan manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, penyebab kejadian hujan asid, jerebu, kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon.

Kesan pencemaran udara terhadap Kesihatan Manusia adalah menjejaskan sistem pernafasan. Karbon monoksida gas yang terhasil daripada pembakaran asap ekzoz kereta boleh mendatangkan bahaya kepada paru-paru. Bahan tercemar seperti nitrogen oksida boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari. Bahan tercemar seperti gas ozon boleh menyebabkan inflamasi pada paru-paru dan ketidakupayaan untuk bergerak.  Habuk,asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan mata manusia.

Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara iaitu Nekrosis(Keguguran daun), Klorosis (Pertukaran warna), dan perubahan pertumbuhan.  Contohnya, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga mengalami kerosakan dengan adanya gas ozon di udara. Keadaan ini menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada pendudukdibumi juga terganggu.

Ancaman Kepada Haiwan

Bahan cemar seperti sulfur dioksida juga menyebabkan haiwan terancam dan terbunuh. Kematian haiwan itu disebabkan oleh penghadaman makanan haiwan yang tercemar setelah terdedah kepada bahan–bahan toksid yang terdapat di dalam udara. Contoh lain adalah keracunan yang disebabkan oleh plumbum (Pb) yang telah membawa maut kepada haiwan.

Kesan pencemaran udara boleh menyebabkan penipisan Lapisan Ozon. Pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk merupakan faktor utama penipisan lapisan ozon. Seperti sedia maklum, lapisan ozon berfungsi untuk melindungi manusia daripada sinaran terus pancaran matahari.  Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit kepada manusia.

Selain itu, pencemaran udara juga boleh menyebabkan kesan rumah hijau dan pemanasan global. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gaskarbon dioksida dan terkumpul di dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitaranya menjadi panas.

Fenomena jerebu pula kebiasaannya berlaku ketika cuaca panas dan kering. Jerebuadalah kesan daripada pencemaran udara hasil daripada pembakaran terbuka yang berleluasa. Udara yang tercemar dengan jerebu hanya mengandungi debu yang berbahaya terhadap sistem pernafasan manusia. Disamping itu, jerebu juga boleh menjejaskan tahap jarak penglihatan manusia.
Markah Penuh: 20 Markah

Semoga perkongsian Contoh Karangan Kesan Pencemaran Udara boleh dijadikan panduan buat pelajar Tingkatan 3 dalam menyiapkan tugasan dengan jayanya.