Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 4 Pembinaan Negara

Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 4. Berikut dikongsikan Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 4 bertajuk Pembinaan Negara Dan Bangsa Malaysia. Perkongsian nota ringkas ini diharap dapat membantu pelajar SPM dalam mengulangkaji pelajaran. Disamping itu ianya dapat membantu pelajar dalam membuat persiapan menjawab Sejarah Kertas 3 SPM.

Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 4
Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 4 Pembinaan Negara Dan Bangsa Malaysia

Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 4 Pembinaan Negara Dan Bangsa Malaysia

4.1 Malayan Union

4.1.1 Pengenalan Malayan Union

a) Persediaan Membentuk Kerajaan Sendiri

  • British memperkenalkan Malayan Union sebagai persediaan kepada Tanah Melayu ke arah membentuk pemerintahan sendiri

b) Melahirkan Pentadbiran yang licin

  • British ingin mewujudkan pentadbiran yang licin
  • Sistem pentadbitan sebelum ini banyak menimbulkan kesulitan kerana berlainan dari segi cara pentadbiran

c) Menjimatkan kos pentadbiran

  • Pembahagian Tanah Melayu kepada 3 unit pemerintahan iaitu NNS, NNMB dan NNMTB telah menyulitkan petadbiran
  • Kepelbagaian sistem ini telah menelan kos yang besar
  • Ia juga menyebabkan pembangunan ekonomi di setiap negeri tidak seimbang

d) Membentuk Bangsa Malayan Union

  • British berhasrat membentuk bangsa Malayan Union supaya golongan pendatang dapat melupakan negara asal dan menumpukan taat setia kepada Malayan Union
  • Justeru itu, British dapat memastikan sumber tenaga dan pelaburan untuk memajukan ekonomi Tanah Melayu tidak terbantut

e) Mengawal kuasa politik orang Melayu

  • British berpendapat dengan mewujudkan Malayan Union ini dapat menjamin penguasaan yang berterusan terhadap sumber ekonomi Tanah Melayu
  • Selain itu ia juga dapat mengurangkan kuasa politik orang Melayu

4.1.2 Ciri-Ciri Malayan Union

  • Semua negeri NNMB dan NNMTB serta NNS disatukan
  • Gabenor British ketuai MU
  • Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan MU dibentuk
  • Singapura diasingkan dpd Malahan Union / pelabuhan bebas
  • Kewarganegaraan berdasarkan jus soli
  • Raja-raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu yg berkuasa bincang hal agama dan adat istiadat Melayu
  • Di setiap negeri dilantik seorang Pesuruhjaya Negeri
  • Tanah Melayu jadi Tanah Jajahan British / bukan lagi naungan British

4.1.3 Reaksi Terhadap Malayan Union

a) Sebab-Sebab Orang Melayu Menentang Malayan Union

  • Membantah tindakan Sir Harold MacMichael yang mengugut Raja-Raja melayu. Baginda akan diturunkan takhta sekiranya enggan menerima Malayan Union. Contoh, Ugutan terhadap Sultan Badlishah di Kedah
  • Sultan tidak diberi masa yang cukup untuk berunding dengan majlis Mesyuarat Negeri. Contohnya Sultan Perak
  • Sultan menandatangi Perjanjian Malayan Union atas dasar setia kawan kepada British seperti Sultan Selangor dan Sultan Johor

Kuasa Raja-Raja Melayu

  • Menentang penghakisan kuasa Raja-Raja melayu dalam Malayan Union
  • Raja-Raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu tanpa sebarang kuasa
  • Zakat fitrah dipungut di bawah nama Gabenor Malayan Union
  • Bertentangan dengan kedudukan Sultan yang merupakan ketua agama Islam
  • Bimbang agama Islam akan tercabar
  • Menolak pemberian kerakyatan yang longgar kepada orang dagang
  • Dasar terbuka British mengancam status quo orang Melayu sebagai peribumi
  • Bimbang akan kehilangan warisan tamadun yang telah dibina oleh kerajaan Melayu seperti Kesultanan Melayu Melaka
  • Pengenalan Malayan Union akan menghapuskan sejarah yang telah terbina sejak sekian lama

b) Golongan yang menyokong Malayan Union

  • Orang Dagang dan Golongan Melayu (Radikal)
    • Golongan ini bersetuju dengan dasar menyatukan Negeri-negeri Melayu menjadi sebuah unit politik untuk melicinkan pentadbiran
    • Mereka menyokong dasar sama rata Malayan Union yang menghapuskan hak-hak perlindungan kepada org Melayu
    • Kerakyatan Malayan Union yang terbuka juga disokong kerana mereka boleh mengekalkan kerakyatan asal masing-masing
    • Mereka juga mempercayai janji British yang akan memeberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu
  • Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

    • Pemerintahannya bersifat barat serta menghapuskan sistem feudal Melayu dan tidak mengiktiraf kuasa raja dan pembesar Melayu di sokong oleh mereka
    • Mereka menginginkan konsep republik seperti di Indonesia dapat dijalankan dan seterusnya konsep Melayu Raya dapat dilaksanakan
  • Angkatan Pemuda Insaf (API)

    • Pimpinan Ahmad Boestamam
    • Nama sebenarnya ialah Abdullah Sani
    • Seorang wartawan
    • Ditahan di bawah Akta Darurat 1948-1955
  • Angkatan Wanita Sedar (AWAS)
  • Barisan Tani Malaya (BATAS)

4.1.4 Tindakan Orang Melayu Menentang Malayan Union

Cara-cara orang Melayu menentang Malayan Union

  • Bantahan melalui akhbar-akhbar Melayu seperti Utusan Melayu, Majlis dan Warta
  • Mengadakan demonstrasi secara aman semasa Sir Harold MacMichael mendapatkan tandatangan Raja-Raja Melayu
  • Bantahan ini berlaku di Kota Bharu, Kelantan dan Alor Setar, Kedah
  • Persatuan-persatuan Melayu dihidupkan untuk menentang Malayan Union
  • Mereka menghantar telegram dan surat bantahan ke pejabat Tanah Jajahan di London
  • 23 Januari 1946, Dato’ Onn Jaafar menyeru orang Melayu berkongres dan menubuhkan United Malays Organization ( U.M.O )

Kongres Melayu

  • Kongres Melayu 1946 diadakan pada 1 – 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru Kuala Lumpur
  • Dihadiri oleh 41 buah persatuan diseluruh Tanah Melayu
  • Bersetuju menubuhkan United Malays National Organization (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
  • Kongres Melayu Kedua diadakan dari 30 dan 31 Mac 1946. Tujuannya untuk membantah perisytiharan Malayan Union pada 1 April 1946
  • Orang Melayu mengadakan rapat umum disetiap bandar besar.  Ianya untuk menunjukkan bantahan mereka kepada ahli-ahli parlimen British iaitu L.D Gammans dan David Reese William

4.2 Persekutuan Tanah Melayu

4.2.1 Faktor-faktor Pembentukan Pesekutuan Tanah Melayu

Perpaduan dalam kalangan orang Melayu daripada semua golongan

  • Perpaduan golongan raja dan rakyat telah dapat mengatasi pihak lain yang menyokong Malayan Union

Sokongan bekas pegawai-pegawai British

  • Antara mereka termasuklah Sir Frank Sweetwnham, Sir R.O Winstedt, Sir George Maxwell dan Sir Cecil Clementi
  • Mereka menolak dasar menakluk Tanah Melayu

Sokongan pegawai-pegawai Tinggi British

  • Antaranya termasuklah sokongan daripada Sir Malcolm MacDonald, Sir Edward Gent, dan L.D Gammans

Sikap politik orang Melayu yang sederhana

  • Orang Melayu hanya menulis dalam akhbar, demonstrasi, berkongres dan memujuk Raja-raja Melayu untuk menyokong penentangan terhadap British
  • Mereka tidak menggunakan kekerasan seperti Parti Komunis Malaya (PKM) dengan mengangkat senjata

UMNO tidak menuntut kemerdekaan

  • British memilih UMNO dan raja-raja Melayu kerana kedua-duanya hanya menuntut rundingan untuk menolak Malayan Union
  • Faktor inilah yang menyebabkan British menerima pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.

Ketegasan Orang Melayu membantah Malayan Union

  • Pemimpin Melayu seperti Dato’ Onn Jaafar telah membantah dengan tegas pelaksanaan
    Malayan Union
  • Beliau pernah menjadi Pegawai Tadbir Johor, wartawan, Presiden UMNO, Menteri Besar Johor, Ahli Dalam Negeri dan Ahli Parlimen Parti Negara

Gesaan Piagam Atlantik 1945

  • Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengeluarkan Piagam Atlantik 1945
  • PBB tidak menggalakkan penjajahan baru sebaliknya meminta negara-negara kolonial memberikan latihan berkerajaan kepada penduduk tempatan

4.2.2 Langkah-langkah Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu

  1. Jawatankuasa Eksekutif dianggotai oleh 12 orang ahli ditubuhkan
  2. Terdiri daripada pegawai kanan British, pemimpin UMNO dan wakil Raja-raja Melayu
  3. Mengemukakan 5 tuntutan :
    • Raja / UMNO menolak semua prinsip MU / struktur MU
    • Mahu sebuah persekutuan
    • Menolak kerakyatan terbuka MU / Jus Soli
    • Meminta dasar perlindungan terhadap Negeri-negeri Melayu dan orang Melayu dipulihkan
    • Raja-raja Melayu diakui sebagai ketua Negeri-negeri Melayu
    • Kedudukan istimewa Melayu dilindungi
    • Status quo Negeri-negeri Melayu dilindungi
    • Islam / adat istiadat Melayu sebagai teras ketuanan Melayu

4.2.3 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948

Ciri-ciri utama Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948

  • Sebuah persekutuan dibentuk dengan gabungan 11 buah negeri
  • Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British
  • Konsep Raja Berperlembagaan diwujudkan
  • Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri dibentuk
  • Pesuruhjaya Tinggi British menjaga kedudukan istimewa orang Melayu.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

  • Syarat kerakyatan diperketatkan
  • Prinsip kerakyatan jus soli adalah untuk Rakyat Raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu
  • Rakyat British bagi Negeri-Negeri Selat ( Melaka dan Pulau Pinang )
  • British mengiktiraf semula ketuanan Melayu sebagai asas pembentukan Persekutuan Tanah Melayu
  • Institusi Raja Melayu dikekalkan dengan bidang kuasa dan kedudukannya yang jelas dalam pentabiran

4.3 Pergerakan Politik di Sarawak dan Sabah

Pergerakan politik di Sarawak

  • Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British disebabkan beberapa alasan. Antaranya termasuklah :
    • Beliau telah tua dan uzur
    • Pengantinya pula iaitu Anthony Brooke didapati tidak layak untuk mentadbir dengan berkesan
  • Vyner Brooke telah menghantar Gerald MacBryan untuk mendapatkan persetujuan pembesar Sarawak
  • Pengisytiharah penyerahan Sarawak kepada British dibuat oleh Vyner Brooke pada 8 Februari 1946
  • Tindakan ini telah dibantah oleh pemimpin dan persatuan kaum tempatan

Persatuan Melayu Sarawak (PMS)

  • Antaranya termasuklah Datu Patinggi Haji Abdillah iaitu ketua masyarakat Melayu Sarawak
  • Persatuan Melayu Sarawak (PMS) dan Persatuan Dayak Sarawak (PDS) turut menentang
  • Mereka menentang tindakan Vyner Brooke kerana perkara tersebut bercanggah dengan Perlembagaan 1941
  • Keputusan itu dibuat oleh Vyner Brooke tanpa berunding dengan orang tempatan atau ketua-ketua mereka
  • Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS), Barisan Pemuda Melayu (BPM) Sibu dan PDS menentang perisytiharan tersebut secara terbuka
  • Kaum ibu dalam PKMS turut membantah dengan mengadakan demosntrasi dan menghantar surat bantahan kepada kerajaan British
  • Pakatan sulit antara kaum terpelajar telah menghasilkan penubuhan kumpulan Rukun Tiga Belas

Rosli Dhobi

  • Salah seorang anggotanya ialah Rosli Dhobi
  • Sir Duncan Stewart, iaitu Gabenor Sarawak yang baru dilantik telah ditikam oleh Rosli Dhobi. Ditikam semasa beliau melawat Sibu pada 3 Disember 1949
  • Tindakan Rosli Dhobi tidak berjaya kerana pemimpin Sarawak tidak bersatu.

Pergerakan politik di Sabah

  • Kegiatan dan kesedaran politik di Sabah amat perlahan, berpecah belah dan tidak berkesan
  • Persatuan Kebangsaan Melayu Labuan (PKML), Persatuan Melayu Jesselton (PMJ) serta Barisan Pemuda (BARIP) Labuan dan Jesselton ialah persatuan sosioekonomi yang bersifat sederhana
  • Semasa Sabah dijadikan jajahan takluk British pada 1946, tidak terdapat tentangan yang jelas dan terbuka daripada penduduk tempatan
  • Pada tahun 1951 persatuan-persatuan ini telah terkubur begitu sahaja

Semoga Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 4 Pembinaan Negara Malaysia ini bermanfaat buat pelajar. Ianya diharap dapat membantu pelajar dalam memahami Pembinaan Negara Dan Bangsa Malaysia.