Kepentingan Teknologi Maklumat Dalam Kehidupan

Esei Karangan Kepentingan Teknologi Maklumat Dalam Kehidupan. Berikut dikongsikan contoh huraian esei karangan Bahasa Melayu SPM/ PT3 bertajuk “Kepentingan teknologi maklumat dalam kehidupan”. Sebagai panduan, jadual peperiksaan 2016 boleh dirujuk di Jadual Peperiksaan PT3 dan SPM.

[junkie-alert style=”green”] Huraikan pendapat anda tentang kepentingan teknologi maklumat dalam kehidupan. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. [/junkie-alert]

Kepentingan Teknologi Maklumat Dalam Kehidupan
Esei Karangan Kepentingan Teknologi Maklumat Dalam Kehidupan

Kepentingan Teknologi Maklumat Dalam Kehidupan

Analisis soalan

Tugasan: Kepentingan teknologi maklumat dalam kehidupan
Tema : Teknologi maklumat
Kata kunci : Kepentingan

  • Isi 1 : Berkongsi pendapat
  • Isi 2 : Memperoleh maklumat
  • Isi 3 : Menjanakan pendapatan

Teknologi maklumat merupakan antara isu yang sering diwar-warkan dalam media cetak dan media elektronik di negara kita akhir-akhir ini. Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah komited untuk mendepani isu ini kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Persoalannya, apakah kepentingan teknologi maklumat dalam kehidupan?

Pada pendapat saya, antara kepentingannya ialah berkongsi pendapat. Hal ini dikatakan demikian
kerana, seseorang yang menggunakan teknologi maklumat dapat bertukar-tukar idea dengan pengguna Internet yang lain dengan pantas. Di samping itu, teknologi maklumat ini juga dapat membantu seseorang menyalurkan pendapat terhadap sesuatu isu yang sedang hangat dibincangkan. Sebagai contoh, seseorang boleh menggunakan laman sosial Facebook untuk menyatakan idea atau memberi komen terhadap idea yang dimuat naik oleh pengguna yang lain. Mereka juga boleh menggunakan kemudahan WhatsApp, Twitter dan sebagainya untuk berbuat demikian. Saya ingin menegaskan bahawa berkongsi maklumat merupakan antara kepentingan teknologi maklumat dalam kehidupan.

Selain itu, memperoleh maklumat juga dikenal pasti sebagai salah satu kepentingannya dalam kehidupan. Hal ini bermaksud, seseorang yang menggunakan teknologi maklumat mampu mengakses pelbagai maklumat yang tersedia dalam pelbagai laman sesawang atau blog. Lagipun, teknologi maklumat ini juga membantu menjimatkan kos kerana maklumat yang dikehendaki hanya berada di hujung jari. Contohnya, para pelajar boleh menggunakan teknologi maklumat untuk mencari bahan pembelajaran dengan hanya menggunakan enjin carian Google. Mereka juga boleh menggunakan Internet Explorer atau Mozilla dan maklumat yang dicari akan dipaparkan dalam sekelip mata. Jelaslah, salah satu kepentingan teknologi maklumat dalam kehidupan ialah memperoleh maklumat.

Kepentingan teknologi maklumat dalam kehidupan yang berikutnya ialah menjanakan pendapatan. Dalam konteks ini, pengguna yang menggunakan teknologi maklumat berupaya untuk mempromosi sesuatu produk yang dihasilkan secara meluas kerana bilangan pengguna Internet yang semakin meningkat dari semasa ke semasa. Tambahan pula, teknologi maklumat ini juga berupaya untuk
memudahkan urusan jual beli kerana urusan pembayaran dan penghantaran barangan boleh dibuat secara atas talian. Misalnya, pengusaha boleh mempromosi barangan mereka melalui laman sesawang atau blog persendirian dengan memuat naik foto dan info berkaitan sesuatu produk. Mereka juga boleh menggunakan Facebook untuk mempromosi barangan mereka. Saya optimis, menjanakan pendapat merupakan antara kepentingan teknologi maklumat.

Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk menggunakan teknologi maklumat agar mereka memperoleh manfaat yang optimum daripada kemudahan ini. Dalam hal ini, orang bijak pandai pernah berpesan, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih!