Contoh Kaedah Kajian Sejarah PT3 2016

Contoh Kaedah Kajian Kerja Kursus Sejarah PT3 2016. Berikut dikongsikan contoh senarai kaedah yang diguna pakai atau Contoh Kaedah Kajian Sejarah PT3 2016 sebagai panduan buat pelajar Tingkatan 3 dalam menyiapkan isi kandungan tugasan kerja Kursus/ folio Sejarah tahun ini.

Pelajar perlu menghuraikan setiap kaedah kajian yang diguna pakai secara terperinci. Semoga panduan yang dikongsikan bermanfaat buat semua pelajar PT3.

Contoh Kaedah Kajian Sejarah PT3
Contoh Kaedah Kajian Sejarah PT3 2016

Contoh Kaedah Kajian Sejarah PT3 2016 Kajian Bangunan Bersejarah

Terdapat pelbagai kedah yang boleh digunakan oleh pelajar dalam melengkapkan kerja Kursus Sejarah PT3 2016 seprti berikut :-

1. Melayari internet

Melalui kajian ini saya telah mencari maklumat mengenai bangunan …… dengan melayari internet. Banyak maklumat yang telah saya perolehi melalui kaedah ini. Salah satu laman web yang saya layari ialah Wikipedia.

Wikipedia ialah ensiklopedia di dalam internet. Kita boleh mendapatkan banyak maklumat dan fakta-fakta melaluinya dalam pelbagai bahasa. Selain itu, saya juga merujuk kepada buku ilmiah yang ada di perpustakaan. Di dalamnya terdapat sedikit sebanyak sejarah tentang Bangunan ……..

2. Buku ilmiah/ Ensiklopedia

Kajian juga dilakukan dengan mencari maklumat melalui buku ilmiah/ Ensiklopedia yang terdapat di perpustakaan awam …….. Salah satu buku ilmiah ialah Kesan  Sejarah Dan Tempat-Tempat Menarik Negeri Melaka, Malaysia Wonders And Contrasts, Melaka Historic Tourism serta History of the Dutch in Malaysia.
Terdapat pelbagai maklumat mengenai bangunan …….. terdapat di dalam buku ilmiah ini.

3. Melawat tempat kajian/ Kaedah Pemerhatian

Saya dan rakan-rakan telah melawat tempat kajian dalam mendapat maklumat bangunan. Pelbagai maklumat yang saya dapat seperti risalah yang telah di jual di sana. Pelbagai maklumat yang ada di dalam risalah termasuk asal-usul bangunan, tarikh bangunan di bina dan sebagainya.

4. Kaedah Temubual/ Temuramah

Saya telah menemubual seorang responden di kampung saya, beliau agak berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam sejarah bangunan ini. Nama beliau ialah ……………….. Beliau tinggal di …………… Beliau telah menceritakan serba sedikit mengenai Bangunan ………… kepada saya.

5. Kaedah Soal Selidik

Borang soal selidik sebanyak 50 telah diedarkan kepada responden

6. Media

Saya telah menganalisa media massa dan media cetak seperti internet, majalah-majalah dan surat khabar yang berkaitan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai bangunan yang telah saya pilih dan mendapatkan kefahaman yang jelas mengenainya.

Semoga Contoh Kaedah Kajian Sejarah PT3 2016 ini boleh dijadikan panduan buat pelajar dalam menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.