Semakan Senarai Hitam Imigresen Dan PTPTN Online

Semakan Senarai Hitam Imigresen Dan PTPTN. Berikut dikongsikan maklumat penting serta panduan Semakan Senarai Hitam Imigresen Dan PTPTN Online. Ambil perhatian jika anda ingin ke luar negara. Sila pastikan yang anda tidak disenarai hitam oleh PTPTN, LHDN, perintah mahkamah dan PDRM mahupun diisytihar sebagai bankrap.

Untuk kemudahan, Jabatan Imigresen Malaysia telah menyediakan kemudahan kepada Warganegara Malaysia yang ingin menyemak status senarai hitam ‘blacklist’ Imigresen secara online atau semakan status kawalan imigresen untuk perjalanan ke luar negara.

Semakan Senarai Hitam Imigresen Online
Semak Senarai Hitam Imigresen Dan PTPTN Online

Semakan Senarai Hitam Imigresen Dan PTPTN Online

Anda dinasihatkan untuk membuat semakan blacklist Imigresen atau pasport ini sebelum merancang ke luar negara bagi mengelakkan sebarang masalah apabila mengetahui pasport anda tidak sah sewaktu tiba di lapangan terbang.

Antara punca nama disenarai hitam adalah berpunca dari senarai hitam oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan seperti pihak keselamatan, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam, Jabatan Pendaftaran, LHDN dan PTPTN. 

Applikasi Semakan Senarai Hitam Imigresen Online

Untuk membuat semakan Senarai Hitam Imigresen Online, sila klik Applikasi Semakan di bawah ini :-

Sila masukkan No Kad Pengenalan dan tekan butang SEMAK

Jika anda tidak dihalang daripada meninggalkan negara ini, status semakan akan terpapar sebagai “Tiada Halangan” (Tiada sekatan).


Satu kaedah alternatif lain untuk memeriksa status imigresen adalah dengan menghubungi Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) di 0388801000.

Semakan Senarai Hitam Imigresen Online

Grafik sumber : Jabatan Penerangan Malaysia

Semakan Senarai Hitam PTPTN

Kepada peminjam pinjaman PTPTN, semakan Senarai Hitam PTPTN boleh disemak dengan mengklik PTPTN. Semakan boleh di buat secara online dengan mengisi No Kad Pengenalan, No Telefon dan e-Mail. Untuk makluman, peminjam PTPTN yang mempunyai tunggakan akan disenarai hitamkan secara berperingkat.

Punca Individu Disenaraihitamkan

Berikut adalah diantara punca atau sebab seseorang individu itu disenarai hitam atau dilarang ke luar negara,

  1. Gagal membayar cukai pendapatan
  2. Kegagalan membayar pinjaman PTPTN
  3. Gagal membayar levi pekerja asing
  4. Terlibat dalam kes jenayah
  5. Bankrap
  6. Menetap melebihi had yang dibenarkan di luar negara

Semoga applikasi Semakan Senarai Hitam Imigresen Dan PTPTN Online ini dapat membantu anda dalam merancang perjalanan ke luar negara. Jom semak.