Semakan Markah Kokurikulum Pelajar Online

Semakan Markah Koko Online. Berikut dikongsikan cara membuat Semakan Markah Kokurikulum Pelajar secara Online. Sistem yang dimaksudkan dikenali sebagai Sistem Aplikasi Mengumpul Markah Kokurikulum 10 % Online Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). eMKOKO merupakan sebuah sistem sistematik yang dibangunkan khas untuk para guru merekodkan penilaian markah kokurikulum bagi pelajar lepasan PT3, SPM, STAM dan STPM.

Semakan Markah Kokurikulum Online

Cara Buat Semakan Markah Kokurikulum (Koko) Pelajar Online

Markah Kokurikulum adalah penilaian yang sangat penting kepada pelajar untuk membuat permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan juga Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) melalui permohonan melalui UPU.

Sistem Aplikasi Mengumpul Markah Kokurikulum Online KPM

  • Sila layari: Sistem Applikasi Koko untuk membuat semakan
  • Masukkan No Kad Pengenalan Murid dan tekan Button SEMAK
  • Sila berhubung terus dengan guru kokurikulum di sekolah anda sekiranya terdapat sebarang kemusykilan berkenaan markah yang anda perolehi.

Skema Pemarkahan

  • Markah minimum adalah 0 dan markah maksimum adalah 10

Buat guru, sila rujuk juga Pengisian Markah PAJSK Secara Online Pentaksiran markah Aktiviti Jasmani Sukan di PAJSK.

Semoga sisitem Semakan Markah Kokurikulum Pelajar Online ini bermanfaat buat semua.