Kepentingan Sains Dan Teknologi Kepada Manusia. Berikut dikongsikan contoh karangan UPSR bertajuk Kepentingan Sains Dan Teknologi. Manusia mempunyai naluri dan keinginan untuk mempertingkatkan taraf hidup. Pelbagai ciptaan berdasarkan sains dan teknologi telah membantu manusia dalam kehidupan seharian.
Contoh Karangan Kepentingan Sains Dan Teknologi
Dengan kemajuan dalam bidang sains dan teknologi, pelbagai ciptaan telah diperkenalkan untuk memudahkan kerja manusia. Kerja-kerja harian seperti membasuh pakaian dan juga ketuhar gelombang mikro. Peralatan ini juga dapat menjimatkan masa kerana proses yang dilakukan lebih cepat.
Semantara itu, tahap kesihatan manusia juga dapat dipertingkatkan. Hal ini demikian kerana kemajuan sains dan teknologi membolehkan pakar-pakar perubatan dapat menghasilkan ubat-ubatan yang lebih berkesan. Seterusnya mencipta peralatan canggih untuk menyembur pelbagai penyakit yang berbahaya pada masa kini.
Selain itu,perkembangan sains dan teknologi juga telah membantu meningkatkan hasil produktiviti sektor perindustrian dan peladangan. Penciptaan jentera janggih dan robot-robot dapat menggantikan tenaga manusia, selain melakukan kerja dengan lebih pantas. Dengan itu, kos dapat dikurangkan dan ekonomi semakin bertambah baik.
Seterusnya, kemajuan dalam bidang sains dan teknologi juga memudahkan urusan penyimpanan data. Komputer digunakan secara meluas dalam sektor perbankan untuk memudahkan urusan penyimpanan dan pengeluaran wang. Kemudahan mesin juruwang automatik yang disediakan oleh pihak bank pula memudahkan pelanggan berurusan selepas waktu pejabat.
Jelaslah bahawa sains dan teknologi banyak memberikan sumbangan untuk memudahkan urusan harian manusia, di samping meningkatkan taraf hidup manusia. Kredit