Semakan Keputusan IPG 2018 Online PISMP

Cara Semakan Keputusan IPG 2018 Online (Program PISMP). Berikut dikongsikan tarikh penting dan link semakan Keputusan IPG 2018 Online untuk sesi pengambilan Jun 2018. Menurut kalendar permohonan IPG (dahulunya Maktab Perguruan), semakan Keputusan IPG 2018 (PISMP) Online dijangka akan diumumkan pada 13 Jun 2018 nanti tertakluk kepada perubahan.

Adalah diingatkan agar pemohon merujuk kepada Portal Rasmi KPM di ruangan pemberitahuan untuk tarikh terkini pengambilan ke IPG.

Semakan Keputusan IPG 2018 Online PISMP

Semakan Keputusan IPG 2018 Online (Tawaran PISMP)

Pemohon IPG 2018 perlu melalui beberapa peringkat ujian/ temuduga sebelum dapat diterima untuk memasuki IPG seperti berikut. Sebagai panduan dan rujukan, berikut Kalendar aktiviti penuh Permohonan Guru IPG 2018 yang juga boleh di rujuk di Kalendar Aktiviti IPG.

Maklumat Permohonan IPG

Berikut dikongsikan tarikh penting permohonan IPGM sesi 2018 :-

  • 11 Mac 2018 – Iklan permohonan PISMP Ambilan Jun 2018 dalam akhbar tempatan
  • 13 Mac hingga 28 Mac 2018 – Permohonan secara online di buka
  • 28 Mac 2018 (11.59 malam) – Permohonan ditutup (pindaan atau perubahan maklumat permohonan boleh dibuat sehingga tarikh tutup)

Semakan Nama Layak Menduduki UKCG

  • 9 hingga 17 April 2018 – Semakan nama calon berjaya untuk menduduki UKCG
  • April 2018 – Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)

Panggilan Temuduga IPG 2018

  • 9 Mei hingga 15 Mei 2018- Semakan nama yang berjaya di temuduga secara dalam talian. (Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang butiran Diri di laman sesawang KPM)
  • 13 Mei hingga 18 Mei 2018 – Pelaksanaan Sesi temuduga. (Sila bawa bersama Surat Panggilan Temu Duga, borang butiran Diri yang telah dilengkapkan dan Sijil Akakdemik/Kokurikulum)

Tarikh Semakan Tawaran IPG 2018

  • 13 Jun hingga 24 Jun 2018 – Semakan tawaran calon yang berjaya ke IPG 2018. Calon dikehendaki mencetak surat tawaran sementara melalui laman sesawang KPM manakala Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas melapor diri
  • 26 Jun 2018 – Pendaftaran calon di IPG. (Calon yang melapor diri boleh mendapatkan Surat Tawaran Mengikuti Pengajian di IPG yang ditetapkan selepas pendaftaran)

Panduan Menghadapi UKCG Dan Temuduga IPG

Untuk peringatan kepada pemohon semua, sila buat persediaan secukupnya bagi menghadapi Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan temuduga di mana anda boleh merujuk kepada panduan yang dikongsikan di bawah ini.

  • Panduan Ujian Kelayakan Calon Guru, klik UKCG
  • Contoh Soalan UKCG – INSAK

Link Applikasi Semakan Keputusan Tawaran IPG 2018 Online

Link applikasi semakan nama calon yang berjaya menduduki UKCG dan semakan tawaran yang berjaya ke IPG 2018 akan diumumkan di applikasi semakan berikut :-

Tarikh yang dinyatakan di atas adalah tertakluk kepada sebarang perubahan, Tarikh rasmi dan link semakan akan dikemaskini dari masa kesemasa selepas pengumuman rasmi dari KPM.

Cara Hubungi IPG

Sila hubungi alamat berikut dan no telefon sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan :

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ARAS 1 – 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR.

(u.p: Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar)

  • No. Telefon : 03-8312 6720/ 6730/ 6768/ 6627/ 6758/ 6693/ 6733/ 6731/ 6769/ 6761/ 6689/ 6760

Selamat membuat semakan keputusan tawaran IPG 2018. Semoga anda berjaya mendapat tawaran ke IPG nanti.