Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai e-Filling 2018

Bila Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai e-Filling 2018 LHDN? Berikut adalah tarikh hantar borang cukai pendapatan taksiran 2017. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), melalui lampiran telah memaklumkan yang pembayar cukai boleh mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) tahun taksiran 2017 mereka mulai 1 Mac 2018.

Ianya melibatkan penghantaran melalui e-Filing atau manual bagi borang E, BE, B, BT, P,M, MT dan TF. 

  • Cara isi e-Filling Borang Cukai Pendapatan : Klik CUKAI

tarikh akhir hantar borang cukai pendapatan

Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai e-Filling 2018 Taksiran 2017

Berikut adalah tarikh akhir pengemukaan BNCP Tahun Taksiran 2017 bagi Borang E, BE, B, BT, P, M, MT dan TF  adalah seperti berikut :-

Penghantaran borang melalui e-filling untuk e-BE, m-BE, e-B/BT, e-M/MT, e-P dan e-TF diberi tambahan masa 15 hari. Penghantaran melalui Pos diberikan tambahan masa 3 hari bekerja manakala serahan tangan tiada tambahan masa.

Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai e-Filling 2018

A. Penghantaran Borang Kertas Manual

JENIS BORANG PENERANGAN Tarikh Akhir MENGHANTAR Borang dan MEMBAYAR cukai pendapatan tahun taksiran 2017
E Penyata Oleh Majikan (bagi majikan bukan Syarikat) 31 Mac 2018
BE Borang Nyata Individu (Pemastautin yang tidak menjalankan perniagaan) 30 April 2018 (manual). Tambahan masa diberikan untuk hantar menggunakan e-filling iaitu sehingga 15 Mei 2018
B Borang Nyata Individu (Pemastautin yang menjalankan perniagaan)
P Borang Nyata Perkongsian 30 Jun 2018
BT Borang Nyata Individu Pemastautin (Pekerja Berpengetahuan / Berkepakaran) 30 April 2018 (Tidak Menjalankan perniagaan) &

30 Jun 2018 (Menjalankan perniagaan)

M Borang Nyata Individu Bukan Pemastautin SAMA
MT Borang Nyata Individu Bukan Pemastautin (Pekerja Berpengetahuan) SAMA
TF Borang Nyata Pertubuhan SAMA

NOTA

  1. Tarikh tertakluk kepada sebarang perubahan dari LHDN
  2. BNCP yang dikemukakan melalui e-Filing selepas tarikh akhir pengemukaan borang berkenaan dianggap sebagai telah diterima dalam tempoh yang ditetapkan jika borang diterima dalam tempoh 15 hari selepas tarikh akhir pengemukaan borang.
  3. Contoh: Tarikh akhir pengemukaan Borang BE Tahun Taksiran 2017 adalah 30 April 2018. Tambahan masa diberikan sehingga 15 Mei 2018 bagi e-Filing Borang BE (e-BE) Tahun Taksiran 2017. Jika pembayar cukai mengemukakan Borang BE Tahun Taksiran 2017 secara e-Filing (e-BE) pada 16 Mei 2018, BNCP tersebut akan dianggap sebagai lewat diterima mulai 1 Mei 2018 dan boleh dikenakan penalti di bawah subseksyen 112(3) ACP 1967
  4. Tambahan masa ini juga terpakai untuk bayaran baki cukai di bawah subseksyen 103(1) ACP 1967 bagi BNCP yang dikemukakan melalui e-Filing / pos  

B. Tambahan Masa Untuk Pengemukakan BNCP

Pembayar cukai boleh merujuk pautan berikut untuk maklumat  tambahan masa dalam mengemukakan BNCP secara e-Filing, pos atau serahan tangan.

tambahan masa efilling 2017

  • Tambahan Masa.

Apa Itu e-Filling

e-Filing adalah aplikasi percuma yang disediakan oleh LHDN untuk memudahkan pembayar cukai melengkap, mengira dan mengemukakan BNCP secara elektronik melalui internet. Aplikasi ini boleh dicapai terus melalui laman web ezHASiL di pautan htpps://ez.hasil.gov.my/ atau melalui portal rasmi LHDN www.hasil.gov.my.   

Sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari portal rasmi LHDN di www.hasil.gov.my atau hubungi Pusat Panggilan di talian 1-800-88-5436. Panduan e-filling LHDN boleh dirujuk di cara isi efilling

Nota e-filling

Pembayar  Cukai  yang  belum  pernah  menggunakan  aplikasi  e-Filing  sebelum  ini perlu memohon nombor PIN e-Filing terlebih dahulu dari kaunter khidmat pelanggan LHDNM.

Manakala  bagi  pembayar  cukai  yang  terlupa  kata  laluan e-Filing  dan mempunyai  e-mel  berdaftar  dengan  LHDNM  pula,  mereka  boleh  set  semula  (reset) kata  laluan melalui menu Terlupa Kata Laluan di portal ezHASiL.

Bagi  pembayar  cukai  yang  tidak  mempunyai  e-mel  berdaftar  dengan  LHDNM, mereka perlu hadir ke kaunter khidmat pelanggan LHDNM untuk mendapatkan Kod Pengaktifan Sementara kata laluan e-Filing mereka. Sila bawa bersama-sama kad pengenalan atau pasport sebagai pengesahan dan rekod.

Adalah   diingatkan   bahawa   permohonan   untuk reset kata   laluan   e-Filing menggunakan selain daripada kaedah-kaedah di atas tidak akan dilayan.

Adalah dinasihatkan “Pembayar cukai diminta segera mengemukakan BNCP mereka dan tidak menunggu saat akhir bagi mengelakkan sebarang kesulitan,”

Selamat membuat pengisian borang cukai pendapatan melalui e-filling atau manual. Semoga perkongsian Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai e-Filling 2017 ini boleh dijadikan panduan buat semua pembayar cukai.