Tarikh Mula Puasa Ramadhan 2018 Di Malaysia

Tarikh Mula Berpuasa Ramadhan 2018/ 1439H. Bilakah umat Islam di Malaysia mula berpuasa Ramadhan untuk tahun 2018/ 1439H? Menurut Kalendar Islam 2018 yang dikeluarkan oleh JAKIM, Tarikh Mula Puasa Ramadhan 2018 Di Malaysia adalah pada hari Khamis bersamaan 1 Ramadhan 1439 Hijrah.  Iaitu pada 17 Mei 2018. Tarikh berpuasa di bulan Ramadhan ini walau bagaimanapun masih tertakluk kepada pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia selepas melihat anak bulan Ramadhan.

Pengumuman tarikh mula puasa akan diumumkan/ diisytiharkan melalui radio dan TV pada hari Rabu, 16 Mei 2018 sekitar jam 800 malam.

Ramadhan merupakan satu bulan mulia dan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam di seluruh dunia. Pada bulan Ramdhan semua umat Islam adalah diwajibkan berpuasa. Makna puasa dari segi bahasa membawa maksud “Menahan Diri” daripada sesuatu. Dari segi syarak : Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari, dimulai dengan niat berpuasa kerana mengharapkan keredaan Allah SWT.

Tarikh Mula Puasa Ramadhan 2018 Di Malaysia

 

Tarikh Mula Puasa Ramadhan 2018/ 1439H Di Malaysia (Awal Ramadhan)

Untuk makluman, 1 RAMADHAN 1438H adalah bersamaan dengan 17 Mei 2018 (Khamis). Tertakluk kepada pengumuman rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia yang bakal disiarkan dan diumumkan di saluran media utama Malaysia. Tarikh pengumuman adalah pada hari Jumaat, 16 Mei 2018 sekitar jam 800 malam.

  • Mula Puasa : 17 Mei 2018 (Hari Khamis) – 1 Ramadhan 1439H

Tarikh Penting Kalendar Islam 2018

Berikut adalah sedikit maklumat tentang puasa dan tarikh penting dalam Kalendar Islam 2018 yang dikeluarkan oleh JAKIM sebagai panduan untuk Umat Islam semua.

  • Jadual waktu berbuka puasa dan Imsak 2017 semua negeri di Malaysia klik Buka Puasa/ Imsak
  • Niat Puasa Ramadhan
  • Cara solat terawih

Syarat Wajib Puasa

  1. Islam – Puasa wajib bagi orang Islam dan tak wajib bagi bukan Islam
  2. Baligh – Tidak diwajibkan berpuasa kepada mereka yang belum baligh atau belum cukup umur. Namun digalakkan latihan berpuasa bagi kanak-kanak
  3. Berakal – Orang gila/tidak waras tidak diwajibkan berpuasa
  4. Sihat – Orang yang sakit/uzur yang akan bertambah sakit jika berdaya berpuasa atau orang yang terlalu tua tidak diwajibkan berpuasa tapi diwajibkan fidyah
  5. Bermukim – Musafir tidak wajib berpuasa tetapi wajib mengqada (menggantikan) puasa selepas bulan ramadhan
  6. Suci – Suci daripada haid dan nifas bagi wanita

Syarat Sah Puasa

  1. Islam
  2. Berakal dan Mumayyiz (Tahu membezakan antara yang mana najis dan yang mana tidak)
  3. Suci daripada haid dan nifas
  4. Apabila nyata masuknya Bulan Ramadhan

Awal Ramadhan 2018 Di Malaysia - 1439H

 

Semoga Tarikh Mula Puasa Bulan Ramadhan 2018 ini bermanfaat buat semua muslimin dan muslimat di Malaysia. Selamat berpuasa Ramadhan buat semua umat Islam.