Masalah Sistem Pengangkutan Di Malaysia

Masalah Sistem Pengangkutan Di Malaysia. Sistem pengangkutan terbaik merupakan idaman semua rakyat Malaysia kerana ianya adalah pilihan orang ramai untuk
bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain. Berikut dikongsikan diantara Masalah Sistem Pengangkutan Di Malaysia, Pengangkutan merupakan satu keperluan asas dalam kehidupan samada persendirian atau awam. Ia mampu memberikan kesempurnaan dan peningkatan kepada kualiti hidup seharian.

Masalah Sistem Pengangkutan Di Malaysia
Masalah Sistem Pengangkutan Di Malaysia

Masalah Sistem Pengangkutan Di Malaysia

1) Pencemaran udara: Penggunaan diesel oleh bas dan lori telah menghasilkan jelaga hitam semasa pelepasan asap ekzos.

2) Kesesakan lalu lintas. Kesesakan sering berlaku jika ada kemalangan atau kenderaan tertentu bergerak terlalu perlahan.

3) Aspek kesihatan : Perlu adanya pempiawaian kepada pengangkutan awam kerana ianya dapat menjamin kesihatan pengguna dengan keadaan dalaman bas yang bersih. Bagi memastikan perlaksanaan dan pematuhan kepada keperluan pempiawaian khusus untuk pengangkutan awam, kerjasama dan sokongan dari pihak berwajib seperti badan kerajaan dan bukan kerajaan serta penglibatan orang awam amat di perlukan. Dengan penglibatan daripada pihak kerajaan ia mampu merealisasikan hasrat ini ke peringkat pentadbiran kerajaan bagi memastikan kewujudan kepatuhan dalam implementasi standard yang telah di tetapkan

4) Pencemaran bunyi: enjin diesel lebih bising daripada enjin petrol. Bunyi yang dikeluarkan oleh kereta api (yang melalui kawasan kediaman), kapal terbang (kawasan berhampiran apabila berlepas atau ingin mendarat), bot penambang-menjejaskan keselesaan penumpang atau penduduk yang tinggal berdekatan landasan kereta api. Bas/van sekolah/awam lama akan mengeluarkan bunyi tidak menyenangkan

5) Jangkamasa lama: Perjalanan bas lama iaitu ‘Bas henti-henti” akan menyebabkan bas menjadi sesak akibat penumpang menunggu terlalu lama. Tiada sistem tiket yang bersepadu juga menyebabkan penumpang menunggu lama menyebabkan perjalanan terganggu/tidak lancar.

6) Tambang mahal: Tambang yang tidak berpatutan atau mahal yang membebankan orang ramai ketika kos kehidupan semakin meningkat.

7) Kemalangan : Sikap pemandu yang cuai atau kurang berhati-hati, mengantuk semasa memandu serta memandu secara merbahaya.

8) Keselamatan penumpang terancam: pemandu bas atau teksi memandu secara merbahaya. Kes jenayah-rompak, rogol, bunuh (seperti dalam akhbar)-bas berhenti di tempat kurang selamat – lokasi stesen bas jauh dari kawasan perumahan. Ramai penduduk tinggal jauh daripada laluan bas henti-henti.

9) Penipuan: sikap pemandu teksi tidak bertanggung jawab-tidak menggunakan meter-pemandu teksi kenakan tambang sesuka hati-lebih mahal terutama pada pelancong.

10) Darjah ketersampaian rendah: LRT, KTM komuter, monorel-laluan tertentu-tidak meliputi semua kawasan. Kapal terbang hanya terbang ke destinasi-destinasi tertentu sahaja. Laluan bas henti-henti terhad-tidak meliputi kawasan yang luas-ramai penduduk tinggal jauh daripada laluan bas

11) Kos bahan api meningkat: tambang bas sekolah/awam/ekspress meningkat

12) Kenderaan lama: tidak selesa-panas-asap banyak-rosak-penumpang lambat sampai ke destinasi, bunyi bising

Sebenarnya banyak lagi masalah sistem pengangkutan dan anda boleh mencari dan mendapatkan maklumat lebih cepat di internet dengan menaip masalah sistem pengangkutan awam, pengangkutan awam dan pencemaran atau pengangkutan dan kesesakan lalu lintas, sistem pengangkutan dan kemalangan, dan sebagainya’.