Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 7 Islam Di Asia Tenggara

Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 7 Islam Di Asia Tenggara. Untuk makluman pelajar, dikongsikan Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 7 Islam Di Asia Tenggara yang berkaitan tentang Islam Di Asia Tenggara yang boleh dijadikan sebagai panduan dan rujukan pelajar ketika mengulangkaji sebelum peperiksaan SPM.

Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 7 Islam Di Asia Tenggara

Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 7 Islam Di Asia Tenggara

Islam Di Asia Tenggara

[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Islam Datang dari Tanah Arab[/button]

a) Dikemukakan oleh John Crawford

  • Islam telah berkembang menerusi aktiviti perdagangan
  • Buktinya dari catatan China
  • Arab dan Parsi mempunyai pusat perniagaan dan petempatan di Canton atau Amoy
  • Pedagang Arab menguasai perdagangan laut dari pelabuhan Iskandariah hingga ke China
  • Mereka berdagang secara berterusan di rantau Asia Tenggara pada abad ke-7 Masihi
  • Dalam perjalanan ke China pedagang Arab singgah di pelabuhan
  • Terutamanya pelabuhan di Selat Melaka seperti Melaka, Brunei, Perlak, Pasai, Bantam, Ceribon, Makasar dan Patani
  • Pelabuhan tersebut menjadi tempat menunggu perubahan angin monsun ke China
  • Mereka menetap beberapa bulan sebelum meneruskan perjalanan
  • Berkahwin dengan wanita tempatan
  • Mereka berbincang dan berinteraksi dengan pedagang tempatan tentang agama Islam
  • Pedagang Islam dan pendakwah memperlihatkan kehidupan nilai Islam yang murni seperti kejujuran / kebersihan dan berhemah tinggi
  • Berjaya menarik minat masyarakat tempatan terhadap Islam
  • Wujud perkampungan Islam
  • Seperti Ta Shih di Sumatera Utara
SEE ALSO  Honda Civic 2016 Harga Dan Spesifikasi Malaysia

b) Prof Syed Naquib Menyokong John Crawford

  • Menggunakan bukti bahan penulisan dan kesusasteraan
  • Tulisan jawi diambil daripada bahasa Arab
  • Adat resam dan kebudayaan orang Melayu dipengaruhi budaya Arab
  • Amalan menghormati tetamu
  • Muzik Melayu seperti dabus dan tarian zapin
  • Karya tempatan menceritakan pengislaman raja di Asia Tenggara dilakukan oleh Syeikh dari Tanah Arab
  • Hikayat Raja-Raja Pasai menceritakan Syeikh Ismail mengislamkan Raja Pasai Merah Silu
  • Syeikh Said mengislamkan Raja Pattani Phaya Tu Nakpa

[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Islam Datang Dari China[/button]

a) Pendapat Emmanuel Gadinho Eredia

  • Khan Fo atau Canton telah menjadi pusat perniagaan terkenal di kalangan peniaga Arab
  • Jalinan hubungan antara peniaga ini sudah tentu membolehkan Islam berkembang dikalangan peniaga China di Negara China
  • Apabila peniaga China Islam berdagang di Asia Tenggara mereka menyebar Islam kepada masyarakat Asia Tenggara
SEE ALSO  Senarai Kursus GIATMARA Terkini Di Malaysia

b) Pendapat S.Q Fatimi

  • Berlaku perpindahan beramai-ramai pedagang Islam Canton ke Asia Tenggara
  • Pendapat ini diperkukuhkan dengan penemuan Batu Bersurat Terengganu
  • Persamaan unsur seni bina di China dengan unsur seni bina masjid-masjid di Kelantan, Melaka dan Pulau Jawa
  • Terdapat unsur seni bina China
  • Dapat dilihat pada bentuk bumbung masjid yang mempunyai persamaan dengan pagoda di China
  • Bahagian perabung atapnya melentik
  • Pengaruh atap genting China serta warna merah dan kuning pada kayu kepala pintu / tingkap masjid / jubin lantai / dinding / tangga / kolam air

[button color=”” size=”” type=”square” target=”” link=””]Islam Datang dari India[/button]

a) Teori Sejarawan Belanda Snouk Huegronje

  • Islam bertapak di Asia Tenggara melalui wilayah Gujerat dan Pantai Koromandel
  • Hubungan perdagangan antara India dengan Asia Tenggara sudah lama wujud
  • Pada zaman pemerintahan Alauddin Khilji Gujerat merupakan pelabuhan penting
  • Batu bersurat dan batu nisan yang ditemui di Asia Tenggara menyerupai ciri buatan India
  • Kebudayaan masyarakat Asia Tenggara mempunyai ciri-ciri kebudayaan India
SEE ALSO  Langkah-Langkah Untuk Memantapkan Perpaduan Kaum Di Malaysia Sejarah PT3

Semoga Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 7 Islam Di Asia Tenggara yang dikongsikan ini dapat membantu pelajar memahami Islam Di Asia Tenggara dan berjaya menjawab soalan SPM nanti.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*