Permohonan GIATMARA Online 2018 Latihan Kemahiran

Permohonan GIATMARA Sesi Januari Dan Julai 2018 Online. Anda berminat untuk membuat Permohonan GIATMARA dalam mengikuti latihan kemahiran? Berita baik, pemohon Bumiputera yang berumur 15 tahun keatas dan boleh membaca, menulis dan minat (3M) samada pelajar lepasan SPM atau tidak, adalah dipelawa untuk mengikuti program latihan sepenuh dan separuh masa GIATMARA di bawah tajaan Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA) di senarai lokasi GIATMARA Malaysia bagi kemasukan sesi Januari dan Julai 2017.

Permohonan kemasukan GIATMARA boleh dibuat secara online untuk Kursus Sepenuh Masa manakala untuk Separuh Masa, pemohon perlu borang permohonan secara manual.

Permohonan GIATMARA Online 2018 Latihan Kemahiran

Permohonan GIATMARA Online 2018 Program Latihan Kemahiran

Berikut dikongsikan panduan untuk memohon kemasukan ke GIATMARA secara sepenuh masa atau separuh masa. Terdapat 2 sesi pengambilan iaitu sesi Januari dan Julai setiap tahun.

Untuk makluman, penubuhan GIATMARA adalah bertujuan untuk menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara.

Cara Memohon Kemasukan Ke GIATMARA

Terdapat dua program yang ditawarkan iaitu :

  • 1. Program Sepenuh Masa (Permohonan secara Online). Permohonan program latihan secara SEPENUH MASA (FULL TIME) boleh di buat secara online di Borang Online GIATMARA
  • 2. Program Separuh Masa (Permohonan perlu dibuat secara Manual). Permohonan program latihan separuh masa boleh dibuat dengan mengisi borang manual dan pemohon perlu menghantar borang yang telah diisi ke mana-mana Pusat GIATMARA berhampiran anda.
  • Pemohon perlu mempunyai e-mel yang sah dan ingat akan kata laluan e-mel anda
  • Sila buat semakan MANUAL PERMOHONAN secara online bagi memastikan maklumat permohonan yang diperlukan sudah lengkap.
  • Sila gunakan browser Google Chrome untuk permohonan

Senarai Kursus GIATMARA

Senarai kursus yang ditawarkan oleh GIATMARA di seluruh Malaysia adalah seperti di Senarai Kursus.

Lokasi GIATMARA

Senarai lokasi GIATMARA berhampiran anda boleh dirujuk di LOKASI GIATMARA.

Jika terdapat sebarang masalah, sila emel kepada gspel@giatmara.edu.my.

Selamat membuat Permohonan Kemasukan GIATMARA 2018 Online dan semoga anda berjaya.

11 Comments

  1. Assalamualaikum.. saya dh daftar untuk sessi 2017 bagi anak saya. Tapi sehingga hari ni pihak saya tidak di beritahu samada anak saya layak atau pun tidak

    • taip je permohonan online giatmara 2017 .. keluar nanti akan ajar cara isi online.. cepat sementara utk pngambilan julai 2017 tgah buka.. setahun 2x je pengambilan

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*