Permohonan ILKBS IKBN, IKTBN Dan AKBG 2017 Online

Permohonan Kemasukan Ke ILKBS 2017 Online. Panduan cara membuat Permohonan ILKBS 2017 (IKBN, IKTBN dan AKBG) Sesi Januari? Menurut Sistem Online IKBN, permohonan kemasukan ke Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS) sesi pengambilan Januari 2017 akan dibuka bermula hari Khamis, 29 September 2016. Pemohon yang berminat dan berkelayakan dalam bidang kemahiran adalah dipelawa untuk memohon secara online. Untuk makluman, ILKBS merangkumi Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG).

Permohonan ILKBS
Permohonan ILKBS – IKBN, IKTBN dan AKBG

Permohonan ILKBS IKBN, IKTBN Dan AKBG 2017 Online

Berita baik buat mereka yang ingin melanjutkan pengajian. Individu Warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon kemasukan ke ILKBS (IKBN) sesi Januari 2017 melalui permohonan secara online.

Maklumat Penting Permohonan

  • Tarikh Buka : 29 September 2016 (Khamis)
  • Tarikh Tutup : 4 November 2016
  • Applikasi Permohonan: Klik Sistem Permohonan
  • Panduan Ringkas Permohonan Kemasukan
  • Konsep latihan di ILKBS adalah berbentuk latihan bersepadu dengan pelaksanaan pendekatannya merangkumi latihan kemahiran (teori dan praktikal), keusahawanan, ketatanegaraan, kepimpinan, keagamaan / moral, sukan/rekreasi dan khidmat masyarakat
  • Makan minum dan penginapan akan dibiayai oleh Kementerian Belia dan Sukan sepanjang tempoh latihan di ILKBS
  • Permohonan yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh semakan dianggap tidak berjaya
  • Pelajar boleh ditempatkan dimana-mana ILKBS seluruh Malaysia

Syarat Umum Permohonan IKBN

Berikut adalah diantara syarat umum permohonan ke ILKBS Sesi Januari 2017:-

  1. Warganegara Malaysia
  2. Boleh membaca dan menulis
  3. Berusia di antara 18 – 30 tahun semasa memohon
  4. Berkelulusan sekurangnya Tamat Tingkatan 5
  5. Belum berkahwin atau bujang
  6. Sihat tubuh badan
  7. Tidak pernah mengikuti latihan kemahiran dimana-mana Institut Latihan Awam atau Swasta (Kecuali untuk calon yang mempunyai Sijil Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menyambung pengajian
  8. Mereka yang sedang menjalani latihan di mana-mana institut latihan kemahiran dan belum tamat latihan. belum peroleh sijil ketrampilan SKM tahap 2/3 atau 3/4 tidak dibenarkan untuk memohon untuk tahap selanjutnya
  9. Pemohon yang tidak menamatkan latihan/ disingkirkan dari mengikuti latihan dari mana-mana Institut Latihan Awan yang lain, tidak dibenarkan untuk memohon

Jenis Permohonan

  1. Lepasan SPM
  2. Lepasan SKM/ ST

Program Yang Ditawarkan

  1. Diploma MQA
  2. Sijil Kemahiran (SKM/ DKM/ DLKM) Tahap 1 hingga 5
  3. Persijilan JKKP
  4. Persijilan Suruhanjaya Tenaga (ST)

[junkie-alert style=”yellow”] Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan ILKBS (IKBN) bulan Janurai 2017, pemohon boleh membuat Semakan Program, Tempoh Pengajian, Syarat lengkap dan Institut yang menawarkan kursus di SYARAT KEMASUKAN [/junkie-alert]

Semakan Keputusan ILKBS (IKBN) Januari 2017 Online

Semakan permohonan kemasukan ke ILKBS (IKBN) Januari 2017 boleh diketahui dan disemak pada 21 November 2016. Sila klik laman web http://www.kbs.gov.my atau
http://www.ekbs.gov.my. (Akan dikemaskini jika ada perubahan).

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian telefon di 03- 8871 3651, 3652, 3653, 3646 & 3685.

Selamat membuat Permohonan kemasukan ke IKBN (ILKBS) sesi Januari 2017 Online. Semoga anda berjaya dalam permohonan ini nanti.

8 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*